Free hair

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekali lagi ana terpanggil menulis sesuatu yang tidak menyenangkan sebenarnya. Bagi diri ana sendiri pun. Namun, dengan niat ikhlas agar ada sedikit impak positif, maka ana gagahi juga. Terlebih dahulu, maafkan ana sekiranya ada penggunaan perkataan yang tidak sesuai. Teguran membina amat ana harapkan.

Ada sebahagian kecil dalam kalangan Masyarakat Melayu Islam era kini masih lagi tidak dapat membebaskan diri mereka daripada dosa free hair. Dewasa ini, di sana sini ada sahaja kaum muslimah yang masih lagi tidak mengenakan tudung kepala malah sekiranya memakai tudung pun, masih ramai yang tidak mengenakan tudung mengikut prinsip sebenar sebagaimana yang dikehendaki dalam al-Quran, iaitu rujukan utama umat Islam tanpa mengira bangsa dan ras.

Hak peribadi.
Ada juga yang berpendapat bahawa pemakaian tudung kepala (menutup aurat) ini adalah hal atau urusan peribadi seseorang Muslimah. Sebenarnya tidak. Justeru ia adalah urusan beragama masyarakat Islam secara keseluruhannya. Manakala agama ini pula bukannya hak milik siapa-siapa. Ia adalah hak Allah SWT. Islam adalah agama Allah. Peraturan Islam adalah ketentuan Allah dan hak Allah ke atas semua manusia. Ia bermaksud, bukan apabila kita dilahirkan dalam keluarga Islam maka ia merupakan hak kita, harta pesaka warisan ibubapa kita. Ia tidak sama sekali seperti harta. Apabila seseorang itu menganuti Islam dia perlu bertanyakan dirinya sendiri kenapa ia taat kepada agama Islam? Perlu mengenali Allah sebagai tuhan yang disembahinya. Justeru mentaati segala perintah agama yang samada akidah, syariat dan akhlaknya. Semua sekali.

Nekad.
Kebiasaannya, sekiranya anda berinteraksi dengan muslimah yang tidak mengenakan tudung ini, perwatakan mereka agak keras. Kalau boleh mereka ingin mencabar laki-laki dalam semua perkara. Bercakap soal poligami dengan mereka adalah musibah. Sekiranya mereka bertemu dan berinteraksi dengan lelaki, dan jika anda (lelaki)  hanya seorang sahaja mendapat kepercayaan, itu sudah cukup baik (anda mmg bertuah). Mereka juga sangat kuat kepercayaan bahawa, rosaknya dunia kewanitaan ini adalah kerana lelaki. Sekiranya lelaki baik, maka semuanya akan menjadi baik. Yang baiknya, apabila mereka memegang sesuatu prinsip, maka akan diperjuangkan prinsip tersebut ibarat ‘menggenggam api sampai jadi arang’. Dalam kata lain, sekiranya mereka suatu hari mengenakan tudung, prinsip tersebut tidak akan goyah lagi.

Pengisian ilmu.
Kepada mereka, perlu didedahkan dengan isi pengajaran al-Quran secara istiqamah. Iaitu berterusan. Dalam isu ini, perlu ditafsirkan kepada mereka ayat ke-31 surah an-Nur. Katakan kepada mereka, suruhan menutup aurat sama tingkatannya dengan perintah solat, puasa, zakat dan muamalat Islam yang lain. Termasuk hukum hakam dalam agama. Semuanya merujuk kepada al-Quran yang sama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berperantarakan malaikat Jibril as. Dalam ayat tersebut jelas Allah memerintahkan kaum muslimah agar menutup aurat mereka. Hanya dibolehkan lelaki asing melihatnya adalah; kedua pergelangan tangan dan wajah. Tujuan menutup aurat ini pula jelas ditegaskan sebagai memelihara kehormatan diri. Maruah diri sendiri daripada kebinasaan.

Dosa kaum muslimin.
Sekiranya ditanya kepada muslimah yang tidak mengenakan tudung, adakah mereka sanggup memikul dosa yang dibuat oleh orang lain. Ataupun, sekiranya mereka dikenakan dosa akibat daripada perbuatan orang lain. Rata-rata mereka tidak ingin dipikulkan dosa orang lain ke atas diri mereka dan mereka juga akan marah jika akan dikenakan dosa akibat daripada perilaku orang lain. Mereka berpendapat insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dikenakan dosa, namun Allah Maha Pengampun sifatnya. Sekiranya hamba tulus ikhlas bertaubat, Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya dan akan diampunkan. Namun, untuk memikul dosa akibat perbuatan orang lain, perkara ini amat tidak disenangi. Bukan sahaja mereka malah seluruh umat Islam sebenarnya.

Begitulah juga, sekiranya mereka tidak mengenakan tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah, nescaya akan ada orang lelaki muslim akan dikenakan dosa kerana perbuatan mereka. Insan (lelaki dan wanita) sama sahaja diciptakan dalam keadaan lemah. Inikan pula sekiranya hanya seurat rambut wanita itu dilihat, maka ditulis ke atasnya dosa. Dosa di akhir zaman ini pula sangat mudah diperolehi hanya kerana ada muslimah yang tidak menutup aurat. Sekaligus melahirkan generasi atau zaman manusia bergelumang dengan dosa. Di mana akan ditagih barakah? Bila pula akan kembali zaman kegemilangan umat Islam?

Akhirnya, kata Nabi, Dunia ini dipenuhi dengan perhiasan, dan wanita solehah itulah sebaik-baik perhiasan.

Wallahu aklam.

p/s: pada ana, sekiranya seorang ketua keluarga tidak dapat melaksanakan perintah Allah menyuruh ahli keluarga mengenakan tudung bererti dia tidak mampu atau mungkin sebenarnya tidak ingin menegakkan hukum Islam sama sekali. Begitu juga sekiranya dia adalah ketua Negara sekalipun! Umat Islam dilarang sama sekali menyokong atau mentaati siapa sahaja sekiranya bertentangan dengan kehendak Allah. Siapa sahaja!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: