Selamatkan dokumen penting anda

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera…

Dokumen peribadi seperti sijil-sijil akademik dan kemahiran merupakan aset penting bagi setiap individu. Kebanyakan dokumen tersebut pula dicetak secara tradisional (tidak ada back-up dalam tangan kita) di atas kertas. Biasanya saiz A4, A3 dan sebagainya. Kualiti kertas pula kadang-kadang tidak tahan lama. Bayangkan sekiranya tempat kita simpan dokumen-dokumen tersebut ditimpa bencana atau kemalangan (mohon perlindungan daripada Allah) seperti terbakar, ditenggelami banjir dan sebagainya. Kebiasaanya dokumen penting kita akan rosak atau mungkin lenyap dalam sekelip mata sahaja.

Prosidur untuk mendapatkan semula dokumen yang sangat penting tersebut kadang-kadang memakan masa yang panjang (bergantung kepada tahap atau jenis dokumen; Sijil2 akademik biasanya mengambil masa yang lebih lama berbanding dokumen seperti kad pengenalan atau sebaliknya) kerana sesuatu yang hilang terus (secara total), memerlukan beberapa jenis bukti yang dapat menjelaskan bahawa kita pernah memiliki dokumen berkenaan. Antara perkara pertama yang diperlukan adalah mungkin laporan polis.

Tetapi sekiranya kita ada salinan dokumen-dokumen asal yang hilang tadi, ia akan menjadikan proses mengemukakan bukti bagi mendapatkan semula dokumen asal menjadi lebih senang. Itupun jika kita ada melakukan salinan dan ianya disimpan di tempat lain yang lebih selamat (di pejabat, rumah ibubapa dan sebagainya).

Salin dokumen anda
Melakukan salinan terhadap segala dokumen peribadi penting kita adalah mustahak. Begitu juga memilih pelbagai tempat untuk menyimpannya. Di antara alternatif yang baik bagi menyalin dokumen-dokumen tersebut adalah melalui imbasan komputer (scan ke bentuk soft copy). Scan (salin atau imbas) segala jenis dokumen anda menggunakan scanner yang sangat mudah dan murah diperolehi hari ini. Sekali anda scan, anda boleh copy beberapa kali dan simpan dokumen-dokumen tersebut di merata tempat. Dalam external hard disk, pen drive, komputer peribadi malah komputer pejabat anda (pastikan anda wujudkan folder yang berasingan sekiranya anda menggunakan komputer kongsi).

Simpan atas talian (online)
Selain tempat-tempat simpanan yang dinyatakan di atas, antara tempat yang boleh anda gunakan untuk menyimpan dokumen digital anda ialah di internet (laman web atau dalam emel peribadi anda). Selain ianya agak selamat, anda juga boleh mengakseskan dokumen tersebut di mana-mana yang ada capaian internet. Menjadikan hidup anda sesuatu yang lebih mudah. Sebagai contoh, kadang-kadang ada pihak yang memerlukan salinan surat beranak kita. Sekiranya kita hanya simpan di rumah ianya agak sukar untuk diperolehi. Paling kurang kita kena drive balik untuk mendapatkannya. Tetapi sekiranya kita simpan dalam emel, di mana sahaja ada connection internet kita dengan senang sahaja memuat-turun dan print.

Sekadar itu sahaja. Simpanlah dokumen anda dalam pelbagai bentuk. Gunakanlah segala kemudahan yang ada hari ini semaksima yang mungkin bagi tujuan yang baik dan positif.

Sekian. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: