Puji-pujian

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji-pujian hanya milik Allah, tuhan sekalian alam (Al-Fatihah: 2). Melalui ayat ini jelas Allah telah mengajar manusia bahawa pujian hanya layak untuk Allah swt semata2. Segala makhluk yang diciptakan tidak layak mendapat dan menerima pujian. Sekiranya mereka menerima pujian daripada sesama makhluk, maka dengan segera perlu dikembalikan pujian tersebut kepada Allah. Samada dengan ucapan bahasa Arab ‘Alhamdulillah’ (Pinjaman daripada ayat al-Quran surah al-Fatihah di atas) atau ucapan apa sahaja bahasa (yang difahami) bermaksud pujian kembali kepada Allah (rujuk tafsir at-Tabari bagi surah al-Fatihah).

Kegagalan manusia mengembalikan pujian kepada Allah sebaik sahaja menerima pujian daripada sesama manusia menandakan kesombongan diri, perasaan diri layak dipuji dan lebih jauh boleh diterjemahkan sebagai ingin duduk sama tinggi dengan Allah swt yang Maha Pencipta. Astaghfirullah.

Bagi ana, amalan memberi dan menerima salam boleh diaplikasi dalam isu menerima dan mengembalikan pujian kepada Allah ini. Kerana salam wajib dijawab walaupun sekadar didengari oleh telinga sendiri. Maksudnya sekiranya kita terdengar lafaz salam yang ditujukan ke atas kita, maka wajib kita menjawabnya. Dalam perkataan zaman internet hari ini, wajib reply. Itu telah menjadi ajaran dalam Islam. Amalan reply apa sahaja perkara baik yang datang kepada kita adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang tersirat. Contoh paling ringkas sekiranya kita menerima salam. Begitu juga kalau kita menerima sedekah. Bukankah Islam mengajar kita untuk mengucapkan terima kasih malah berdoa kepada pemberi sedekah seterusnya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diterima. Dalam sebuah hadith “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka ia juga tidak berterima kasih kepada Allah”. Isyarat betapa pentingnya ucapan terima kasih sesama insan tersebut. Dalil betapa pentingnya reply.

Bila kita melihat, ramai dalam kalangan umat Islam hari ini yang lemah (dan diibarat oleh Nabi sebagai buih di lautan) kerana jauhnya amalan mereka daripada amalan yang Islam anjurkan. Terutama perkara akhlak seperti ini. Sedangkan Nabi bersinar kerana akhlaknya. Begitu juga para sahabat dan tabien dan seluruh umat yang tergolong daripada tiga kurun terbaik itu. Sekiranya hendak dilihat daripada sudut Aqidah dan Syariat, sama sahaja antara Akidah kita, syariat kita hari ini dengan mereka. Aqidah kita sama2 percayakan Allah dan kesemua rukun2 iman. Manakala syariat, kita sama2 mengamalkan rukun Islam dan ibadah2 umum yang lain termasuk bekerja utk mencari rezeki kerana Allah. Tetapi yang jelas membezakan kita berbanding mereka (umat Islam tiga kurun pertama yang terbaik itu) adalah daripada segi akhlak. Ilmu adab.

Ilmu akhlak dahulu tidak menjadi pengajaran penting. Ia terbit secara langsung daripada kualiti amalan syariat yang diasaskan oleh Aqidah umat pada masa itu. Kerana mereka mengamalkan Islam secara keseluruhan dan sayang betul2 dengan ajaran agama mereka. Istiqamah bila mengerjakan tiap ajaran tersebut pula. Namun hari ini, perkara yang sangat jelas dalam sukatan2 pelajaran agama Islam di pusat2 pengajian adalah ilmu akhlak. Malangnya kualiti akhlak umat Islam makin merosot.

Kesimpulan.
Apabila kita mendapat pujian daripada sesama manusia, samada keluarga atau rakan, hendaklah segera kita kembalikan pujian tersebut kepada Allah. Kerana hanya Allah sahaja (melalui ayat 2 surah al-Fatihah tadi) yang layak menerima pujian. Sebagai contoh, sekiranya ada rakan kita menyatakan “Anta ni hebat la akhi, belajar pandai dan murah rezeki” Sepatutnya teruslah kita ucap ‘alhamdulillah’. Sekiranya kita ingin berseni dalam perhubungan sesama manusia, ucaplah terima kasih kepada sahabat kita itu yang telah dengan susah payahnya merendahkan ego diri dengan memuji kita. Samentelah pula dia nampak kebaikan diri kita. Ucapkanlah terima kasih. Reply. Amalan sebegini yang diistilahkan sebagai ‘win-win situation’ yang diaplikasikan oleh orang (umat) lain hasil daripada nilai Islam yang tinggi.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: