Al-Quran: Penawar dan Petunjuk

Al-Quran adalah kalamullah (pengucapan atau wahyu Allah) yang mukjizat (tidak dapat ditandingi kehebatannya oleh semua makhluk) diturunkan ke atas Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Malaikat Jibril as untuk dijadikan panduan (suruhan dan larangan) umat Islam akhir zaman. (Islam adalah agama Allah yang dianuti oleh kesemua Nabi bermula Adam as sehingga Muhammad saw). Diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Pembacanya akan mendapat ganjaran ibadah (khusus) dan boleh digunakan sebagai bacaan di dalam solat (Fardhu dan sunat).

Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat Nabi yang kekal walaupun selepas kewafatan Nabi itu sendiri (Muhammad saw). Berbanding dengan mukjizat Nabi-nabi selain Muhammad yang hanya wujud semasa hayat baginda sahaja. Kelangsungan Al-Quran pula dijamin oleh Allah swt yang akan memelihara keasliaanya sehingga ke hari Kiamat. Sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada kitab-kitab Nabi sebelum Muhammad (kerana kesemua kitab-kitab tersebut telah diubah di sana sini oleh para ulama atau pengikut Nabi setelah kematian nabi mereka mengikut kepentingan peribadi).

Antara mukjizat al-Quran (yang akan dibincang kali ini) adalah sebagai penawar atau ubat kepada manusia itu sendiri (samada yang mendengar lebih-lebih lagi yang membacakannya). Sekiranya ia dibaca dengan menjaga segala adab, peraturan (tajwid), niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan niat untuk dijadikan penawar tambahan ia pula selalu dibaca (dalam semua keadaan samada susah atau senang, suka atau duka, lapang atau sibuk dan sebagainya) maka kemujarabannya sebagai penawar tadi akan menjadi lebih berkesan (yakni niat itu tadi mudah untuk diterima Allah swt).

Untuk ibu-ibu yang mengandung, eloklah selalu mengamalkan bacaan al-Quran dengan niat mendidik anak yang bakal dilahirkan nanti. Amalan itu juga merupakan konteks pertama di antara seorang ibu dan anak sekali gus menjadikan ia sebagai pengajaran pertama seorang guru kepada muridnya (dalam ertikata yang lain). Pepatah mengatakan ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Selain ibu, bapa juga boleh membacakan alQuran dengan niat mendidik anaknya walaupun masih dalam kandungan si isteri lagi. Terutama apabila kandungan sudah sampai umur ditiupkan ruh kepadanya. Pada masa itu, walaupun secara zahirnya (fizikal) kita tidak mampu untuk berinteraksi dengan bayi tetapi melalui alam ruhaniah, interaksi berkenaan adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Elok dikhatamkan al-Quran (30 juzuk) sekurang-kurangnya sekali dalam fatrah (jangkamasa) sembilan bulan dengan niat hadiah kepada bayi. (Alangkah mulianya sekiranya hadiah pertama kita kepada anak merupakan al-Quran (yang berbentuk spritual) dengan segala isi dan pengajarannya yang dibaca dan dihayati sendiri oleh kita selaku ibu dan ayah yang pasti berjuta kali ganda lebih baik berbanding hadiah material berbentuk wang ringgit ataupun skim insuran dan sebagainya).

Amalkan juga bacaan surah al-Baqarah (sekurang2nya ayat2; permulaan iaitu ayat 1-5, pertengahan iaitu ayat 255-257 dan akhir iaitu ayat 284-286) dengan niat melindungi anak dari hasutan dan godaan syaitan dengan sekutu2nya.

Bacaan surah Yusuf dengan niat agar Allah memperelokkan kejadian anak (khalqiah atau zahiriah iaitu cukup sifat fizikal dan mentalnya; begitu juga khuluqiah atau batiniah iaitu akhlak dan budi pekertinya). Manakala bacaan surah Luqman diniatkan secara khusus untuk mendapat anak yang pintar, bijak dan pandai dalam menerima dan mengamalkan pelajarannya.

Seterusnya amalkan bacaan surah Maryam dan surah al-Insyirah dengan niat agar dipermudahkan kelahiran anak.

Mudah-mudahan kita semua akan melahirkan kembali generasi al-Quran. Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: