Basmalah

Basmalah

Kalimah di atas ini dinamakan ‘Basmalah’. Kegunaannya adalah untuk dibaca apabila memulakan sesuatu tingkahlaku; perkataan atau perbuatan. Kalimah ini juga merupakan ayat pertama mengikut susunan ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Maksudnya adalah : Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maha Pengasih dan Maha Penyayang adalah dua sifat Allah yang terbit dari kata ‘Rahmat Allah’ yang diertikan dalam bahasa Melayu sebagai kasih sayang Allah. Ar-Rahman dan ar-Rahim adalah dari satu perkataan iaitu ar-Rahmah. Allah Maha Penyayang kepada semua makhluknya; muslim, kafir, manusia, haiwan dan seluruh hasil ciptaannya. Manakala Allah Maha Penyayang hanya kepada manusia yang beriman kepadanya sahaja.

Sekiranya anda merujuk kepada kitab2 terjemahan di Malaysia, ada yang menterjemahkan Basmalah ini dengan ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani’. Pada ana terjemahan seperti itu tidak tepat kerana:

1. Tidak menunjukkan kedua-dua perkataan (Rahman dan Rahim) itu berasal dari perkataan yang sama. Padahal ia terbit dari perkataan ‘Rahmah’ yang bermaksud kasih sayang.

2. Ia tidak akan memberi maksud Basmalah yang sebenarnya iaitu ingin mengkhususkan rahmat Allah yang tidak terhingga kepada manusia-manusia beriman. Kerana mereka adalah kesayangan Allah di dunia dengan petunjuk hidayah kepada Islam dan Iman, manakala di akhirat Allah menempatkan mereka di SyurgaNya.

3. Ayat ini juga jelas menunjukkan keadilan Allah yang Maha Pengasih kepada setiap makhluk ciptaanNya. Oleh yang demikian, setiap makhluk diberikan rezeki walau di mana dan dalam keadaan apa sekalipun.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: