Jalan raya rumah terbuka

Rakan yang sempat ziarah ana

 Assalamu’alaikum wbt..

 Alhamdulillah pada tahun ini Allah SWT masih memberi kesempatan untuk kita semua menikmati hari raya aidilfitri. Mudah2an segala nikmat kurniaan Allah ini tidak akan kita sia2kan. Mudah2an kita semua mendapat manfaat hari mulia ini dan bulan mulia Ramadhan yang telah lalu. Mudah2an kita juga akan dipanjangkan usia dalam keadaan bertambahnya iman dan taqwa dan kita akan bertemu dengan Ramadhan pada tahun 1429. In Sya Allah..

Kepada rakan2 yang sempat ana berkunjung ke rumah terbuka mereka, ana ucapkan jutaan terima kasih dan doa semoga Allah mengurnaiakan rezeki dan petunjuk ke arah kebaikan buat antum semua. Kepada yang sempat juga datang berziarah ke rumah ana, ucapan jazakumullah tulus mulus dari lubuk hati ana yang paling dalam. Sesungguhnya kedatangan antum semua sedikit sebanyak melupakan rindu ana pada keindahan suasana beraya di kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Kepada rakan yang baru juga berkunjung ke blog ana yang tak seberapa ini, selamat datang. Nanti jika ada masa ana boleh kongsikan apa sahaja pengalaman dengan anta (al-Fadhil ustaz ‘Adni SMTM) jika ada yang masih boleh ana kongsikan. Sebab ana tidak ada banyak juga yang dapat dikongsi. Ada masa datanglah jenguk kalimah2 ana yang tak seberapa ini.

Kepada semua, walau siapa jua antum, ana ucapkan sekali lagi, selamat haru raya, maaf zahir dan batin. Ada masa silalah bertandang ke rumah ana. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: