Autorun

Salamullahi alaikum..

Tulisan ana ini rentetan daripada artikel https://ibnrajab.wordpress.com/2007/09/27/antivirus-kewujudanmu-penuh-fantasi-dan-meresahkan/

Autorun [autorun.inf] adalah sebuah ‘information file’ yang mana komputer memerlukannya untuk mengetahui tentang sesuatu ‘software’ itu berfungsi. Autorun bermaksud perkara pertama yang akan diproses oleh komputer setelah fail ini didapati. Sebagai contoh, sekiranya kita wujudkan autorun.inf ini dalam pen drive, maka setelah kita cucuk pen drive itu tadi ke komputer, perkara pertama yang akan dilakukan oleh komputer adalah menjalankan segala apa arahan yang terdapat dalam fail autorun tersebut. Jika kita mengetahui serba sedikit bahasa komputer, kita boleh buka fail autorun.inf ini pada mana2 drive atau tempat dan kita boleh fahaminya.

Virus.
Virus kadang2 dioperasikan melalui autorun.inf. Ini kerana pencipta virus telah menulis dalam autorun.inf arahan2 yang boleh mengaktifkan virus ciptaanya. Kebanyakan virus akan berfungsi sejurus setelah kita memasukkan pen drive yang telah dikotori oleh arahan2 tersebut. Ada juga pencipta virus mengarahkan komputer utk copy virusnya (yg lebih hebat dan besar) ke dalam HDD kemudian mengarahkan pula (di dalam system registry) setelah komputer di ‘restart’ untuk menjahanamkan komputer anda. Oleh yang demikian, kebanyakkan komputer yang diserang virus spt ini tidak dapat diubati (walaupun kita gunakan program antivirus yang canggih manggih- apatah lagi jika guna yang free) sehingga lah kita membeli program antivirus yang diciptakan oleh pembuat virus itu tadi juga. (kan kita dah kena main?)

Bukti komputer kita berada pada tahap kritikal ialah apabila kita run regedit (utk buka system registry dan edit) tapi tak dapat di buka. Paparan yang akan keluar adalah seperti ‘editing registry has been disabled by your administrator’. Siapa lagi administrator utk komputer peribadi kita kalau bukan kita sendiri kan? maksudnya sila rujuk pencipta virus itu lah. Sehingga hari ini, ana sendiri masih belum dapat menyelesaikan masalah sekiranya system registry komputer tidak dapat dibuka. Mohon sekiranya pembaca dapat guide ana. Sebab itu ana guna autorun.inf sebagai pencegah daripada virus (arahan2 kotor manusia2 jijik)

Masalah.
Autorun (virus punya) tak dapat di delete? Atau mmg tak nampak pun fail autorun tu bila explore drive? Mmg la sbb mereka (pencipta virus tu) dah sorok kan fail autorun jahat mereka. Tapi jika type dalam kotak run (c:/autorun.inf) fail tersebut muncul dan boleh baca sahaja, nak edit kat dalam tu tak dapat. Maka penyelesaiannya kena buat autorun sendiri dan lawan!

Cara buat autorun.
1. Search dalam komputer anda *.inf (mana2 fail yang berakhir dgn .inf akantertera, cth:autorun.inf, disk.inf, display.inf dsb –  byk sekali) Ingatan: Komputer sekarang ni mmg tidak menunjukkan kepada kita ‘.inf’ pada hujung fail tadi. Tidak semua benda yang tidak nampak itu tidak wujud kan?
2. Copy mana2 fail tadi (paling baik copy terus fail autorun.inf itu sendiri)
3. Paste atas desktop
4. Buka fail tadi
5. Select all dan delete semua isi kandungannya.
6. type arahan anda sendiri. paling senang, type:
[autorun]
open=a1.ico
7. save dan tutup fail autorun.inf anda itu tadi.
8. copy autorun anda ini ke dalam setiap drive yang anda ada. c:/ d:/ f:/ <-ini biasanya pen drive
9. Klik ‘ok’ sahaja jika komputer anda bertanyakan perlukah overwrite fail sedia ada. (autorun virus la sedia ada tu, inilah yg ana maksudkan dengan ‘lawan’ tadi.

Apa itu ‘a1.ico’
Itu adalah icon kita. Perlu utk kita cam adakah virus telah overwrite fail autorun ciptaan kita. Mudah sahaja, anda search dlm komputer apa2 icon dgn type dlm kotak search file ‘*.ico’ Kemudian, copy icon yg anda suka, paste atas desktop, rename jadi ‘a1’. Kemudian copy and paste semula fail a1.ico itu tadi ke dalam drive anda. c:/ d:/ f:/ dsb. Maka bila anda cucuk semula pen drive, icon pilihan anda akan muncul, begitu juga bila anda restart komputer, anda buka my computer, icon drive c:/ d:/ juga akan muncul spt pilihan anda.

Selamat mencuba. Perlu lebih maklumat, sms atau emel ana. Wallahu aklam.

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Nov 05, 2007 @ 10:02:08

    salam.
    mitak hantar ko ana satu salinan tentang autorun ni ke email ana..
    tq

    SIKDA LAGI UST HA, YA AJAK LAH (SBGMANA DLM WEB TOK)

    Balas

  2. nelson aloysius
    Nov 05, 2007 @ 12:36:20

    O… masalah regedit tidak dapat buka ni memang susah payah, tapi saya tau satu cara utk enable dia. ni dia…

    1. Pergi ke ‘RUN’
    2. Taip ‘gpedit.msc’, then tekan enter
    3. Sekarang ada window ‘Group Policy’ kuar. Dalam Kategori ‘User Configuration’, Klik ‘Administrative Template’, then klik ‘System’.
    4. Tengok bar sebelah kanan, double klik pada ‘Prevent access to registry tools’
    5. Then ada satu window kuar, dalam tab ‘setting’, Klik ‘Disable’, tekan ‘Apply’, then ‘OK’.
    6. Itu saja. Selamat Mecuba!

    ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS ILMU.
    TAPI ANA TYPE ‘gpedit.msc’ KOMPUTER KATA “WINDOWS CANNOT FIND FILE ‘gpedit.msc’… DAH CUBA DUA TIGA KOMPUTER HASIL TTP SAMA.. HOW?

    Balas

  3. Agung
    Nov 24, 2007 @ 15:30:00

    Assalamuallaikum Pak Ustadz,

    saya minta salinan mengenai autorun ini, mudah-mudahan Ilmu dari Pak Ustadz bermanfaat bagi semua Orang …. (Amin)

    Balas

  4. ibnrajab
    Nov 25, 2007 @ 11:21:22

    Diizinkan, semoga tulisan yang sedikit itu bermanfaat..

    Balas

  5. Yaz Okulu
    Mac 28, 2008 @ 07:19:57

    does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: