Selamat bercuti, panjang umur jumpa lagi

Esok bermulanya cuti penggal akhir tahun persekolahan sesi tahun 2007 bagi semua pelajar, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang tugas mereka adalah berinteraksi dengan pelajar. Samada di peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan tidak ketinggalan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kecuali bagi pelajar tingkatan 5, rakan guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan, warden asrama dan warga pendidik lain yang dipanggil untuk menjalankan tugas pada masa cuti. Diharapkan, mereka dapat jalankan tugas dan kewajipan dengan sebaik yang mungkin. Sebagai penjawat awam kita perlu sentiasa sedar akan kepentingan menjalankan tugas sekiranya diarahkan termasuk juga di dalam waktu cuti persekolahan.

Tahniah.
Ucapan syabas dan tahniah diucapkan terutama kepada para pelajar IPGM cawangan IP Rajang yang telah berjaya menamatkan kursus KPLI mereka pada tahun ini. Walaupun sekarang masih lagi perlu menghadapi kursus induksi (KISSM) dan selepas itu diikuti pula dengan kursus kenegaraan. Bagi KPLI ambilan Julai 2007 pula, esok akan bermula BIG. Manakala pelajar-pelajar lain akan memulakan cuti panjang mereka setelah berhempas pula dalam ujian akhir semester.

Tahniah dan syabas juga kepada rakan-rakan pensyarah kerana telah berjaya di dalam tugas masing-masing untuk sesi pengajian tahun ini. Kepada rakan-rakan yang diberikan Biasiswa bagi melanjutkan pelajaran diucapkan selamat belajar. Semoga kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda semua. Kepada barisan pihak pengurusan (staf sokongan sehinggalah pihak pentadbiran tertinggi) dirakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya di atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang telah diberikan demi merealisasikan kecemerlangan setiap anggota di bawah kepimpinan mereka. (tanpa sokongan mereka, ana pasti tak dapat peluang sambung belajar nih)

Maaf zahir dan batin.
Di kesempatan ini juga, ana mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf daripada semua pihak yang berinteraksi dengan ana, bermula daripada para pelajar, rakan pensyarah, rakan staf sokongan sehinggalah kepada pihak pengurusan tertinggi sekiranya sepanjang interaksi tersebut ada kelemahan yang terbit daripada ana. Segala yang baik kita sama-sama jadikannya sebagai panduan meneruskan kehidupan buat masa yang mendatang.

Sehingga berjumpa lagi.. wassalam

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Nov 18, 2007 @ 20:39:16

    salam.
    anta bila stat cuti?
    ana nak tanya anta…ana dengar kabar angin melalui sahabat ana, ana diterima utk jd pensyarah di MPTI, johor baru. camne ni ? nak gi tak ehhh?kalu gi pisah ngan anak isteri. umah dah beli cni..
    wassalam

    Balas

  2. ibnrajab
    Nov 20, 2007 @ 09:45:50

    Walaikum salam…

    ana start cuti jumaat 16/11/2007 juga.. sama mcm sekolah.. bahkan di IPG ni cuti lebih seminggu pada bulan 6.. anta d sekolah cuti 2 minggu, kami cuti 3 minggu.. so jgn takut nak ke IPG..

    berkenaan transfer anta tu.. ana rasa elok anta tunggu.. kalau nak, buat rayuan bila surat keluar nanti.. minta swak je.. miri maksud ana..

    jazakumullah..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: