Hari Konvokesyen

bassyar

Tahniah bagi semua pihak yang telah menjayakan majlis konvokesyen Taski Sarikei untuk kali yang ke-20 hari ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada JK Pengelola yang telah bertungkus lumus bekerja sejak dari petang semalam bagi memastikan majlis pada pagi yang bersejarah ini berlangsung tanpa sebarang masalah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan sokongan terutama pejabat Majlis Daerah Sarikei, JKR Sarikei, Jabatan Penerangan Sarikei dan JK Dewan Masyarakat Sarikei. Tidak dilupakan juga Klinik Dr Awang Ismail Sarikei serta individu-individu yang telah memberikan apa sahaja sumbangan di dalam menyediakan kemudahan, cenderahati dan sebagainya.

Ucapan tahniah juga kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada sesi pengajian tahun ini. Seterusnya para ibubapa pelajar yang telah memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi sehingga ada yang telah turun seawal jam 6.40pagi semata-mata ingin melihat majlis yang tidak seumpamanya ini berjalan dengan lancar.

jk pengelola

Majlis Konvokesyen kali ke-20 ini bermula pada jam 8.15pagi dan telah diacarakan oleh dua orang pengerusi jemputan yang sangat berpengalaman dari SK Agama Sarikei yang mana ia dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi JK pengelola seterusnya ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Sarikei. Di dalam ucapannya beliau menegaskan betapa pendidikan agama perlu mendapat prioriti pertama para ibubapa dalam memilih tempat bagi menghantar anak-anak untuk belajar. Hal ini memandangkan tahap keseriusan gejala sosial yang menimpa umat Islam di merata tempat khususnya di Negara yang tercinta ini. Isu-isu keruntuhan moral dan akhlak generasi hari ini hendaklah ditangani secara bijaksana dan teliti seperti memulakan dengan pemilihan tempat dan suasana belajar yang terbaik bagi anak-anak terutama di peringkat permulaan ini lagi.

Suasana majlis konvokesyen pada pagi ini juga diserikan dengan beberapa persembahan yang dilakukan sendiri oleh para pelajar tahun 6, tahun 5 hatta tahun 4 pun turut tidak ketinggalan. Persembahan nasyid dan penggayaan busana muslim cukup menghiburkan semua hadirin terutama ibubapa yang berpeluang melihat anak-anak mereka yang sangat berbakat. Hati guru-guru pula mungkin sedikit sebanyak terasa sayu setelah mendengar nasyid ‘terima kasih cikgu’ yang dinyanyikan dengan sepenuh hati oleh para pelajar tahun 6 yang akan meneruskan pengajian mereka di sekolah-sekolah kebangsaan biasa pada tahun hadapan.

Majlis akhirnya diserikan dengan jamuan ramah tamah aidil fitri dengan pelbagai juadah dan kuih muih yang dibawakan sendiri oleh para ibubapa. Terasa kehangatan ikatan silaturrahim jelas terpancar di setiap wajah ceria yang ditunjukkan oleh kesumua yang hadir. Masing-masing berpuas hati dengan pencapaian anak-anak menerusi pengajaran berkesan yang diajar sejak sekian lama di Taski Sarikei dan juga ikatan silaturrahim yang berjaya dipupuk sejak ianya ditubuhkan. Semoga hubungan dan kejayaan ini akan terus berkekalan dan diperjuangkan oleh semua umat Islam Sarikei pada masa-masa akan datang.

Tahniah kepada semua.

p/s: Tahniah kepada ‘Aidi Bassyar yang telah mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan yang didudukinya tahun ini. Abi dan ummi sangat bangga dengan pencapaian Bassyar, semoga terus berusaha untuk lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Banyak hadiah tu kenalah kongsi dengan adik juga, almaklum adik belum bersekolah. al-Hamdulillah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: