Perjalanan yang diberkati

Dewasa ini kerap kali kedengaran kejadian kecelakaan di jalanraya. Angka-angka (jumlah kemalangan, kematian, koma dll) yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak juga kadang-kadang merungsingkan kita, malah sangat meresahkan. Ramai orang kata “perkara sebegitu, takan dipedulikan orang sehinggalah ia melibatkan keluarga mereka yang terdekat”. Na’uzubillah.. Pepatah melayu juga mengatakan “Sudah terantuk baru terngadah”.

Guru selalu juga mengingatkan, untuk mendapat suatu perjalanan yang berkualiti, selamat dan sampai ke destinasi, mestilah ianya diberkati. Dalam Islam, sebelum memulakan perjalanan, sunnat terlebih dahulu ia dimulakan dengan niat yang suci kerana Allah. Seterusnya eloklah jika melakukan solat sunat musafir. Apabila menaiki kenderaan, dibacakan pula doa. (Biasanya anak2 tadika yang selalu membacakannya, bila dah dewasa atau telah memiliki anak, terus dilupakan).

Suatu pengalaman.
Saya ada banyak pengalaman meniki bas ekspres. Sekiranya anda juga inginkan pengalaman yang sama (atau anda memang macam ana, sudah banyak pengalaman menaiki bas ekspres) cuba sekali lagi menaiki bas ekspres. Ke mana2 sahaja. Dalam negara kita ini. Pengalaman yang sama iaitu driver bas, atau pembantu driver tidak pernah nak mengingatkan para penumpang untuk melakukan solat. Apabila bas berhenti rehat, perkataan yang selalu keluar dari mulut mereka hanyalah “Makan!”.

Macamana perjalanan nak selamat (walau guna banyak slogan ‘insyaAllah selamat’ pun) jika perkara wajib macam ni ditinggalkan oleh para penumpang beragama Islam. Lebih merbahaya lagi jika driver yang beragama Islam pun turut tidak menunaikan kewajipannya yang ini. Makan nasi orang selalu ingat sebab perut terasa lapar. Minum pun ingat sebab terasa dahaga. Tetapi iman yang lapar tidak siapa yang sedar. Ingin selamat kah? Selamat jasad sahaja? Jasad ini lama mana sangat nak bertahan? Dalam kubur ada lagi jasad?

Tazkirah2 seperti inilah yang melahirkan umat Islam sebenar. Jatidiri masyarakat Islam. Sekiranya Islam diamalkan barulah selamat. Alangkah bahagianya, sekiranya sebelum memulakan perjalanan, pemandu Islam atau pembantunya mengingatkan para penumpang agar berdoa safar dulu. Tiba di perhentian, ingatkan lagi untuk solat sekiranya tak buat lagi dan sebagainya. Patutlah banyak sangat kemalangan bas ekspres berlaku hari ini. Sedarlah wahai dunia Islam. Betapa jauhnya kita dari kehidupan dan erti Islam yang sebenarnya itu. Pergantungan kita sudah kepada menjadi selain dari Allah. Nafsu.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: