Isu j-QAF: Masa Tasmik

Assalamu’alaikum wbt..

Tulisan ana hari ini ana tujukan khas buat pelajar2 ana (jQAF IPR Jan2007) dan siapa sahaja yg ada kaitan dgn mereka spt guru pembimbing, GB dan juga sesiapa yang berminat. Ianya sekadar berkongsikan fakta hasil daripada rujukan ana ke atas buku panduan jQAF, perbincangan lisan dengan penyelaras jQAF dan perhubungan telifon dengan pegawai jQAF yang berkenaan di JPN. Namun demikian, tulisan ini tidak boleh dijadikan hujjah sekiranya ia bertentang dengan mana2 dasar KPM yang tidak sempat ana rujuk.

Isunya tentang pengendalian kelas Tasmik model jQAF.

Sebagaimana yang ana faham, secara mudahnya, kelas Tasmik ini semacam kelas mengaji al-Quran (kalau dulu kita mengaji dengan tok2 guru di surau/masjid di kampung), cuma hari ini, atas anisiatif KPM, guru2 jQAF dibayar untuk mempastikan setiap anak orang Islam di Negara kita mengaji al-Quran dan dinamakan kelas/interaksi tersebut sebagai kelas Tasmik. Mengaji di surau kampung pindah ke dlm kawasan sekolah.

Sebenarnya masa interaksi wajib bagi setiap guru jQAF adalah SEKURANG2NYA 25 waktu seminggu. Oleh yang demikian, masa Tasmik ini berubah2 mengikut keadaan seseorang guru jQAF ditempatkan di sesebuah sekolah. Ada yang satu kelas sahaja muridnya, dua kelas tiga kelas dan sebagainya. Jadi bolehlah rujuk buku panduan agihan waktu guru jQAF ini dalam panduan Tahun 1 muka surat 311 hingga 331.

Contoh penyelesaian 1: (menetapkan waktu tasmik) Sekiranya guru jQAF itu major bahasa Arab, dan mengajar dua kelas semester 2 maka dia dah ada 4 masa bahasa arab dan 6 masa al-quran. Jadi perlu lagi 15 masa bagi mencukupkan had minimanya 25 masa, maka 15 masa itu ditetapkan mengajar tasmik yang perlu dilakukan di luar jadual rasmi persekolahan. Rujuk buku panduan muka surat 314. Sekiranya dia mengajar tiga kelas semester 1 pula, dia dah ada 6 masa bahasa Arab dan 12 masa al-Quran, maka masa tasmiknya hanya perlu 7 masa sahaja bagi mencukupkan 25 waktu seminggu. rujuk buku panduan muka surat 315.

Contoh penyelesaian 2 (murid2 terlibat dengan banyak aktiviti rasmi spt KAFA, Sukan dll) Jika ada 3 orang guru jQAF di sekolah tersebut, boleh diadakan sekaligus di surau sekolah dengan murid2 campur dari tahun 1 hingga 3 (atau hingga 4 atau berapa2 sahaja). Murid2 mengajilah dalam surau tu. gurunya pula pilih mana2 3 sudut dalam surau tu, panggillah mana2 pelajar samada thn1,2,3 dll mengadapnya utk tasmik. Spt mengaji di kampung.. Jika ada murid nak ke GERKO lain, kebetulan petang yang sama, ajarlah dahulu, dan minta balik semula ke surau (tpt tasmik tadi) sekiranya aktiviti GERKO telah siap. maksudnya, jika murid tiada apa2 aktiviti rasmi lain maka mesti duduk di tmpt tasmik itu sehingga masa guru tamat walaupun dah baca. Jgn dah baca bagi pulang. Lebih elok lagi ajar murid2 yg lancar dahulu kemudian minta mereka bantu ajar murid2 lemah sebelum murid2 lemah tersebut mengadap guru.

 Yang pentingnya, program ini nak pastikan murid mengaji al-Quran. sbb jarang sangat di kampung2 ada tok2 guru yang mengajar al-Quran. Ana dahulu (masa kecik2) jika tak habis semua orang baca, tak boleh balik rumah. kena tunggu. bacalah kita al-quran tu hingga berkali2. esok datang, dapat pindah (org klantan kata dapat alih).

Murni sungguhnya hasrat dan cita2 program ini. Tinggal lagi kita laksanakannya dengan secara yang paling baik kita dapat. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga yang penting hujung bulan dapat gaji. Jika dapat, jgn bagi murid2 stay, bagi mereka balik dulu, makan, solat dll macam kita mengaji dulu lah. kemudian datang ngaji. kini datang tasmik. Mudah2an generasi akan datang akan membentuk fenomena umat Islam yang lebih baik dari hari ini.

 Sekian, harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tolong betulkan jika ada kesalahan fakta bagi mereka yang lebih mengetahui. Wallahu aklam.

Advertisements

38 Komen (+add yours?)

  1. المهندس اللغوي
    Apr 10, 2008 @ 06:50:22

    السلام عليكم و رحمة الله

    ما شاء الله عليك. مبارك على هذا الجهد الطيب.

    ada artikel pasal j-qaf…sejarah dan masa depannya. pernah baca ttg bahasa arab di malaysia: dahulu dan sekarang atau yg semaksud dengganya. boleh share dgn ana.

    kunna jiran fi matang. lakinnal aan….

    amman, al-urdun

    Balas

  2. ibnrajab
    Apr 11, 2008 @ 10:03:24

    وعليكم السلام

    anta hebat lening.. macamana study kat sana? bila nak konvo?

    insyaAllah ana cuba cari maklumat yg anta minta tu..

    Bangi, al-malaise

    Balas

  3. ummieahyar
    Apr 18, 2008 @ 05:06:27

    Salam…saudara..
    Saya seorang guru GPI(guru pendidikan Islam) dan sekarang sedang membuat prog Master di salah sebuah U tempatan. Saya dalam proposal nak buat kajian ttg tasmik ni lah sbb sy tgk bnyk guru2 GPI n Jqaf xpuas hati dengan pembahagian masa tasmik, jumlah murid n komitmen guru dgn kelas ni.So saya ingat nak buat kajian ttg kendalian kelas tasmik. Buat pengetahuan pembaca, sekolah saya murid mau dekat 2,000 orang, dua sesi n kelas tahun 1,2,3 ada 5 kelas masing2, thn 4 ada 6 kelas n gru2 jQaf + GPI ada 10 orang. So, kelas untuk tasmik tak cukup sbb yang hanya boleh d gunakan bilik2 khas..berapa sangat la bilik2 khas tu..tambah lagi kami fight dengan kelas SBT..Pihak pentadir of corse ape2 pun dahulukan kelas SBT. Maka komitment nak bagi selaras masa tasmik antara satu murid dengan yang lain xdapat. Walau pun ada kelas yang murid dah boleh membaca dengan bertajwid, tapi kita mesti gak dgr budak2 ni membaca sorang2..Sekarang 1 kelas hanya ada 2 orang guru yang kendalikan n setiap seorang guru GPI n Jqaf punya masa 3 jam mengajar tasmik 1 minggu. Setiap guru Jqaf n GPI plak kat sekolah xkurang dr 30 masa masing2 menjadikan kamilah guru yang paling banyak masa di sekolah. Lain lagi kelas ganti n guru2 GPI yang jadi guru kelas.So, kelas tasmik ni paling tak popularlah di sekolah ni, tapi kami usahakan juga cuma ingat satu je la…nak kan ganjaran n pahala serta saham dari Allah.Dengan masa pack n kerenah guru-guru n cabaran2 menjadikan saya nak mengkaji pasal ni apakah jalan penyelesaiannya. Hope saudara2 pembaca leh bagi komen n sertakan cadangan buku apa yang patut saya rujuk dalam membuat kajian ini kerana sumber rujukan terlalu lah kurang. Terima kasih dari saya..Assalamualaikum…

    Balas

  4. ibnrajab
    Apr 18, 2008 @ 09:32:10

    Walaikum salam dan terima kasih atas komen daripada ustazh..

    Memang sangat cantik sekiranya ustazah nak buat kajian tentang program j-QAF ini (masa tasmik dan sebagainya). Selain ia baru dan natijahnya (rasa saya) sangat2 diperlukan oleh pihak Kerajaan dalam membuat penilaian ke atas program ini. Semoga Allah memberi kekuatan dan idea yang luas bagi memudahkan ustazah melakukan kajian seumpama ini. Ana dan rakan2 di Jabatan (semasa bertugas di IPR sebelum cuti belajar ini) juga ada buat sedikit kajian berkenaan j-QAF dengan tajuk : Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF

    Wallahu aklam.. sama2 kita berusaha meningkatkan mutu pendidikan Negara!

    Balas

  5. UMMUMIQDAD
    Apr 30, 2008 @ 18:37:51

    assalamualaikum..
    Ana ni guru J-qaf pend islam ( KOHORT 2006 ) MAKNANYA KAT SEK DAH ADA KELAS J-QAF SAMPAI THN 3. aNA NAK KONGSI & MINTA PDPAT KWN2 SEMUA.MINTA BG CDGAN & KOMEN MEMBINA SEMATA2 KRN ANAK2 MURID KITA DAN BUKAN NAK SALAHKN MANA2 PIHAK.

    MASALAH YG ANA HADAPI IALAH ;

    A) WAKTU MGAJAR DAH SAMPAI KE 42 MASA ( 1260 MINIT)
    B) SETAKAT NI PROG TASMIK MASIH XDPT DJLNKN KRN PROG.SEK TERLALU PADAT.
    c) TERPAKSA MGAJAR SUBJEK BHS ARAB SELAIN J-QAF( THN 4,5 DAN 6)
    D) KURG WAKTU NK BG TUMPUAN KPD MURID2 YG MASIH LEMAH ESP IQRA’ 1,2,DAN 3.& MURID PEMULIHAN JAWI.

    SO, HARAPLAH ADA YG YG DPT KOMEN MCMN NK ATASI MSLH ANA.
    ASKM.

    Balas

  6. ibnrajab
    Mei 01, 2008 @ 09:18:49

    Wa’alaikumussalam usth UMMUMIQDAD

    1. Usth blh bersuara dlm mesyuarat, ketengahkan kepentingan mengadakan program jQAF sebagaimana yang termaktub di KPM (hasrat wujud jQAF). Ana lihat di sini dua perkara sudah lari dari hasrat asal jQAF
    a) Program tasmik tidak dijalankan.. ini adalah suatu kesalahan kerana langgar akta peruntukan waktu tasmik
    b) Guru jQAF adalah tidak dibenarkan sama sekali mengajar subjek di bawah program pendidikan yang lain selain jQAF (ajar BA jQAF mmg boleh)

    2. Tulis surat CADANGAN pada guru besar (RASMI) kalau boleh sk kepada pihak2 berkenaan.

    3. Usth WAJIB sertai mana2 pertubuhan guru bagi membincang masalah2 seperti ini (ada sertai mana2 cth NUTP dll?) bertindak sekarang.. suara seorang mana lah nak dilayan.. kita insan guru perlu duduk dalam persatuan baru perjuangan kita ada asas yang kukuh sket la..

    Itu cadangan ana.. doa ana usth boleh bergerak di sekolah semaksima yang mungkin demi mlihat cahaya nilai murni Islam terpancar daripada generasi akan datang. Memang penat bila kita bekerja.. tetapi berkat.. jangan kita leka yg akhirnya membawa derita di sana.. teruskan usaha baik hari ini dan bila2.. insyaAllah segala hasrat KPM akan terlaksana jua.. hanya masa yang akan menentukannya bergantung kepada tindakan bijak para pegawainya di setiap lapisan bermula di sekolah.

    Wassalam.

    Balas

  7. uzi
    Mei 03, 2008 @ 15:39:15

    salam..bg mana guru samada GPI atau j-QAF dimana waktu m,engajaranya termasuk tasmik melebihi 40 waktiu ..lapor saja kpd peg j-QAF JPN ….

    Balas

  8. hizbullah
    Mei 08, 2008 @ 10:40:42

    salam.

    saya masih baru dalam j-QAF tetapi program j-QAF ni memang cukup baik dan bagus. Cuma sistem pelaksanaan sahaja di sekolah masih boleh dipertikaikan kerana masa yang diberikan tidak memenuhi matlamat j-QAF. Isu utama adalah masa Tasmik. Masa yang diberikan sejam dan jumlah murid yang ramai menjadikan tidak seimbang. Guru mengajar terpaksa mengejar masa dan seorang murid satu muka surat dan satu masalah lagi sekiranya berhadapan dengan murid yang lemah atau lamba dalam membaca iqra dan kadang-kadang mengambil masa hampir 10 minit untuk seorang murid yang lemah.bayangkan bilangan guru mengajar dalam 6 orang manakala murid sehari 50 lebih. sepatutnya guru yang menyediakan jadual patut duduk mengajar tasmik untuk tahu situasi sebenar.

    wassalam

    Balas

  9. ibnrajab
    Mei 17, 2008 @ 20:22:15

    InsyaAllah.. berkat usaha dan niat ikhlas anda semua dan guru2 jQAF, generasi Islam akan terbentuk jua tiga empat tahun akan datang.. semoga usaha kita yang ikhlas itu akan mendapat pertolongan Allah.. yang penting semua pihak (diulang) semua pihak patut bekerjasama dalam merealisasikan misi yang mendapat tentangan no satu (priority) nafsu dan syaitan ini.. mmg tidak dapat dinafikan.. kita semua mesti berjihad melawannya..

    daripada pihak pentadbiran, sehingga pelaksana mesti saling faham memahami maksud di sebalik jQAF itu sndiri.. maknanya, memang guru jQAF perlu habiskan masa yang SEPATUTNYA untuk tasmik, sekiranya tidak dapat dilaksanakan dengan cara biasa.. kita mesti fikir cara yang luar biasa.. kerana usaha yang luar biasa sahaja akan melahirkan natijah yang luar biasa juga.. cari jalan dari luar kotak

    maksud ana (sekadar pandangan dan harap jangan terasa hati atau marah2, sekiranya tidak tepat boleh bincang) kalau tak dapat jalankan tasmik ini pada waktu petang, sebabnya banyak sebab lah.. sebagai contoh bertembung dengan waktu KAFA, koku dll maka jalankanlah waktu malam pun.. lihat kepada rakan2 anda yang mengajar sekolah menengah yang ada SPM, PMR, STPM mereka pun terpaksa turun waktu malam mengajar tambahan.. tetapi anda (guru JQAF) memang dah dibayar dan mmg tugas utama anda adalah tasmik pelajar.. maka samada murid ada atau tidak ada, anda mesti adakan kelas tasmik tersebut dan pihak pentadbiran kena faham hasrat guru-guru ini dan mmbenarkan mereka mengadakannya pada waktu malam.

    masa kerja mereka (katakanlah 8 jam) perlulah dianjalkan.. masa mereka datang waktu malam itu adalah waktu rasmi kerja mereka.. punch masa itu.. waktu pagi benarkan mereka free.. bukan tugas rasmi mereka datang ke sekolah utk sit-in masa matapelajaran lain yang menyekat langsung mereka daripada aktiviti tasmik.. kalau sit-in itu boleh dijalankan padanya aktiviti tasmik lain lah

    wallahu aklam…

    Balas

  10. wani
    Mei 28, 2008 @ 13:17:32

    Saya guru j-QAF Pasir Mas Kelate bersyukur pada ilahi kerana ditakdirkan mengajar kanak2 ahli syurga yang masih suci bersih bagaikan kain putih.Inilah medan yang paling sesuai untuk kita menggunakan peluang yang diberikan kepada guru-guru j-QAF khususnya negeri kelate amnya semalaysia bagi mencorak anak-anak didik supaya belajar al-quran dan akhirnya mereka memahami al-quran bagi merialisasikan ajaran al-quran dalam kehidupan individu,masyarakat dan negara.Oleh itu janganlah kita leka dengan tanggungjawab yang diberikan sehingga menyebabkan kurangnya keberkesnan program ini.Saya berkeyakinan guru2 j-QAF semua mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu agama khususnya al-quran supaya diakhir 2010 nanti kita sama2 dapat melihat lahirnya anak2 didik yang dapat khatam al-quran sebelum menjejak kaki ke sekolah menengah. Berkenaan dengan kelas tasmik saya ingin berkongsi cara pelaksanaannya dgn membahagikan jadual tasmik mengikut kelas yang melibatkan masa 1 jam sehari di sebelah ptg.Pelaksanaaan kelas tasmik ini diluar masa kelas kafa.Kadang-kadang timbul juga persoalan adakah guru GPI mengajar kelas tasmik kerana setakat ini guru GPI sekolah saya tidak mengajar masa tasmik sebelah petang sebab mereka memahami bahawa kelas tasmik hanya khas utk guru j-QAF sahaja.Apabila kelas tasmik berjalan timbul masalah ada dikalangan pelajar yang tidak berkesempatan untuk ditasmikkan dengan masa yg diperuntukan,sekiranya sy memanjangkan masa tasmik ianya melibatkn masa kelas kafa dan memberi kesan kepada guru2 kafa mengajar kelas mereka timbulnya masalah ketidakselesaan guru kafa mengajar.Oleh itu mestilah ada kerjasama yg baik di antara semua pihak supaya program ini berjalan dengan lancar serta berjaya.
    Akhir kalam mohon maaf sekiranya terkasar bahasa tersilat ucap tersalah tulis.

    Wallahu a’lam wassalam……….

    IbnRajab: mesti ada kerjasama. GPI hendaklah bantu guru j-QAF kerna ini program utk kepentingan bangsa dan agama kita. hasil drp program j-QAF akan dinikmati secara bersama oleh GPI iaitu pelajar2 akan celik al-quran dan memahami serta berakhlak dgn al-quran. masakan program j-QAF (tasmik) hendak dipikul oleh guru j-QAF sahaja. masakan termampu. sedangkan ibubapa kat rumah pun (kalau mampu) harap bantu tasmik anak2. masakan pula GPI. kerana mereka mmg mampu. cuma mungkin tak mampu drpd pengurusan masa. itu adalah cabaran kita selaku umat Islam. kalau kt tak berubah ke arah kebaikan, org bukan Islam akan buat perubahan ke arah kehancuran umat Islam. itu confirm telah diberitakan oleh Allah. Mafhum “tidak akan redha org2 yahudi dan nasrani sehingga kamu…..” semua hafal ayat al-Quran tersebut.

    Balas

  11. cik izan
    Jun 12, 2008 @ 14:50:37

    apakah subjek yang di ajar oleh sekolah KAFA

    IbnRajab: ana tak pasti sekolah KAFA yang dimaksudkan oleh saudari izan, tetapi jika program KAFA ia adalah satu program yang dianjurkan oleh JAKIM dan diimplimentasi di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara. Ia adalah akronim kepada Program Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA). Perkara yang diajar ialah subjek asas solat, asas rukun iman dan islam, asas ilmu tauhid dan sirah. TQ

    Balas

  12. Ummi'aisyah
    Nov 12, 2008 @ 22:46:37

    Assalamualaikum ust…. Memandangkan Ust. ada bicara berkaitan kelas Tasmik, kat sini saya nak ikut same lah. Pada asasnya,kelas ni amat baik jika perlaksanaannya sistematik dan diselaraskan. Apa yang berlaku sekarang, sekolah yang bilangan pelajar jQAF ramai, timbul masalah untuk perlaksanaannya. Bayangkan setiap petang kelas Tasmik terpaksa diadakan, tetapi segelintir pelajar tidak dapat diajar keseluruhannya kerana 1 kelas 30 orang murid ditasmik oleh seorang jQAF dalammasa 1 jam. Apakah tidak ada inisiatif KPM untuk selaraskan kelas ini bagi semua sekolah atau serapkan dalam jadual walaupun di tambah masa? Dan…apa kata KPM wajibkan GPI sekali utk terlibat dengan kelas ni, dengan syarat kena ada pekeliling le. Sekarangkan zaman hitam putih..Bila akhir tahun, dah rasa dah sakit kepala fikirkan macamana nak susun jadual tasmik untuk tahun depan. Wallahua’llam.

    IbnRajab: komen dan cadangan yang baik. ana harap ada pihak yg akan ambil tindakan. bg diri ana insyaAllah ana akan utarakan kepada pihak2 berkaitan ttg isu yg ustzh bangkitkan ini. sbb tu kalau blh ana minta para pelawat laman ini mengutarakan cadangan2 yg kt semua blh ambil tindakan utk kebaikan umat kita. wallahu aklam

    Balas

  13. Halmey Bin Rapaee
    Jan 13, 2009 @ 15:04:39

    Saudara IbnRajab,

    Saya bukan seorang guru tetapi izinkan saya sebagai bapa kepada anak yang bersekolah di darjah 2 di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru (sessi petang)

    Murid-murid Islam di sekolah anak saya juga terlibat dengan kelas j-qaf yang mana murid-murid tahun 1, 2 dan 3 di sekolah berkenaan kena datang pada lebih awal iaitu pada pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 petang demi untuk menghadiri kelas Tasmik dan Bahasa Arab yang diadakan di luar waktu pembelajaran.

    Seperti sedia maklum waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah agama di Johor Bahru (sessi pagi) kebanyakannya berakhir pada pukul 11.45 pagi.

    Keadaan ini tidak memberikan cukup masa untuk anak saya dan murid-murid Islam di sekolah kebangsaan tersebut kerana mereka terpaksa bergegas ke sekolah kebangsaan demi untuk kelas Tasmik dan Bahasa Arab tersebut.(yang pasti akan selalu lambat menghadiri kelas tersebut kalaupun sempat sampai)

    Murid-murid tersebut seolah-olah telah ditindas dan dirampas hak mereka untuk menjamah makanan tengah hari dan mereka terpaksa menukar pakaian dengan segera demi untuk ke sekolah kebangsaan.

    Murid-murid berkenaan akan menjalani kehidupan yang tidak sihat untuk mental dan fizikal mereka kerana terpaksa mengorbankan waktu makan tengahari mereka sedangkan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah perlu bagi mereka.

    Bayangkan dari pukul 10.45 pagi hingga 11.45 pagi mereka belajar di sekolah agama dan kemudian terpaksa bergegas untu ke sekolah kebangsaan pada pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang untuk kelas Tasmik dan Bahasa Arab dan kemudian terus dari pukul 1.00 petang hingga 6.20 menyambung pelajaran untuk subjek-subjek lain di sekolah kebangsaan. Mereka cuma ada waktu rehat setengah jam sahaja iaitu pada pukul 3.20 petang (untuk makan). Adakah keadaan ini baik?

    Saya berharap saudara boleh memberikan pandangan kerana saya telah menghubungi pihak berkenaan di sekolah agama dan juga di sekolah kebangsaan bagi menyelesaikan isu waktu pembelajaran tersebut.

    IbnRajab: terima kasih atas komen dan isu yg baik ini, yg sdr ketengahkan. InsyaAllah ana akan suara2kan jika berkesempatan berbuat demikian. pada pendpt ana, buat masa ini, sdr blh (melalui saluran pibg) utk membincangkan perkara ini (cth pada mesyuarat pibg yg akan datang). Masalah penjadualan adalah perkara teknikal yg pihak sekolah blh cuba selesaikan. harapan semoga kita sama-sama membina ke arah mencapai matlamat jqaf yang baik. wallahu aklam

    Balas

  14. Halmey Bin Rapaee
    Jan 21, 2009 @ 17:23:58

    Terima Kasih Saudara IbnRajab kerana sudi memberi maklum balas kepada isu yang saya utarakan tempoh hari.

    Saya telah mendapat maklum balas dari pihak kementerian pelajaran agama daerah johor bahru tentang jadual tersebut yang mengesyorkan kepada saya meminta perlepasan keluar awal dari pihak sekolah agama iaitu pukul 11.30 pagi.

    Saya telahpun berbuat demikian di mana permohonan saya untuk perlepasan awal tersebut adalah untuk sepanjang tahun 2009.

    Bayangkan sepanjang tahun anak saya akan keluar awal. Ini pasti merugikan pelajaran anak saya.

    Tambahan pula, keluar awal pukul 11.30 pagi tersebut juga tidak mencukupi untuk anak saya sampai tepat pukul 12.00 tengahari di sekolah kebangsaan untuk belajar j-Qaf. Sepanjang 2 minggu lepas, anak saya sampai ke sekolah kebangsaan lebih kurang pukul 12.35 tengahari. Dah nak habis masa j-Qaf. Rugi lagi dan nampaknya akan berterusan lah sepanjang tahun.

    Saya juga dimaklumkan oleh cikgu sekolah kebangsaan bahawa kehadiran kelas j-qaf tak ramai dan ada yang ponteng.

    Bayangkan kalau sekolah agama habis pukul 11.45, manalah murid-murid tu sempat nak sampai ke sekolah pukul 12.00 tengahari. Saya pasti dalam keadaan ini, Ibubapa berkenaan pasti membuat pilihan sama ada suruh anak ke sekolah agama atau ke kelas j-qaf?

    Anak saya beruntunglah jugak sebab rumah boleh dikatakan dekat dengan sekolah tapi untuk sepanjang tahun 2009 yang rugi, banyaklah anak saya kena belajar sendiri.

    Saya telah hubungi pihak sekolah kebangsaan yang kata tak boleh nak ubah masa kelas j-qaf pukul 12.00 tengahari. Apa yang menyedihkan pihak sekolah nak tunggu jawapan rayuan yang saya buat kepada pegawai pendidikan agama daerah johor bahru.

    Dalam hal ini saya nampak tak ada komunikasi dua hala antara kementerian sekolah agama dan kementerian pelajaran.

    Apa yang saya rasa tak kena ialah bila saya diberitahu oleh cikgu sekolah kebangsaan bahawa murid-murid yang ponteng kelas j-qaf 3 hari berturut-turut akan diberi surat oleh pihak sekolah.

    Wajarkah? Sedangkan masalah ini timbul bukan disebabkan oleh murid-murid berkenaan tetapi berpunca daripada jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid yang jadi mangsa.

    Saya nak tahu:-

    1. Adakah masa Bahasa Arab j-Qaf diajar diluar daripada masa persekolahan biasa?
    IbnRajab: bahasa Arab diajar dlm waktu persekolahan biasa.

    2. Apakah arahan kementerian pendidikan malaysia berhubung masa belajar j-Qaf ini di sekolah-sekolah kebangsaan?
    IbnRajab: ia adalah wajib

    3. Bolehkah pihak sekolah mencuri masa mengajar j-Qaf dengan mengajar subjek lain misalnya Matematik?
    IbnRajab: tidak blh

    4. KAlau pihak sekolah melanggar arahan kementerian, apakah tindakannya yang perlu diambil?
    IbnRajab: yg ini sy tak pasti, maaf.

    Saya perlukan jawapan sdr IbnRajab untuk tindakan saya selanjutnya.

    IbnRajab: tulisan sy ini tdk blh difahami sebagai menterjemah apa-apa akta atau pekeliling Kerajaan, ia adalah semata-mata pandangan peribadi. apa2 pn sy mengucapkan terima kasih krn sudi berkongsi pandangan tuan 🙂

    Balas

  15. Halmey Bin Rapaee
    Jan 22, 2009 @ 16:37:57

    Terima kasih Sdr IbnRajab atas maklumbalas pertanyaan saya.

    Sementara menunggu mesyuarat PIBG yang selalunya akan diadakan dalam bulan 3 atau 4, saya akan terus cuba supaya permasalahan yang dihadapi oleh anak saya dan murid-murid lain dapat diatasi oleh pihak sekolah.

    Apa saya harapkan ialah supaya pihak berwajib dapat menyelaraskan masa pembelajaran di sekolah agama dan di sekolah kebangsaan demi kepentingan semua pelajar agar mereka tidak terbeban dan tertekan dengan faktor masa yang akhirnya memenatkan fizikal serta mental mereka.

    Wassalam.

    IbnRajab: w’salam. ana setuju sgt dgn pendapat tuan. kalau ana ada dkt2 sana, ana pasti akan sokong tuan. semoga usaha tuan diberi permudahkan Allah

    Balas

  16. Shaharil
    Jan 26, 2009 @ 23:39:00

    Assalammualaikum,
    Saya merupakan guru di salah sebuah sekolah di Klang. Persoalannya sekarang,sekolah saya menjalankan kelas tasmik pada waktu terakhir pada hari Rabu dan Khamis(6,00-6.30). Sebelum ini(2008) kami pulang pada pukul 6 petang pada hari Rabu dan Khamis(Isnin, Selasa dan Jumaat pada 6.30). Pada 2009 ini, kami akan pulang setiap hari 6.30 kerana 2 waktu yang kurang digantikan dengan kelas tasmik. Jadi terdapatlah kelas tasmik yanhg dijalankan tanpa Ustaz/ustazah atau GPI. Soalannya bolehkah kelas tasmik dijalankan pada bila-bila waktu PnP. Soalan kedua, bolehkah kelas tasmik dibuat 2 waktu berturut-turut. Soalan ketiga bolehkah guru akademik(bukan GPI atau guru JQAF) mengajar kelas tasmik?

    IbnRajab: kelas tasmik tidak boleh diadakan pd waktu PnP biasa. kelas tasmik adalah kelas khas utk program j-qaf. sebagaimana ana jelaskan dlm artikel, kelas tasmik ni adalah gantian kepada kelas mengaji al-quran di kampung2 suatu masa dulu (mungkin masih ada zaman sekarang). bezanya guru al-quran di kampung tidak digaji oleh Kerajaan spt guru2 j-qaf. Matlamat pengajaran al-quran adalah sama iaitu melahirkan generasi al-quran yg dpt memberi sumbangan kpd kesinambungan tamadun manusia seperti zaman silam. core bisness guru j-qaf antara lainnya adlh mengajar tasmik selain (b,arab/pemulihan jawi dan mengendalikan program kem bestari solat). Guru2 lain dan ibubapa (yg ada kesedaran akan matlamat murni ini) sgt digalakkan membantu demi mencapai target khatam al-quran semenjak di sekolah rendah. wallahu aklam.

    Balas

  17. GPI
    Feb 11, 2009 @ 22:19:24

    Saya merupakan GPI thn 1 di sekolah. disini sya ingin memohon pandangan drpd saudara ttg pjalann program jQaf di sekolah sy:-

    ketua panitia Penddkn Islam myarankan Tasmik dijlnkn dlm p&p PAI dgn mengambil 1 waktu drpd waktu p&p alQuran. Perkara ini tlh dipersetujui oleh semua org guru jQaf di sekolah saya dan telah dijlnkn wlupn sy kurg stuju memandgkn Tasmik diluar jadual tdk dijalankan.
    adakah guru2 jQaf ini tidak diberi penjelasan yg sejelas2nya ttg fungsi jqaf diwujud?

    IbnRajab: sila rujuk buku panduan j-QAF. sudah jelas spt jelasnya sinaran matahari

    Balas

  18. Norhajar
    Mac 01, 2009 @ 13:44:14

    Salam,
    Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai guru -QAF yg mengajar murid2 p&p Pend Islam.
    1. Adakah mereka mengambil/membawa keluar murid pemulihan seramai 10 org sahaja sampai akhir tahun bg p&p jawi
    sedangkan ada lebih 20 org lg yg perlukan pemulihan di dlm kelas yg sama?adakah yg selebihnya itu t/jwb GPI?
    2. Semasa p&p Al Quran adakah guru j-QAF hanya mengambil murid yang pandai sahaja manakala yg kurang pandai berada bersama GPI.
    3. Bolehkah guru j-QAF mengajar subjek lain spt pend seni sekadar untuk mencukupkan bilangan waktu mengajar dan juga masalah kekurangan guru?
    4. Bagi yg telah disahkan perjawatannya bolehkah dilantik sebagai guru kelas?
    5. Ada di antara guru j-QAF yg dilantik menjadi JU dan sering meninggalkan kelas sehingga berminggu2 lamanya,tidakkah ini mengganggu p&p?
    Saya mengutarakan perkara ini kerana terdapat pelbagai ‘mazhab’ yg digunakan disekolah2 di daerah saya dan sekolah sahabat2 saya di daerah lain. Antaranya guru j-QAF hanya membawa keluar murid pemulihan semasa p&p jawi dan Al Quran sementara murid yg pandai bersama GPI,alasan mereka guru j-QAF adalah utk membantu memperkasakan Pend Islam di sekolah jd sudah sepatutnya mereka mengambil murid yg kurang pandai utk dipulihkan,kalau nak ambil yg pandai saja,GPI pun boleh ajar!Maaf ye ustaz,ini bukan sentimen PHD GPI kpd guru j-QAF tetapi kadangkala ketidakselarasan maklumat menyebabkan GPI merasa seperti anak kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan,semacam pihak JAPIM sekadar nak beri kerja kpd lulusan Pengajian Islam.Memang la semuanya memerlukan keikhlasan dan jangan terlalu berkira tetapi lebih baik berterus terang dan kira sekarang sebelum Allah persoalkan dan kirakan di SANA kelak.Wallahu Aklam.

    IbnRajab: komen yang baik. mmg tajuk artikel ana yang ini kerap dapat kunjungan IbnRajab Online ni. ana sekadar jawab berdasarkan pengetahuan ana yang amat terhad. ia tidak bermaksud hujjah mandatori dan paling tepat. sila rujuk buku panduan j-QAF dan apa-apa bahan berkaitan.
    1. guru jQAF pemulihan jawi adalah untuk memulihkan penguasaan jawi. jumlah murid antara 6 hingga 12 orang. bila murid lama dah pulih, sila tukar dengan murid yg paling lemah dalam kelas asal. maksudnya, murid2 kelas pemulihan bukanlah murid sama sepanjang tahun. Kalau sama, guru perlu ubah taktik dan caranya kerana mungkin PnPnya tidak berkesan.
    2. PnP al-Quran adalah subjek jQAF.
    3. tak boleh sama sekali dan menyalahi matlamat jQAF diwujudkan. guru-guru jQAF tidak boleh diganggu dengan subjek2 lain. mereka mesti fokus menjayakan program jQAF dgn dibantu oleh semua pihak, GB, GPI, ibubapa dan masyarakt.
    4. blh.
    5. sama seperti JU mp lain.

    Sama-sama bekerjasama menjayakan program jQAF. insyaAllah akan lahir generasi Malaysia yang celik, faham, menghayati dan melaksanakan misi al-Quran dan agama Islam itu sndiri. Sekiranya ada masalah, bawa berbincang dan cari jalan penyelesaian yang terbaik mengikut peraturan yang telah disusun, diwarta dan diamalkan dari masa ke masa.

    Wallahu aklam.

    Balas

  19. guru j-QAF B.ARAB 07
    Mei 29, 2009 @ 12:13:49

    Salam…menjawab segala persoalan tentang j-QAF, sepatutnya kita mahu ataupun tidak perlu berusaha untuk menjayakannya walau dengan apa cara sekalipun.Apa yang yang pasti, dasar yang telah ditetapkan perlu kita ikuti dan laksanakan walaupun pasti akan wujud kekurangan. Masyarakat hari ini lebih bayak memberikan alasan daripada cuba mencari penyelesaian. Apa yang kita lihat, j-QAF program yang amat baik dan tak perlu dipersoal lagi bagaimana harus menjalankanya tetapi bagaimana harus melancarkannya dan memastikannya berjaya. Ikhlaskanlah hati kerana kepayahan hari ini akan beransur pergi dan kesenangan pula datang mengganti. Wallahua’lam

    IR: w’salam. tahniah atas semangat yg ditunjukkan..

    Balas

  20. syidah
    Okt 14, 2009 @ 21:19:40

    salam…
    segala permasalahan di atas ada di sekolah saya terutamanya kelas tasmik… apa taknya, sekolah saya dua sesi yaitu pagi n ptg,guru jqaf 3 rang (2 PI, 1 BA)…tapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat diatasi…guru gpi pn ada yang membantu…
    SOALAN SAYA……
    1)apakah guru jqaf tidak layak untuk dicalonkan atau menerima anugerah guru cemerlang spt guru2 lain…
    kalau betul lah, tiada motivasi lah untuk guru2 jqaf…
    kalau layak sepatutnya ada makluman utk pihak sek, sebab kebanyakan sekolah terutama di sabah tidak nampak susah payah guru jqaf…
    maklumlah bagi mereka guru jqaf hanya menumpang je…
    sampai sekarang pentadbir sek saya cakap jqaf ni masih dalam kajian…tak faham betul walau dah berkali diberitahu…

    2)peruntukan kewangan JQAF (pcg)tiada ker?
    sebelum ni sek saya pernah dapat sekali (2006), lepas tu terus tiada sampai sekarang..

    Balas

    • mie
      Okt 20, 2009 @ 22:09:06

      salam…. menjawab persoalan syidah…

      1) guru jqaf ada juga mengisi borang prestasi kan? ini bermakna guru jqaf juga dinilai utk dicalonkan sbg guru cemerlang sama spt guru2 yg lain… guru cemerlang dinilai berdasarkan perolehan markah dlm borg prestasi tahunan…. ada guru biasa yang telah lama berkhidmat masih belum dapat guru cemerlang ini kan pula guru jqaf yang baru beberapa tahun dilantik dan disahkan…

      bagaimana awak menilai sekolah2 di sabah tak menghargai guru j-qaf? tak baik buruk sangka…. dinegeri mana pun awak dihantar tempat tu tempat awak cari rezeki…. apa yang penting, niat yang ikhlas dan baik…..

      2) pcg ada… syidah kena rajin bertanya pihak pentadbir dan berhubung dengan ppd yang berhampiran….

      selamat maju jaya…. wassalam

      IR: komentar yg baik

      Balas

  21. bibie
    Okt 28, 2009 @ 00:55:41

    salam….
    satu jer nak kepastian sesiapa yang berkenaan…
    pcg dgn peruntukan kewangan kbs tu sama ke x? sek sy prnh dpt pcg jqaf, dan kami tlh gunakan utk membeli peralatan surau termasuk almari (utk simpan alquran)…malangnya wang x m’cukupi n t’paksa guna wang sek dl…ingatkan thn berikutnya blh byr balik tp smpai skrg tiada lg pcg utk jqaf…
    kalau peruntukan kbs, tiada masalah every year dpt walaupun lewat…
    ada ke x pcg ni? bila rujuk kerani pun diorang ckp tiada…

    IR: rujuk peg j-qaf di ppd

    Balas

  22. sollin
    Jan 13, 2010 @ 09:56:33

    salam ustaz… ana nak tanya berkenaan kelas tasmik
    1.kalo dah mmg dah x cukup sgt2 guru so jqaf terpaksa mengajar pend seni .
    2. guru jqaf b.arab mengajar pemulihan jawi alasan nak seimbang jadual?
    3. hanya seorg guru jqaf mengajar p.islam/jawi tampa gpi dengan alasan terpaksa tarik gpi mengajar kelas lain sebb x cukup guru.(selepas praktikum)

    IR: w’salam. jgn terlalu rigid. bantu membantulah demi kepentingan anak bangsa berjaya. kalau dah x cukup guru, bantulah mana patut. iklhas kerana Allah

    Balas

  23. j_bakh
    Ogo 07, 2010 @ 14:43:36

    Salam Ust… Saya guru GPI … Maslah disekolah saya begini… Guru Jqaf 4 orang…. Sekarang dibahagikan kepada 2 setiap sesi 2 guru jqaf pagi 2 guru jqaf petang dengan salah seorang bertingdak mengajar BA… tahun 1 – 6 mempunyai 3 kelas setiap tahun belum lg di campur pra sekolah 3 kelas… apa yang menjadi masalah di sini adalah pnp dlm kelas untuk Pen Islam tidak disertai sepenuhnya oleh guru jqaf kerana mereka menghadkan masa pnp mereka kepada 26 waktu mengikut waktu guru2 disekolah kami…jika beliau mengajar tasmik 8 waktu ditolak dengn 26 waktu bermakna waktu dlm kelas hanya 18 waktu bg jqaf pi… ni belum lg kira jqaf ba… BA 123 sudah 18 plus tasmik 8 dah cukup 26.. so tak masuk dah dlm waktu pemulihan Pen ISlam….adakah betul pelaksanaan begini…. satu lg waktu tasmik pula dlm waktu pnp di mana 2 org guru jqaf pagi akan mengajar murid tahun satu hingga 3 dr jam 11 hingga 12… begitulah guru jqaf petang dr jam 12-1… adakah betul pelaksanaan ini… ada perbincangan berkaitan dengan tasmik di mana guru gpi setuju untuk tasmik tetapi terpaksa menarik diri setelah disusun jadual kami gpi juga 8 masa tasmik sedangkan gpi sudah mengajar 26 waktu…..kesimpulannya… ada kelas yng guru jqaf tidak masuk atas alasan masa sudah limit sedangkan masa pnp ini budak2 ada dikelas yng semua murid hadir sedangkan tasmik yg datang kadang2 tidak sampai separuh…… mohon penjelasan… jika apa yg mereka buat ni betul tak jadi hal lah…. untuk makluman saya ketua panitia pen islam yg br dilantik tahun ini dan memerlukan maklumat tentang pelaksanaan jqaf yg sebenarnya kerana begitu berbeza pelaksanaan yg saya perolehi antara sekolah sekolah yg saya servey….syukran

    Balas

  24. salehudin bin sabar
    Mei 01, 2011 @ 09:31:54

    assalamualaikum ya syeikh, lama dah tak sembang..tiba-tiba ana dengar anta dah kena posting kat IPG Besut, apa hal awal sangat tinggalkan bumi kenyalang….bila nak ke kuching… salam buat rakan-rakan di IPG Besut

    IR: w’salam tuan.. alhamdulillah ana dah dpt balik.. ana mohon dr tahun 2010 lagi utk balik kampus di semenanjung, tp hanya kampus sultan mizan yg mahu terima ana ni.. sykur jg la.. dekat dgn org tua.. insyaAllah nnt ana ke kuching ana call ust.. kita sembang panjang hehe

    Balas

  25. rusdianah
    Nov 23, 2011 @ 23:40:45

    Assalamualaikum w.w
    sy slh sorang gpi di sek.keb nak memberitahu ke tidakpuasan hati sy berkenaan gr j-Qaf ni yg krg di sukai oleh phk pentadbir dan sy sendiri.Sikapnya yg suka menampar dan bersikap kasar dgn pelajar mmbuatkn sy krg selesa mengajar tasmik bersamanya.jika pelajar membunyikan huruf yg slh ( sleng semenanjung),tangannya terus hinggap di pipi plajar.bgitu juga jika dia mengajar dalam p&p biasa.plajar jadi ketakutan yg luar biasa.lg satu yg sy krg berkenan,bila GPI mengajar tasmik jam 11 pg bermula,dia datang jam 12 tghr.jd bunyinya sapa yg guru j-Qaf sebenarnya ni?dalam bilik guru yg sepatutnya dia buat kerja sekolah, dia boleh siap jahit manik bju yg di ambil tempahan dr rakan2 sek.Oleh itu sy sgt brharap tidak mengajar tasmik lg sb guru j-Qaf ini pun tidak berkomitmen dalam mnjalankan tugasnya.

    IR: masyaAllah, perkara spt ini mesti diperbetulkan. tp jgn lah sampai x mahu membantu, demi agama

    Balas

  26. Rozita
    Jan 06, 2012 @ 22:49:27

    Assalamualaikum. Saya GPI. Saya dapati guru JQAF masuk ke kelas bersama dengan GPI. Tetapi yang mengajarnya hanya seorang iaitu GPI, manakala guru JQAF hanya memantau murid. Adakah cara ini betul?. Pendapat saya sepatutnya guru JQAF membawa murid lemah keluar dari kelas dan mengajar di bilik khas. Kalau dah 2 orang guru berada dlm kelas, saya nampak macam membazir tenaga guru yg tidak mengajar tetapi hanya memantau. Sepatutnya guru JQAF mengajar murid yang lemah seperti kelas pemulihan bahasa melayu dan matematik. Ini kerana cara pengajaran murid lemah berbeza dengan murid cemerlang.

    IR: sepatutnya begitulah, cuma mungkin perlu diperbetulkan di mana2.. suarakanlah cadangan anda dgn hati yg ikhlas..

    Balas

  27. leman
    Feb 10, 2012 @ 14:52:48

    Assalamualaikum.. saya sekadar ingin bertanya perlaksanaan tasmik disekolah,

    1. Bagaimana sekiranya sesebuah sekolah mempunyai bilangan murid yang terlalu ramai dengan bilangan guru GPI & J-Qaf yang terhad boleh tidak dilaksanakan 30 minit seminggu bagi setiap kelas?
    IR: kena ikut keperluan minima.. biasakan sedekah masa demi kepentingan agama.. program dah ada, hanya laksanakan sahaja.. nikmat ini perlu disyukuri dgn komitmen.. Allah sedang menguji

    2. Bolehkah guru-guru akademik biasa terlibat dengan tasmik ?
    IR: sangat blh.. pak guard pn kalau mampu blh.. siapa2 pn blh asal tidak berkira material duniawi.. yg dicari adalah ganjaran Ilahi

    Sebenarnya maklumat yang pelbagai tentang perlaksanaan tasmik amat merumitkan dan mengelirukan. t.kasih
    IR: tidak, jika merujuk kpd buku panduan.. Allah aklam

    Balas

  28. Pn.Hjh.Salawati bt Saringat
    Mac 12, 2012 @ 15:14:18

    SKBP 2
    12.3.2012

    Assalamualaikum, …saya seorang guru Pendidikan Islam yang secara langsung memang terlibat dengan program tasmik ni..dalam masa sekarang ni saya sedang menyiapkan tesis PhD saya mengenai keberkesanan program j-QAF di sekolah-sekolah.Sememangnya diakui program jQAF ini banyak kebaikkannya tetapi sejauhmana pencapaiannya disetiap sekolah? masih terdapat lagi murid yang belum menguasai bacaan Al Quran…masa tasmik memang cukup berkesan untuk murid-murid tetapi sejauhmana pelaksanaaannya masih menjadi kekeliruan kerana masa tasmik tidak ada ketetapan waktu, ia berada di luar jadual waktu..menjadi kelaziman apabila ianya berada diluar jadual waktu PnP maka banyaklah timbul perselisihan.sama ada dari kalangan guru jQAF sendiri, GPI , murid-murid mahupun ibu bapa.Inilah yang akan saya buat kajian mengenainya..diharap komen-komen daripada mana-mana pihak dapat membantu saya menyiapkan tesis saya.Terima Kasih.

    IR: tahniah Pn Hjh Salawati atas minat utk buat kajian ttg jqaf.. mohon nnt share hasil/dapatan kajiannya.. syukran ala ziarah

    Balas

    • mohd fikri bin hj ismail
      Okt 21, 2012 @ 11:54:13

      assalamualaikum.
      ana ustaz mohd fikri bin haji ismail .mfikri@ipda.edu.my.(0195588840)
      pensyarah di institut pendidikan guru kampus darulaman jitra.
      ana pun buat phd dalam tajuk jqaf juga….boleh ustazah dan saya kongsi kongsi ilmu.saya amat berharap kita dapat dapat kongsi ilmu.ana buat phd di usm.

      Balas

  29. Shakir
    Nov 07, 2012 @ 14:31:17

    Salam alaik…ada tak pekeliling yg menyatakan guru jqaf tidak dibenarkan mengajar subjek lain kecuali berkenaan jqaf?

    Balas

  30. Norul Izati bt Deraman
    Nov 25, 2012 @ 08:14:54

    assalam ‘alaikum ustaz.sy nk tny ni.di sekolah sy pelaksanaan j-QAF adalah di luar waktu sekolah, iaitu pd kul 2-4ptg. ia bdasarkan kelapangan guru.Masalahnya keadaan ini tlh diambil kesempatan oleh guru j-QAF lama/tetap di sekolah sy.sy guru dlm latihan.dia selalu tak buat tasmik, klu dia buatpun sejam @dua jam dlm seminggu, dan ktk dua bulan sbulan sblum tamat sesi psekolahan, dia smakin liat mbuat kelas tasmik.sy nak blajar ssuatu yg baik drpnya pun tdk dpt.malah dia jg mngatakan kpd guru-guru kafa(2 org) dr kampung dsini yg dipilih oleh PPD utk mgajar di sekolah ini, krn kekurangan guru agama, bhw kelas tasmik tidak ada, jd sy mlihat kdg2 kelas tasmik tidak ada shingga 3 minggu berturut2.apabila sy btanya kpd guru pbimbing(guru GPI) dia bkata sebaliknya pula iaitu kelas tasmik wajib diadakan.di sini saya melalui ada dua kenyataan yg bcanggah.Namun, sy mmilih utk mbuat kelas tasmik, sbgaimana yg sy tahu dr pbelajaran di IPG, dan sbagaimana yg dkehendaki oleh JPN.namun, adakalanya hnya sy seorang sj yg mbuat kelas tasmik.ada jg pnh sy disindir oleh s’orang guru GPI(bkn guru pbimbing) bhw “rajinnya” sy buat kelas, org lain tak buatpun.Namun sy tak peduli.Sy tetap teruskan mmandangkan sy ini adalah guru dalam latihan dan krn sy kasihan melihat kpd plajar yg pd awal sy masuk ke kelas mrk sgt lemah spt hurufpun mrk tak kenal. Tp sikap yg diambil oleh seorang guru j-QAF lama yg mngajar di sekolah sy amat sy kesali.Dia bkn shj mlaksanakan kelas tasmik scr sambil lewa, byk membatalkan kelas, tetapi jg dia jg mahu menyuruh semua guru lain turut tidak mngadakan kelas sptnya.dia cuba mgunakan pengaruhnya sbg guru j-QAF lama di situ.Sy fikir jk sikap ini bterusan, mk program tasmik tidak akan berjalan dengan baik, dan plajar yg lemah tidak dpt dipulihkan, dan dlm jgka masa pnjg mrk jk keluar dr sekolah tidak akn dpt membaca al Quran dgn baik.Dan lebih menakutkan, jk sikap smbil lewa spt dia ini jg dipunyai oleh ramai guru j-QAF di luar sana, tidak mustahil program j-QAF khususnya “tasmik” akn gagal, dan kita akn lihat hasilnya nnti smakin ramai generasi muda yg buta al Quran.Apa yg perlu sy buat?Sy sgt bercita-cita agar anak didik sy khususnya di sekolah yg sy mengajar akn lahir sbg yg celik al Quran.

    Balas

    • ibnrajab
      Nov 25, 2012 @ 09:03:12

      inilah realitinya.. maka ana saran, ustazah teruskan usaha, Allah menilai.. ttp, jika BALA’ yg lebih bersar menimpa kita di Malaysia (anak zina, keruntuhan sosial, program realiti tv kanak2 berjoget dll, dsb itu mungkin dilihat BALA yg belum besar bg sesetengah kita).. kalau kita terkena sama pun, insyaAllah, kita akan diselamatkan oleh amal soleh.. wallahu aklammm.. teruskan!

      Balas

  31. na
    Jan 31, 2013 @ 11:28:13

    sy guru bahasa arab..mengajar b.arab sahaja dari tahun 1 hingga tahun 6. sepatutnya waktu mgajar saya pada tahun ini adalah 27 waktu.tetapi, gpk telah menggabungkan kelas tahun 2 dan 3 untuk kelas bahasa arab.jadi waktu sy menjadi 21 waktu. ini telah menyulitkan saya untuk melaksanakan dan menyudahkan kerja2 penilaian kssr kerana jumlah murid yang ramai dalam sekelas. apatah lagi, murid-murid mengambil masa untuk bergabung ketika waktu p&p b.arab..soalannya sy, perlukah sy menyertai tasmik?sedangkan semua kerja berkaitan b,arab sy yang handle sorang2.manakala guru jqaf p.i lain saling bekerjasama dgn gpi dlm semua hal panitia n p&p.

    Balas

    • shamsila
      Jan 03, 2015 @ 18:40:39

      Salam semua..lama betul isu ini dibincangkan dan rasanya sehingga sekarang masih ada yang tidak selesai..harap2 ade yang telah terungkai masalah dihadapi mengikut peredaran masa. Jelas kelihatan di sini isu besar yang patut diberi perhatian adalah GURU itu sendiri bukan program jQaf mahupun perbezaan antara GPI dan jQaf. Sbg seorang Guru kite telah bersetuju memegang amanah ini ketika pertama kali bergelar Guru. Saya Yang Menurut Perintah..bukan itu yang kita akui dlm surat Lantikan?!.. Jadi
      1) Redha dan insaflah
      2) Guru Inovatif – dalam semua aspek!! bukan murid inovatif, bukan IB inovatif!! jadi fikir2kanlah.
      3) Kemahiran Asas Berkomunikasi – harus dikuasai sbg seorang Guru kalau nak jadi Guru Cemerlang lah,bkn hanya di dunia malah akhirat juga.
      FYI.. saya Guru GPI, tapi JU / KP Kemahiran Hidup, Guru Beredar ke sekolah lain, Guru Bahasa Inggeris juga, Jurulatih Bola Tampar, Pengadil VB negeri, Setiausaha PIBG, Penyelaras Skim Tuisyen Felda (yg sepatutnya dipegang oleh Pentadbir shj)..Banyak lagi lau nak sebut portfolio sepanjang taun.. Namun saya masih berpeluang mengikuti perjalanan kelas tasmik anak-anak murid saya walaupun sejam seminggu.
      Bukan nak membangga diri, sebenarnya apa yang saya nak sampaikan adalah “Tepuk dada tanyalah Iman”.. Sebab jatuh bangunnya generasi akan datang, peratusan tanggungjawab terbesarnya adalah dalam tangan kite..Wallahua’lam

      Balas

      • ibnrajab
        Jan 04, 2015 @ 10:48:37

        terima kasih atas respon ustazah, tahniah atas usaha yg terbaik melaksanakan amanah Allah.. insyaAllah Dia Maha Mengetahui dan balasannya sangatlah adil di dunia ini waimma di akhirat.. syabas, teruskan usaha murni ustazah

  32. sriwijaya air
    Mac 20, 2014 @ 15:29:36

    wonderful issues altogether, you just received a new reader.
    What might you recommend about your post that you simply made some days in
    the past? Any positive?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: