Majlis Berbuka Puasa Jamaei

Salamullahi’alaikum..

 Al-hamdulillah, berkat bulan puasa ini ramai yang mendapat kesedaran tentang memberi makan kepada orang lain selain diri sendiri. Ana bersyukur kerana amalan ini saban tahun menjadi budaya kita pula. Ana harap semoga budaya yang baik ini disertakan dengan keikhlasan bukan sebaliknya. Elakkan sifat suka menunjuk2 dan melakukan pada tahap melebihi kemampuan kita.

Amalan memberi orang lain makan terutama untuk berbuka puasa adalah mengikut saranan Nabi Muhammad SAW. (Matan hadithnya ana lupa, maafkan). Sekiranya kita merenung, sejak kecil lagi Islam mendidik kita dengan amalan ini. Apabila ibubapa menyabut kelahiran baru maka sunat muakad melakukan majlis tahnik dan akikah. Mengadakan sedikit jamuan tanda kesyukuran seterusnya mendedahkan keluarga dengan ajaran Islam. Pada hari raya korban, sunat muakad lagi kita melakukan korban yang mana 1/3 daripada daging korban tersebut sunat kita lakukan majlis jamuan juga.

Mudah2an Ramadhan kali ini lebih mengajar kita untuk mendapat darjat puasa khususul khusus. Wallahu aklam.

 P/S: Semua warga muslim IPR dijemput hadir majlis berbuka puasa anjuran JK Kelab Pensyarah dengan Kerjasama JPIM IPR bertempat di Surau kita. (Ahad ini 7 Okt 2007)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: