Perjalanan yang panjang

Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Hidup manusia di dunia ini adalah persinggahan sementara dijemput kembali kepada yang maha pencipta. Kemudian akan ditempatkan di suatu tempat yang kekal abadi samada di tempat sejahtera (syurga) atau tempat sengsara yang abadi juga (neraka). Di dalam al-Quran, jelas di dalam ayat kedua Allah menegaskan bahawa dijadikan hidup dan mati bagi manusia adalah untuk menguji dan menilai manakah di antara hambaNya yang paling baik amalannya.

Kematian memang telah disedari manusia sedari saat pertama mereka mengenali kehidupan. Dalam rekod kita sendiri, jika kita mampu ingat, mungkin kita telah menyaksikan ratusan manusia telah diusung ke kubur. Saidina Umar ra juga pernah menyatakan suatu falsafah bahawa: Hari ini aku mendengar si fulan bin si fulan telah meninggal dunia. Suatu hari nanti pasti orang akan mengatakan bahawa si Umar telah mati. Itu adalah hakikat kematian.

Apabila berlakunya kematian di dalam sesebuah keluarga, maka akan ada orang yang berdukacita. Terutama ahli keluarga si mati. Dukacita juga sebahagian daripada kesusahan. Ada banyak lagi kesusahan datang bersama kematian yang sukar untuk dijelaskan melainkan mereka yang terlibat. Untuk mengurangkan beban orang yang masih hidup bagi menghadapi kematian, dari dahulu lagi rupanya masyarakat kita di kampung2 menabung secara sedikit2. Mereka namakan ia sebagai khairat kematian. Kata mereka, sekiranya aku mati, segala keperluan sudah ada. Bermula dengan kain kafannya sehingga kepada sedikit saguhati kepada mereka yang menguruskan jenazah.

Nenek ana (umur sekarang dalam lingkungan 80 tahun lebih) telah menyumbang di dalam khairat tersebut bermula dengan RM6 setahun. Katanya dibayar dwi tahunan. RM12. Kini, sudah jadi RM10 setahun. Tapi dia masih membayar. Orang lain juga turut membayar dan menyumbang. Begitulah rutin hidup masyarakat kampung nenek ana. Kini, bila berlaku kematian (mengikut kata nenek) waris akan menerima RM200 bagi menampung pengurusan jenazah.

Sesuatu yang hebat berlaku kini. Bila Kelantan diperintah oleh dua pihak. Satu di pihak kerajaan Negeri dan satu lagi pihak kerajaan Persekutuan melalui orang Negeri. Masing2 tidak minta orang-orang tua menabung atau menyumbang, cuma kalau umur mencecah 60 tahun, namanya akan disenaraikan sebagai penerima khairat tersebut secara percuma. Si waris akan dapat RM2500 bila berlaku kematian. Ini pihak A. Mereka tidak mengira pula ras, bangsa, agama ataupun pendapat politik. Asal sahaja umurnya cukup, semua dapat. Manakala Pihak B ni pula kena jadi ahli dulu. Khairatnya percuma juga. Jumlah yang bakal waris terima lebih lumayan iaitu RM3500.00 (nenek kata dia diberikan dua2. Jadi tidak ada masalah utk menguruskan jenazahnya nanti dengan jumlah wang RM6200.00 yang akan diterima waris2nya kelak -nada bunyi suaranya sangat menusuk hati)

Kesimpulan.
Hari ini, masih ada lagi orang kita (muslimin muslimat) tidak mahu ambil takaful. Padahal, masyarakat kita sejak turun temurun sedar akan kesusahan yang bakal dipikul oleh orang2 yang ditinggalkan. Samada kesusahan zahir atau batin. Kata mereka, terserah saja kepada Allah, tuhan tahulah memberi rezeki kepada hamba2Nya. Pada ana, asalkan tidak ada nas melarang kita untuk saling tolong menolong sesama Islam (takaful) apabila ada dalam kalangan kita yang ditimpa masalah atau musibah, hukum asalnya adalah harus. Tapi, sudah ramai alim ulama telah menegaskan bahawa wajib juga bertaawun (bertolong-tolongan) ke arah kebaiakan umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dan hadith Nabi (sesiapa orang Islam yang tidak mempedukikan orang Islam yang lain, maka mereka tidak dari kalangan mereka).

Wallahu aklam.

p/s: Bermulanya kaya seseorang itu dikira daripada simpanannya. Takaful selain berperanan sebagai simpanan secara disiplin, wang tabungan kita itu juga akan dilaburkan bagi mengukuhkan ekonomi umat Islam, dan digunakan bagi menolong orang lain yang ditimpa kesusahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: