Cuti belajar bagi pegawai pendidikan KPM (Skim PPPS)

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh..

Tujuan ana menulis tentang tajuk ini pada hari ini adalah semata-mata untuk berkongsi dengan para pengunjung web ini tentang kemudahan yang disediakan untuk kita selaku warga pendidik KPM. Iaitu apabila mereka ditawarkan Biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke peringkat MA atau PHD. Ana menyeru diri sendiri, rakan2 dan sesiapa sahaja warga pendidik agar menyahut seruan Kerajaan seterusnya menjayakan agenda ‘Pendidikan Sepanjang Hayat’ sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam melalui hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”. Begitu juga “Menuntut ilmu itu suatu kefardhuan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan” (riwayat Bukhari)

Gaji.
Pegawai akan menerima gaji penuh (termasuk kenaikan setiap tahun secara pergerakan gaji biasa), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Sekiranya pegawai sebelum ini menerima EPW maka dalam tempoh cuti belajar akan ditukar kepada ITP. Perkhidmatan pegawai juga tidak dikira ‘putus perkhidmatan’ yang menjejaskan ganjaran dan bayaran pencen, tidak seperti sekiranya pegawai mendapat cuti belajar tanpa gaji.

Elaun Sara Hidup.
Pegawai juga akan dibayar elaun sara hidup pada kadar RM900.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (Sarjana 24 bulan dan PhD 36 bulan). Bagi pegawai yang membawa keluarga bersama juga akan ditanbah dengan bayaran Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR) dan Elaun Bantuan Keluarga (EBK) sepanjang tempoh pengajian tersebut. Tambahan tersebut adalah pada kadar seperti berikut:
1. Pegawai dan suami/isteri ditambah RM200.00
2. Pegawai, suami/isteri dan seorang anak RM300.00
3. Pegawai, suami/isteri dan dua/lebih anak RM400.00
4. Pegawai dan seorang anak RM250.00
5. Pegawai dan dua/lebih anak RM300.00

Yuran Pengajian.
Semua yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan lain-lain bayaran yang dikenakan oleh universiti akan dibayar terus oleh KPM kepada pihak universiti.

Elaun Buku dan Elaun Alat Perkakas.
Setiap tahun akademik, pegawai akan dibayar elaun buku pada kadar RM500.00 (Sarjana) dan RM550.00 (PhD) dan juga elaun alat perkakas pada kadar RM600.00 (Sarjana dan PhD).

Elaun Tesis.
Pegawai akan dibayar elaun tesis pada kadar semasa (Sarjana dan PhD) sekali sepanjang kursus.

Elaun Penempatan dan Elaun Akhir Pengajian.
Sekiranya pegawai berpindah rumah dan membawa keluarganya tinggal bersama sepanjang kursus maka beliau akan dibayar elaun penempatan sekali sahaja di awal tahun pengajian pada kadar RM700.00. Begitu juga apabila tamat pengajian, pegawai akan dibayar RM350.00

Selain itu, setiap makhluk Allah sehingga ikan2 di laut akan mendoakan keselamatan penuntut ilmu dan juga hadith “Barangsiapa yang memudahkan perjalanan seseorang ke arah menuntut ilmu, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke Syurga”.

Wallahu aklam.
p/s: rujukan Lampiran 1A1, Syarat-syarat cuti belajar bergaji penuh dan hadiah latihan bagi mengikuti kursus dalam negeri di bawah program skim latihan pegawai perkhidmatan pendidikan, dikeluarkan oleh Bahagian Biasiswa, KPM.

Advertisements

52 thoughts on “Cuti belajar bagi pegawai pendidikan KPM (Skim PPPS)

  1. wkhakiman

    assalamualaikum
    tahniah.. dpt naik setakok lg..
    mcmana nak smbung belajar? beh ko jd pensyarah weh..
    ma’assalamah.. binnajah insyaAllah

  2. Pingback: Gaji cuti belajar « Kalam IbnRajab

  3. m saiful lizan

    salaam a’laik ya syeikh … weh … kaifal haal … betul ke ni… anta jadi pensyarah kat mana haaa !!!! … ana jadi pensyarah gakk.. heheh .. kat bebudak kecik2 ….

  4. m saiful lizan

    syeikh … boleh ana minta senarai no hp kawan2 lama …

    IbnRajab: Wa’alaikum salam akhi.. terima kasih sudi berkunjung.. no hp rakan2 kita ada kat grop.. anta dah join kan? rujuk sana ok.. sekarang ni ana jadi student akhi,, ukm.. jom sertai kami.. ramai rakan2 kita (ex al-bayt) kat sana.. sebelum itu ana pensyarah di IP Rajang, Sarawak.. alhamdulillah ala kulli hal akhi.. wassalam

  5. mazrin

    Assalamualaikum ibnrajab,
    saya nak tanya, bagaimana nak memohon cuti belajar ni

    IbnRajab: wa’alaikumussalam mazrin. selalulah ikuti perkembangan (iklan) di laman web KPM. biasanya pada akhir bulan nov setiap tahun

  6. zahrin

    akum ibnrajab

    mak saya adalah seorang guru yg nak melanjutkan pengajian master d usm selepas baru saja menamatkan pengajian degree juga d usm.

    adakah faedah2 d atas juga turut boleh dinikmati oleh mak saya?

    saya amat berharap Ibnrajab dpt menjawab pertanyaan saya melalui email.trma kasi

    IR: w’salam adik. kalau mak adik dpt biasiswa utk melanjutkan pengajiannya itu, maka dia layak. syarat nk dpt biasiswa umur tidak lebih 40 thn dik. wassalam

  7. rab'atun

    askum, apa syarat2 bagi seorang guru jika ingin melanjutkan pengajian sarjana secara sepenuh masa dan bergaji penuh ni?adakah perlu cemerlang SKT atau syarat lain yang ketat? tq.

    IR: w’salam. syarat2 lengkap sbgmana yg ternyata dlm web kpm beserta iklan tawaran. bg ana mungkin ada satu lagi syarat, iaitu syarat rezeki. kalau ada rezeki maka dapatlah insyaAllah. wallahu aklam

  8. Cikgu Jalil

    Assalamualaikum… saya konvo master nov thn lepas, saya apply hlp dis 2009, lansung tak dpt panggil interview, saya dah keja PPPLD 8 tahun & PPPS 5 tahun, boleh tak bagi tips camana nak mudah dapat hlp PHD

    IR: w’salam. kena rajin isi borg insyaAllah dpt la akhirnya.. kec kalau x memenuhi syarat spt umur dah lewat 40 thn

  9. Cikgu Jalil

    Assalamualaikum…
    Saya dengar khabar tiada lagi HLP untuk tahun depan, apa komen ustaz?

    IR: ya ka. apa2 pun tunggu iklan dalam web KPM. wallahu aklam

  10. Pingback: Akan kembali « IbnRajab Online

  11. crystal

    salam…
    Cikgu, sy nak tanya ttg cuti belajar tanpa gaji… sy sorg pembantu tadbir lantikan SPP sejak 2006 tp alhamdulilah 2009 sy dterima masuk kpli… pd nov yg lepas sy tlh tamat kpli, sy kembali bkerja & kini sy tlh dpt penempatan sekolah.. sy tlh bhubung dgn BSM,KPM, SPP & IPGM mgenai status sy namun jwpn yg dberikn plbgi versi.. BSM suru sy tunggu srt twrn SPP, SPP suru sy lapor diri mengikut tarikh dlm srt pnempatan yg sy terima.. bila sy bgtau apa yg BSM suru, SPP gtau pula ikut sj la apa yg dsuru.. sy jadi pening IPGM pula suruh sy berurusan sdiri dgn jabatan.. adakah cikgu tahu & ada sebarang info mgenai prosedur yg perlu sy buat… sy berharap cikgu dapat emel sy jawapannya.. terima kasih.

    IR: w’salam. ana tk ada pengalaman ttg itu. ana mempersilakan rakan2 pengunjung yg lain yg mungkin dpt memberi sebarang idea. wallahu aklam

  12. ida

    Assalam………..saya sedang menunggu jawapan permohonan cuti belajar bergaji penuh yang ditawarkan oleh KPM………masa buat permohonan perlu disertakan proposal master,jadi saya hantar satu tajuk…….tapi bila nak aply untuk U,pensyarah saya minta tukar tajuk……..sekarang saya pening takut timbul masalah……..minta sebarang komen……..

    IR: w’salam. tiada masalah kot. bincang dgn Bhgn Tajaan KPM

  13. salam, saya baru terima call dr KPM…mengenai cuti belajar..baru nak interview 12 mei ini..saya nak bertanya semasa interview..kita perlu prepare apa? dan perlukah kita daftar universiti…terima kasih

    IR: w’salam. tahniah. semoga berjaya. prepare dgn proposal, bhn2 sumbngan dlm perkhidmatan yg didokumentasikan. insyaAllah wallahu aklam

  14. sarsapilla

    salam. thanx for da info. persoalannya, adakah kita perlu membayar balik semua tajaan kpm sekiranya gagal/tidak tamat belajar dalam kursus yang diambil?

    IR: w’salam. x kot. tp sebaiknya, jgn fikir langsung ttg gagal itu bila nk mohon biasiswa. kalau x yakin, bagi je laluan kat org lain. jika memohon, perlu yakin, ikhlas dan bersemangatlah. wallahu aklam

  15. shah

    Cikgu, nak tanya berhubung program PhD, sekiranya masa master dulu program lain dan masa apply program PhD tiada dalam senarai iklan Bahagian Tajaan dapat ke mereka terima. cthnya, program masa master dulu Falsafah dan Pengajian Ketamadunan tapi masa PhD hanya ada Pengajian Sejarah je yang hampir. ada penyelesaian dapat dibantu??

    IR: yg penting 1st degree.. 2nd x sama bidang x pe kot

  16. Pingback: Cuti guru tidak jejas pencen « IbnRajab Online

  17. norlela md.amin

    salam.. saya baru tamat sarjana muda TESL bulan Okt 2010 … bole mohon terus ke ?..kalo umur dah capai masih boleh dapat semua elaun-elaun tu ke ?

  18. norlela md.amin

    Salam …saya baru tamat sarjana muda TESL Okt 2010… bole mohon terus ke? kalo umur sudah capai 40 ,,masih bole dapat semua kemudahan @ elaun elaun tu ke? Sekarang saya berumur 39 tahun..

  19. Pingback: Biasiswa untuk guru-guru « IbnRajab Online

  20. sallam…. saya akan konvo master pada mac ni… leh dak nak aply untuk phd HLP sebelum tarikh tutup 18 feb ni. umur bln 3 ni masuk 29. adakah saya layak utk mendapat semua keistimewaan yang ditawarkan?

    IR: HLP utk peg2 kjaan yg dah sah dlm perkhidmatan.. biasanya jk peg baru balik dr master, perlu berkhidmat dahulu at least 2 thn

  21. muneera

    As’kum..

    Saya nak tumpang tanya, ustaz dulu buat tajuk proposal ada kaitan tak dengan persekolahan/pendidikan?
    Boleh tak kalau first time apply tak dapat, tukar pulak tajuk lain?syukran..

    IR: w’salam… tak ada kaitan.. sy buat pengajian.. subjek major.. x minat pendidikan2 nih.. byk teori barat.. kalau dpt pendidikan x blh tukar dah.. so, bergantung kpd minat nak buat proposal.. jgn tukar2

  22. nel

    Salam. Tumpang tanya ye kepada yang ada maklumat atau pengalaman ttg hlp ni
    IR: w’salam

    1)Jika telah terima hlp pada peringkat master adakah layak untuk terima hlp lagi di peringkat phd?
    IR: layak

    2)Adakah penerima hlp ni ada kontrak perkhidmatan dengan KPM selepas tamat pengajian?
    Terima kasih
    IR: for sure ada

  23. Shah

    salam,
    apabila seorang guru yg berkelayakan PhD tamat pengajiannya,adakah guru tersebut ditugaskan berkhidmat di sekolah lamanya atau dia boleh memilih sekolah yang sesuai dan berdekatan dgn rumah/tempat isterinya bekerja?

    Seterunya, bagaimana pula dengan gaji dan elaun2 yang akan guru phd itu terima?ada kelebihan ka guru berkelayakan phd ini bila kembali berkhidmat di sekolah?

    harap sapa2 yang ada pengalaman kongsi perkara ini.

    1. penempatan bergantung kpd kekosongan biasanya.. kec lah ada kes2 luar biasa.. spt keperluan ect.. hr tu ada berita phd holder dpt satu kenaikan.. wallahu aklam, sejauhmana implimentasinya.. sapa2 ada info blh sharing is caring

  24. zalina

    salam,
    saya hanya guru dg 41 dan ingin melanjutkan pelajaran dlm master sepenuh masa tajaan kpm. di mana saya boleh dapat info tentang nama kursus dan pembelajaran tersebut sebagai persediaan.

    harap dpt share maklumat.. terima kasih.

    IR: Salam Zarina. maklumat lanjut dlm web kpm.. moe.gov.my

  25. Nuha

    salam..sy dapat interview 19Apr ini.. sesiapa yg pernah hadiri interview, bleh kongsi pengalaman? selain daripada proposal, apakah yang mungkin dinilai…

    1. eza

      Nuha..sama la kita.saya pun interview 19hb(esok)..x tau nk prepare apa..actually tau spatutnya kna prepare apa..tp x de masa nk wat prsediaan tu..sibuk ngan tugasan di sekolah smpai x de masa utk diri sndiri.tawakkal ajelah utk esok..apa nk jd, jd lah!

    1. eza

      kptsn penerima HLP dh keluar.alhamdulillah..saya salah seorg penerimanya.baru semak n sahkan penerimaan twrn d web KPM sahaja..srt twrn akan d hntr kmudian.x sangka boleh dpt sbb tmuduga hari tu tah apa2 saya merepek.cuma risau sbb x mohon lg utk kmsukan u sem 1/2011.nk dftr on9 pun sumer dh tutup kecuali UPSI.syarat yg d beri msti kemasukan sesi 2011.cmner ye?IR boleh bg pndgn?

      IR: tahniah! better walk in je ke univ.. terus isi borg dan insyaAllah mrk akan terima je pelajar2 tajaan.. pergi masa hr pendaftaran pn no hal rasanya.. hebat x hebat, laku x laku pelajar2 tajaan

  26. rafi

    Salam IR, saya guru DG41 yg berkhidmat sebagai PPPS selama 9 tahun. Saya keliru pasal CBBP dan HLP (biasiswa) dengan CBBP TB. Sekarang ni nak mohon CBBP dengan HLP (biasiswa) boleh atau tidak? CBBP TB ni ada fokus pada mana2 group guru misalnya umur 40 thn ke atas atau just open opsyen pada mana2 guru? Susah x nak dapat CBBP dan HLP (biasiswa)? Any tips utk succeed permohonan tersebut?

  27. patricia ganing

    saya juga bersetuju dengan pendapat yang diketengahkan tadi, saya pun ada soalan untuk ditanya, sekiranya seorang pegawai pendidikan lepasan ijazh dg 41 telah memohon skim tutor di sebuah universiti awam malaysia dan telah mendapat tempat di sebuah universiti yang ada menawarkan skim tersebut, jadi sekiranya seorang pegawai akademik tersebut berpindah ke universiti yang dipohon ,apakah beliau masih bergaji penuh atau sebaliknya, tambah pula pegawai tersebut dalam masa yang sama telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di universiti awam yang lain secara pengajian jarak jauh dengan pengajian pegawai tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kementerian pelajaran malaysia. Soalannya , pada peringkat mana gaji yang diterima, elauan yang layak diterima dan sebagainya yang berkaitan . terima kasih

  28. Ummi

    As’kum..Ustaz, berkenaan bahan2 dlm perkhidmatan yg didokumentasikan, adakah perlu diletak laporan atau gambar2 berkaitan , atau
    hanya perlu bahan2 itu shj tanpa laporan..?

    Terima kasih

  29. siti

    Assalamualaikum,
    saya sekarang berumur 45 tahun,baru habis belajar peringkat degree pada 2010, belum lagi dapat lantikan ke dg41,sekarang saya baru sahaja memohon untuk sambung peringkat master, Apakah ada kemudahan samaada kemudahan cuti belajar atau biasiswa atau sebagainya memandangkan usia saya sekarang ni pun sudah lewat. Sekian terima kasih

  30. maz

    assalamualaikum semua …saya sangat gemar baca komen kat web ni..alhamdulillah semua cintakan ilmu…sy baru je nak mohon hlp utk phd. skrg sy sem 1. blh dapat ke klu mohon…dah ke depan 1 sem…

  31. nur hidayah abdullah

    ASSALAMUALAIKUM..ust sy nak tnya ttg hlp ni..sy guru jqaf skolah rendah, adakah layak guru jqaf utk memhon hlp sbb klau ikt perkhidmatan kami guru-guru jqaf ni guru luar norma..harap ust dapat jelaskan, dan bagaimana peluang utk pemohon dalam bidang pendidikan islam dan bahasa arab dalam hlp ni?..harap dapat berkongsi pengalaman ust disini..syukran..

    blh, x de masalah

  32. wardatul sakinah

    Assalamualaikum..
    ustaz…adakah cuti belajar ini hanya dipohon untuk belajar master dan PHD dalam negara sahaja??boleh x memohon hlp ini untuk menyambung pengajian Master dan PHD di Jordan??

    ikut tawaran.. semua blh jika ditawarkan

  33. Assalamualaikum ustaz…tumpang tanya…jika suami isteri mendapat tawaran HLP…adakah kedua-duanya mendapat elaun sara hidup, elaun bantuan keluarga, elaun bantuan sewa rumah…atau hanya seorang shj yang layak???

  34. adawiah

    assalamualaikum..bagaimana jika saya memilih utk berulang dr rmh dan tidak menyewa di kawasan kampus (cth sban-ukm),saya tidak layak elaun bantuan keluarga kan?ramai kwn2 yg buat2 sewa rumah (pinjam alamat sapa2),dan terima elaun tersebut, saya tak buat kerana risau jatuh haram duit tersebut..atau adakah sebenarnya boleh?

  35. norazlina bt hj ismail

    assalamualaikum ustaz,,
    tawaran hlp utk sepenuh masa bagi guru dah dibuka ker? yg saya jumpa hanya tawaran hlp sepenuh masa…berniat nak pohon

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s