Salam Aidilfitri.. maaf zahir dan batin

Al al-Bayt University of Jordan

Salamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabarakatuh..

Di kesempatan yang indah ini, ana mengucapkan Salam Aidilfitri buat pengunjung2 setia laman ‘Perjuangan Belum Selesai’. Semoga segala amalan kita semua diterima oleh Allah SWT. Mudah2an dosa kita diampuni dan rekod amalan kita kembali bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Harapan ana kepada diri sendiri dan rakan2, semoga selepas ini kita akan corakkan kain kehidupan kita yang berbaki dengan taqwa, hasil perjuangan kita dalam madrasah ramadhaniah tahun ini.

Raikanlah Syawal dengan penuh rasa kesyukuran, kesederhanaan dan semangat ukhuwwah Islamiah yang tinggi. Kepada yang ada peluang dan kesempatan, pulanglah beraya di kampung halaman untuk menziarahi orang tua. Ana tahun ini beraya kat sini sahaja, bersama keluarga dan rakan2. InsyaAllah hujung tahun ada rezeki dan kesihatan, dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung pula.

Kepada akhi Muzaha, yang selalu juga menjenguk blog tak seberapa ini, semoga anta sekeluarga menyabut lebaran dengan penuh barakah dan kebahagiaan. Lama juga tak jumpa. Ada masa datanglah ke Sarikei. Anta bukan pernah sampai pun sini kan? Ramai rakan yang dapat anta ziarah; akhi Nazri, Norzaidi Nawawi, Mohd Isa Draman, Dasuki dan lain2.

Kepada rakan2 bekas pelajar Jordan 9499, kenangan bersama antum selama kita berada di bumi anbia selalu menggamit perasaan ana. Saat2 begini memaksa ana mengingati suka dan duka kita semua meraikan lebaran di perantauan. Madinatul Ilmi (rumah ana, Pendi, Aziz dan Allahyarham Azamiruddin) seban tahun terbuka kepada rakan2 yang lain dengan menu utamanya ‘roti jala dan kuah kuzi Pendi’. Saat mengalunkan takbir raya versi malaysia di Masjid Jamiah juga kadang2 datang menjenguk. Sungguh indah suasana semasa kita semua di alam pengajian. Keikhlasan dan kemesraan tali ukhuwwah yang dijalinkan menjadikan hati ini diusik rasa sayu. Dan kadang2 rasa rindu.

Begitu juga rakan2 lain yang nama mereka terlalu ramai untuk disenaraikan. Anda semua telah sedikit sebanyak menyumbang dalam membentuk sahsiah diri ana menjadi insan yang seadanya hari ini. Gelak tawa dan sedu sedan bersama anda semua tidak kira di mana ana berada, baik di Jordan, di Kuching dan kini di IPR, kesemuanya amat penting bagi ana. Semoga sekiranya ada salah silap harap diampuni. Dan yang lebih penting dari itu semua adalah semoga kita diberi kekuatan olehNya untuk sama2 berjuang demi Ilmu yang kita perolehi iaitu menegakkan Islam sbg cara hidup.

Kepada ex-roomate ana (al-Fadhil ustaz Abdul Hafiz Kamil) yang kini sedang menderita sakit luekimea, ana doakan semoga anta cepat sembuh dan diberikan kekuatan zahir dan batin oleh Allah. Sesungguhnya orang yang dikasihi Allah sering mendapat ujian bagi meninggikan darjat dan mendekatkan diri denganNya. Kepada arwah ex-housemate (Allahyarham ustaz Azamiruddin) yang lebih dahulu dijemput mengadapNya, ana menyeru diri sendiri dan rakan2 yang lain, agar sama2 kita sedekahkan al-fatihah. Sesungguhnya beliau merupakan seorang insan yang baik hati budi dan segala kenangan bersamanya adalah sesuatu yang amat manis utk diingati.

Sekian, Kullu ‘am wa antum bi alf khair, insyaAllah dari kumpulan inilah lahirnya pemimpin Negara. Selamat berjuang!

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Okt 16, 2007 @ 08:37:39

    selamat hari raya yie…maaf zahir batin

    SAMA-SAMA AKHI..

    Balas

  2. abu afif
    Okt 16, 2007 @ 14:21:38

    SalamuLlah Alaik… Selamat HAri Raya Ustak. Ustaz Gedong mari jjale raya umoh kawe dan cerita pasal website demo….klah2 ustak…ajar kawe buat getek. Salam raya utk zaujah dan anak2 demo getek.wassalam.

    WALAIKUM SALAM USTAZ,
    ANA RASA TERHARU JUGA ATAS KESUDIAN ANTA BERKUNJUNG KE BLOG ANA YANG TIDAK SEBERAPA INI. SEBENARNYA BACA PAPER MMG ANA TAK MINAT, TAPI KATA ORANG, MENULIS BLOG JUGA BAGAI KITA MENERBITKAN PAPER SENDIRI, YANG MANA KITALAH WARTAWAN, EDITOR DAN PENULISNYA. WALLAHU AKLAM USTAZ. MUDAH2 ADA PERKARA BAIK.

    Balas

  3. anak tani
    Okt 24, 2007 @ 09:06:27

    assalammualaikum
    alhamdulillah sekadar perkongsian kesyukuran ngan anta ana dah beli umah kat Miri ni..may be bulan 11 ana dok sana…sia-sia rasanya kalau dok sarawak (dok umah bayar sewa guna elaun perumahan) so ana rasa lebih baik ana beli jelah..nak tengok umah jom tengok fotopages ana…
    syukran..

    TAHNIAH HA, ANA TUMPANG GEMBIRA ANTA BUAT KEPUTUSAN YANG WAJAR, SEMOGA REZEKI ANTA LEBIH BERKAT DENGAN USAHA DAN NIAT YANG BAIK.

    Balas

  4. anak tani
    Okt 24, 2007 @ 13:23:07

    syukran atas nasihat anta dulu..ana dulu tak fikir tentang umah tu…lepas baca blog anta ana mula fikir ngan zaujah ana..dan hasilnya ….inilah dia (Pondok Al Mawaddah Wa Rahmah)

    TAHNIAH, SEMOGA ANTA MERASAI BETAPA BAHAGIANYA BERTEDUH DI BAWAH NAUGAN BUMBUNG RUMAH SENDIRI. TERUSKAN BERJUANG!

    Balas

  5. anak tani
    Okt 24, 2007 @ 13:24:55

    kepada rakan-rakan lain yang ada datang Miri ana mengalu-alukan untuk ke pondok ana..nak tido sana pun boleh sebab banyak bilik..terima kasih

    BERAPA BILIK HA? PINTU PAGAR STEEL EK? HEBAT RUMAH ANTA..

    Balas

  6. anak tani
    Okt 25, 2007 @ 13:43:59

    ada empat bilik.pintu pagar steel yang disediakan oleh pemaju.ana buat full loan..anta mai tido sini ana letak anta kat bilik bawah (org gaji) he he he..gurau je.ana beli tu wat melabur je…bila dah dapat pindah semenanjung ana jual lah untuk beli umah kat semenanjung plak..jual murah2 kalu tak laku gak.janji balik modal seolah2 mace dok free..

    TAHNIAH2.. ITU LAH LANGKAH BIJAK AGAR REZEKI KITA DIMANFAATKAN SEPENUHNYA. TAPI JIKA DPT PANJANGKAN IDEA INI KPD RAKAN2 KITA YANG LAIN, MUDAH2AN USAHA INI DIANGGAP JUGA SUATU PERJUANGAN. TIDAK ADA APA2 MANFAAT PUN DR SEGI KEWANGAN KITA DPT, TAPI DARI SEGI ROHNYA HANYA TUHAN YANG MEMBALAS. ANA PUN BARU PERASAN BILA ANA KELUAR WARDEN DAN MULA MENYEWA. FAKTANYA “KALAU SEWA, 5 TAHUN DUDUK, KITA KELUAR HABUK PUN TARAK, TAPI KALAU BELI, LIMA TAHUN AT LEAST DPT DUIT SEWA KITA BALIK, DPT SEPARUH TU LUAR BIASA, TAPI YG BIASANYA RUMAH NI TA TURUN HARGA, SO, DPT MODAL ASAL, INSYA ALLAH…” HEHEHEE..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: