Bukan mudah jadi menantu

Perkahwinan dalam apa sahaja agama dianggap tali ikatan suci yang sangat mulia. Dalam Islam, perkahwinan sangat digalakkan. Nabi Muhammad tidak mengaku umat siapa yang meninggalkan perkahwinan tanpa alasan yang syarie. Melalui perkahwinan, generasi akan terbina malah akan bangkit juga sebuah tamadun bangsa dan sesuatu ummah. Sebuah rumah tangga yang bahagia, akan dapat melahirkan generasi yang berkualiti. Lebih daripaada itu, dirahmati, diredhai dan dikasihi Allah SWT.

Sebelum berkahwin, banyak ilmu dan kemahiran yang perlu dipelajari. InsyaAllah selepas berkahwin, ilmu dan kemahiran yang hanya tadi dibaca melalui buku atau apa sahaja sumber, akan dipraktikan pula. Seterusnya akan lahir (bersama kelahiran anak-jika ada rezeki) seorang ibu yang berkemahiran tinggi, bapa berkemahiran dan sebuah rumahtangga yang kaya dengan ilmu dan kemahiran. Kereta jika tidak ada seorang driver yang berkemahiran mudah sahaja rosak binasa. Begitulah kesemua aturan hidup yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang pelbagai di dalam menjayakannya. Dan membahagiakan juga.

Salah satunya bila berkahwin, ada yang akan jadi menantu. Tidak semua manusia walau setinggi mana letak tahap ilmunya tahu semua perkara dan mahir. Seorang doktor tak semestinya pandai berenang. Sebab itulah, atas bot di dalam sungai, jika melawan arus deras pula, bergelombang lagi, kemahiran seorang kelasi sangat2 diperlukan oleh seorang penumpang yang memiliki ijazah kedoktoran.

Bila ada menantu, adanya pula bersamanya mertua. Biasanya, hari pertama, minggu pertama, bulan pertama dan lain2 lagi yang pertama. Mertua akan sentiasa memerhati si menantunya. Apa sahaja tindakan si menantu yang dirasakan pada adatnya adalah berbeza, kadang2 suka pula menceritakan pada jiran2. Membandingkan antara menantu itu adalah rutin. Dulu kini dan selamanya. Perkara ini tidak dianjurkan dalam Islam. Tapi dah dibesarkan dalam suasana adat yang macam itu. Tapi tidak pula semua mertua macam itu kerana perbezaan budaya dan adat sesuatu tempat.

Sebagai contoh, orang timur bermenantukan orang tengah. (tidak semua orang timur dan tidak semua orang tengah ada kaitan dalam tulisan ini, tapi ia ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sendiri terhadap masyarakat). Si menantu, apabila selesai makan, cepat pula pinggan mangkuk dikemaskan. Meja dilap dan dicuci. Hal ini pada pandangan si mertua pula macam “tak suka aku makan”. Kerana pada adat dia (si mertua tadi) apabila selesai makan, nak bersembang2 di meja makan itu, bertanyakan khabar itu dan ini. Orang tengah pula meja makan untuk makan sahaja, sekiranya nak bersembang, ada meja bersembang pula. (kot la, jika ada).

Kesimpulan.
Hari pertama, minggu pertama, bulan pertama dan pengalaman pertama di alam rumah tangga adalah suatu masa untuk si menantu (lelaki dan perempuan) mengenali adat resam, gaya hidup pasangan dan keluarga pasangan. Jadi, amat tidak sesuai, sekiranya ada pihak yang menilai menantunya pada masa terhad ini. Biarkan mereka (pengantin baru) belajar dahulu. Kita selaku orang tua pula hendaklah mengajarkan (lebih tepat menyatakan hasrat) kepada mereka. Kerana itulah, hikmahnya, kebanyak mertua, lebih tua dari menantu.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: