Selamat tinggal Sarikei

Hari ini kami sekeluarga pindah keluar dari Sarikei. Menuju ke Kelantan tanah tempat tumpah darah kerana ana dapat tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika diperlukan di sini, ana pasti akur arahan, tapi kalau tanya ana, pasti sekali ingin berkhidmat di tempat sendiri. Kata nabi, antara orang yang bahagia adalah mereka yang mencari dan mendapat rezeki di tempat sendiri. Semoga perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah SWT. Segala kenangan (byk yang manis2) berada di Sarikei akan tetap kekal di hati sanubari. Yang pasti, segala yang baik akan dijadikan pedoman, dan yang kurang baik itu (kebayakkannya bemula dari kelemahan diri ana sendiri) akan dijadikan sempadan.

Bermula dan berakhir.
Kami mula tinggal di Sarikei ni pada 29 Februari 2006 (tahun lepas). Kami datang dari Kuching kerana sebelum ini ana bertugas di Sekolah Menengah Teknik Matang, Kuching dari 2001 hingga 2006. Kerana nak sangat mengajar bahasa Arab, ana sanggup pindah walaupun orang kata dari sebuah Bandaraya ke sebuah pekan sahaja (bagi ana Sarikei bukanlah termasuk dalam golongan pekan, lebih tepat jika dikatakan bandar yang semakin membangun dan maju, berbanding tempat ana sendiri).

Rumah yang kami duduki ini adalah satu2nya rumah sewa kami di sini. Tidak pernah kami pindah. Pada awalnya secara tidak sengaja kami nak sewa rumah sebelah. Dah confirm dengan tuan rumahnya, dan ana juga arahkan supaya barang2 kami yang diangkut dari kuching diletakkan di laman rumah tersebut. Tinggal nak dapat kuncinya lagi utk kami masuk ke dalam. Tiba2 handset ana berdering. Gembira bagai nak rak kerana si pemanggilnya adalah bakal tuan rumah baru kami. (beliau tak tinggal di Sarikei kerana urusan kerja, jika ada orang nak sewa rumah baru beliau akan turun hantarkan kunci). Tapi beliau dengan rasa serba salahnya menyatakan tak jadi menyewakan rumahnya kepada kami. Sedih mmg kami sedih. Barang2 bersepah di luar rumah. Itulah ujian pertama buat kami di Sarikei.

Kebetulan jiran yang jaga rumah ni (ana sewa sekarang menyaksikan tragedi sedih kami tadi) mempelawa kami agar menghubungi tuan rumah yang dijagainya. Diringkaskan cerita, tuan rumah ana bersetuju. Gembiranya kami sekeluarga hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa terhutang budinya kami dengan beliau (dan juga jiran tersebut). Lalu pada hari tersebut juga, kami dengan rasminya masuk ke rumah sewa yang sehingga hari ini baru kami keluar. Perasaan penghargaan yang sangat dalam dari lubuk hati ana kepada tuan rumah yang sangat tak berkira. Semoga hidup tuan dipenuhi barakah dan rezeki yang berpanjangan. InsyaAllah..

Anak nak masuk tadika.
Pada penghujung tahun lepas (2006), kami buat keputusan nak pindah sebenarnya. Memandangkan anak sulong kami nak bersekolah tadika. Budak yang tidak pernah terpisah dari rumah dan orang tuanya dirasakan sukar menghadapi situasi bersekolah. Walaupun kami sudah selesa dengan rumah ini, namun kami cuba juga cari rumah yang berdekatan dengan sekolah tadika berkenaan. Kebetulan letak duduknya juga berhampiran dengan Masjid Sarikei. Ana pun ada sesi kuliah di masjid itu. Mudahlah.

Memang kami dah jumpa sebuah rumah yang baru sahaja dikosongkan. Isteri ana dah pun masuk meninjau rumah berkenaan bersama si tuan rumah. Kiranya dah bersetujulah. Tetapi nasib kami agak malang, kerana ada orang yang overtake rumah tu. Sebabnya hanya kami tak bayar wang pendahuluan. Sebenarnya duit ada, tapi pada masa isteri ana meninjau hari tu bersama tuan rumah, tak pula disungutkan pasal wang pendahuluan. Sedikit sebanyak hati ana terasa juga dengan perbuatan insan yang sanggup overtake rumah tu. Mentang2lah dia kerja suami isteri, nak tunjuk ada duit pula. Mengikut kata si tuan rumah, orang yang overtake rumah tu tanya padanya “Adakah ustaz tu (ana la ni) ada bayar wang pendahuluan?”

Peristiwa tersebut sangat memberi kesan pada ana tapi walaupun mereka tak minta maaf, ana dah lama maafkannya. Masakan tidak sebab suami orang yang overtake tu sebenarnya bekas student ana (jQAF batch pertama di kuching). Dia tu pula ana kenal sangat (adik kepada classmate ana masa sekolah Nipah dulu). Masa ana sedang marah dulu ana terfikir “Budak2 bekas UIA nih mmg tak ada etika pergaulan” tapi tak lah semua. Kebanyakan yang ana jumpa mmg mcm tu lah. (maaf orang UIA). Tapi itu cerita lama, macam ana kata tadi, ana dah lupakan dan ana dah maafkan mereka yang terlibat termasuk diri ana sendiri yang tak tanya pasal wang pendahuluan.

Itu antara kisah duka ana di Sarikei. Banyak sebenarnya kisah suka. Bermula dengan ikatan silaturrahim yang dipupuk di dua buah masjid (Sarikei dan Bintangor), rakan usrah, rakan tempat kerja seterusnya jiran2. Sepupu isteri juga ada sini, dan Sibu juga. Sumbangan mereka banyak membantu di dalam usaha ana menjadi diri ana hari ini. Kepada semua, jutaan terima kasih dan setinggi2 penghargaan dari lubuk hati ana yang paling dalam.

Semoga tulisan ana hari ini dapat diambil iktibar oleh rakan pelawat sekalian dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang pastinya Allah akan uji kesabaran dan cara kita menyelesaikan setiap ujian tersebut. Semuanya adalah demi kebaikan untuk diri kita. Di dunia dan di akhirat. Segala yang baik2 itu sebenarnya rezeki Allah kepada kita dan yang nampak tak baik itu sebenarnya berlaku kerana dimulakan dengan keburukan, kealpaan dan kesalahan kita.. Wallahu aklam..

p/s: terima kasih banyak kepada isteri ana yang dengan sorang2 sahaja terpaksa menguruskan barang2 kami yang di’packing’ pada hari jumaat 23.11.2007 (masa tu ana tengah kursus di PD). Kesabarannya menyebabkan hati ana merasa kagum dan bangga. Semoga ikatan suci ini berterusan dalam keredhaan Allah.. Amien..

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Nov 26, 2007 @ 22:07:50

    salam.
    harap2 anta tinggal sarikei ni,taklah tinggal jugak laman blog ni ye..
    hopely, your destination there “ahsan” wa “afdal” min qablu…
    selamat berjuang…

    Balas

  2. ibnrajab
    Nov 28, 2007 @ 06:58:01

    InsyaAllah.. ana berdoa agar diberikan kekuatan untuk sentiasa bersama antum semua di alam maya ini..

    Balas

  3. mohd sufri bin yakup
    Jan 11, 2008 @ 09:18:42

    salam. Ustaz..pindah dah ke? ana tak tahu pun.

    Balas

  4. ibnrajab
    Jan 12, 2008 @ 12:48:45

    Walaikum salam Sufri..

    Ustaz bukan pindah, tapi cuti belajar selama 2 tahun. Setelah tamat nanti, jika kekososngan ustaz di IPR telah diisi (mustahil belum diisi dlm tempoh dua tahun, dengan kepantasan dan kecanggihan pentadbiran KPM) maka pada masa itu baru boleh ustaz mohon pindah. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah..

    Doakan kejayaan ustaz di sini (UKM, jadi student balik semula)

    Selamat belajar dan berjaya.. insyaAllah.. (doa jg utk diri sdiri)

    Wassalam.
    (selalu2 lah jenguk laman ni utk dpt info terbaru dari ustaz..)

    Balas

    • nur ilyana ain
      Dis 26, 2014 @ 10:57:50

      As slm ustaz..kalau masih smpn no telefon owner rmh sewa yg ustaz pnh tggl d sarikei mohon inform sy..urgent.. 0128955007

      Balas

  5. aisyah
    Jun 20, 2015 @ 21:35:26

    Salam..encik. ada tahu di mana lagi rumah sewa yg full barang di sarikei?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: