Suatu realiti

Sebenarnya ana rasa tak berapa selesa bila ingin menulis tentang sesuatu yang ana perhatikan dan sesuatu yang ingin dioalah mengikut dimensi atau lebih tepat interpretasi sendiri. Namun ana harap tulisan ini ada manfaatnya. Sekurang2nya kepada diri ana sendiri. Oleh yang demikian sesuai sekiranya ana anggap ia sebagai suatu muhasabah pada diri. Tiada hubungan secara langsung dengan mana-mana pihak.

Malam tadi, ana bawa keluarga makan di sebuah food court di kawasan ana ini. Biasalah, jumpa ramai kenalan samada yang ana kenal dia dan dia kenal ana, atau ana kenal dia tapi dia tak kenal ana dan sebagainya. Melihat kepada orang2 di sekitar ana yang masing2 sibuk dengan urusan sendiri mengingatkan ana tentang suatu kenyataan yang diluahkan oleh seorang rakan “hari ini susah nak tengok ustaz keluar pakai kopiah atas kepala”. Dan kebetulan pada saat ana teringat kata2 rakan ini lalu pula di sebelah ana menuju meja makan di belakang, seorang ustazah. Ana kenal sangat sebab ana terlibat secara langsung dengan dia ketika menjalankan tugas sebagai pensyarah pembimbing. Malam ini dia pakai seluar, baju t-shirt dan tudung tiga segi. Alhamdulillah, malam ini dia keluar dengan rakannya seorang (mungkin ustazah juga sbb ana tak kenal rakannya itu).

Isu.
Mungkin anda sedikit sebanyak telah dapat tangkap apa yang bermain di benak ana tika ini. Sebenarnya dalam dunia hari ini, secara sedar atau tidak, orang yang membawa title ‘beragama’ atau lebih tepat yang bergelar ustaz/ustazah semakin susah bagi orang awam untuk mengecam mereka. Sebagai contoh, jika berjalan seorang ustazah dengan seorang artis, hampir masyarakat tidak dapat membezakan antara keduanya. Sebab ustazah mengenakan tudung yang sama jenis dengan artis. Pakai baju yang sama jenis dengan artis. Pakai seluar sama dengan artis. (di sini ana tak minat nak berdebat soal artis tu macamlah tak boleh jadi hamba Allah yang taat)

Jika seorang ustaz pula berjalan bersama seorang pemain bola. (mmg la ustaz pun tak salah main bola, Islam juga menggalakkan umatnya bersukan dan menjaga kesihatan). Masyarakat hari ini mungkin susah membezakan antara keduanya juga. Keduanya pakai jersi pasukan yang mereka sama minati. Keduanya tidak pakai tutup kepala. Cara gelak dan ketawa mereka seiring dan senada. Kadang2 si ustaz terlebih dan kadang kala yang lain si pemain bola itu pula. Keduanya juga melihat aksi realiti tv yang sama yang tumbuh bercambahnya seperti cendawan lepas hujan.

Soalnya.
Perlukah ustaz/ustazah memiliki perbezaan daripada golongan yang selain daripada mereka?
Pada ana ada tiga perkara berikut perlu kita muhasabah di sini.

1. Nabi Muhammad SAW pernah pesan “Siapa yang menyerupai sesuatu bangsa/kaum maka dia adalah daripadanya”. Kalau pakaian kita macam artis maka kita adalah artis. Kalau percakapan kita macam pemain bola kita ada pemain bola. Jika kita suka penampilan barat maka kita adalah kaum barat. Kalau tingkah laku kita sama seperti yang Nabi anjur maka kita adalah umat Nabi. Begitulah jika artis/pemain bola dan siapa sahaja yang mengamalkan sunnah maka mereka juga umat Nabi. Daripada segenap segi; cara berpakaian, percakapan, tingkah laku, adab sopan dan sebagainya.

2. Ustaz/ustazah adalah mereka yang lebih faham tuntutan agama daripada golongan lain. Seperti khusyuk, tawadhuk, rendah diri dan sebagainya. Kalau nak berpakaian pun, tampakanlah kita lebih faham erti tawadhuk sikit daripada kawan kita yang baru nak mendalami agama. Kalau nak tergelak pun, ingatlah pesan Nabi bahawa ketawa itu melemahkan iman. Kata Nabi “Sekiranya engkau tahu nescaya engkau lebih banyak menangis dari ketawa”.

3. Tugas ustaz/ustazah ada dimensi kedua (bak kata pengarah ana -beliau masih belum kembali kepada Islam dan ana tidak jemu mendoakan beliau cepat mendapat hidayah). Dimensi pertama bekerja dengan kepakaran ilmu agama sebagaimana yang telah diijazahkan. Dimensi kedua kerja membentuk dan menentukan hala tuju masyarakat mengikut acuan ilmu agama yang diijazahkan, dalam erti kata yang lebih mudah, Dakwah Islamiah. Ustaz/ustazah semua perlu sedar bahawa mereka dilantik oleh Allah yang menciptakan, sebagai Pendakwah. Kerana selepas Nabi Muhammad tiada Nabi lagi akan diutuskan. Cuma pewaris Nabi. Mereka yang akan meneruskan usaha Nabi. Jika begitu, adakah pakaian zahiriah Nabi sama dengan pakaian zahiriah masyarakat jahiliah? Jika begitu, adakah pakaian lahiriah (batiniah) Nabi sama dengan pakaian lahiriah masyarakat jahiliah? Begitulah juga segala apa yang perlu pada pewaris Nabi juga perlu ada beza dengan orang yang didakwahkannya (mad’u).

Jadinya.
Biar ada perbezaan barulah masyarakat dapat belajar daripada lisanul hal para ustaz dan ustazah. Jika ditambah pula dengan lisanul lisan, maka kefahaman masyarakat terhadap tuntutan sebenar agama akan bertambah. Pesan Nabi “Rubama lisanul hal afsah min lisanil lisan..”

Maaf sekiranya tulisan ini banyak kekurangannya. Segala teguran yang membina amatlah ana harapkan. In Uridu Illal Islah Mastata’tu. Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. idAK
    Okt 29, 2007 @ 11:23:51

    Salaam, jengukan balik. Maafkan jika cakap Malay saya tak sempurna. Ya, di Indonesia pun banyaklah sudah orang-orang saleh makin meniru gaya barat, yang sedikit-sedikit memudarkan keaslian dari pancaran kesalehan mereka. Ah, moga-moga ini bukan tanda-tanda kehancuran yang dahsyat.

    AHLAN WA SAHLAN, SEMOGA BERMANFAAT

    Balas

  2. anak tani
    Okt 29, 2007 @ 11:41:38

    salam.
    ana pun turut rasa pelik dan hairan dengan pakaian ustaz/zah pd masa kini…kalau ustaz setakat tak pakai kopiah takpe lagi boleh diterima, tapi kalu ustazah pakai seluar jeans dan berbaju t shirt ana takleh terima.golongan macam ni perlu sedar lah sebab mereka yang membawa agama. bila macam tu orang akan kata ustazah boleh pakai macam tu kenapa kita tak boleh…
    so,berhati-hatilah para ustazah tentang pakaian anda.

    TERIMA KASIH.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: