Salam Edul Adha

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh..

Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin kepada semua pelawat dan peminat laman Kalam IbnRajab yang budiman. Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi kesempatan maka dapatlah sama-sama kita merayakan hari kebesaran Islam yang terpenting untuk tahun ini. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang tidak terhingga. Tidak dilupakan juga selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda sehingga ke hari pembalasan. Tanpa perjuangan dan pengorbanan Baginda serta umat Islam maka sudah pasti kita tidak dapat menikmati kesejahteraan dalam Iman dan Islam sebagaimana hari ini.

Bermula maghrib hari semalam sehingga akhir waktu asar pada hari Ahad ini kita disunatkan untuk memperbanyakkan Takbir memuji Allah terutama Takbir Raya sebagaimana yang kita perdengarkan pada pagi hari ini sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Selain mengalunkan Takbir, kita diseru agar menghayatinya sebagaimana penghayatan Baginda Rasulullah dan para sahabatnya. Bagaimana Rasulullah dan para sahabat bertakbir untuk kali yang pertama setelah Allah SWT memberikan kemenangan kepada umat Islam di dalam peperangan Ahzab (Khandak).

Penyerahan mutlak kepada Allah.
Peperangan khandak yang menyaksikan bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat terpaksa mengikat perut mereka menahan lapar dan dahaga. Di saat musim kemarau yang sangat hebat menguji keimanan, tiada bekalan air apatah lagi makanan itu, ada di kalangan para sahabat yang datang menemui Rasulullah dan mengadu lapar dengan menunjukkan betapa mereka terpaksa mengikat perut menggunakan seketul batu. Namun, apabila para sahabat melihat keadaan Rasulullah yang sabar menahan keadaan yang sama, malah Baginda sendiri mengikat perut menggunakan dua biji batu. Para sahabat yang melihat kedaaan demikian kembali bersemangat untuk memperjuang dan mempertahankan agama Allah selain tidak mengharapkan apa-apa bantuan melainkan bantuan daripada Allah.

Penderitaan tersebut ditambah lagi apabila bangsa Yahudi yang dahulu telah menyatakan perjanjian untuk bersama melindungi Madinah telah berpaling tadah sebaliknya berpakat dengan puak munafiqin (golongan yang pura-pura beriman) lantas menyertai pula kaum musyrikin Makkah untuk menyerang Rasulullah dan umat Islam. Maka tinggalkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda mempertahankan bumi Madinah. Sebaliknya, pergantungan dan keyakinan serta keimanan mereka kepada Allah pula semakin bertambah-tambah.

Setelah beberapa hari umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat sukar itu, mempertahankan bumi Madinah yang hanya berbantukan parit (Khandak) yang digali, maka datanglah sahabat menyatakan musuh telah mengalah dan telah kembali ke Mekah bersama kekalan mereka. Di saat itulah Rasulullah bertakbir dan mengalunkan Takbir Raya buat pertama kalinya. Setiap lafaz takbir telah dialunkan dengan penuh rasa kesyukuran atas bantuan Allah. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Segala puji hanya bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang. Allah tuhan yang Esa, yang telah mengotakan janjiNya, yang telah menganugerahkan kemenangan kepada hamba-hambaNya, yang memuliakan tentera-tentera (pada peperangan Khandak) seterusnya mengalahkan musuh-musuhNya (Kaum Musyrikin dan sekutu-sekutunya) pada hari tersebut.

Nilai pengorbanan
Seterusnya pada hari yang mulia ini juga, marilah sama-sama kita menghayati pengorbanan para Rasul demi melaksanakan segala perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan anak sendiri. Apalah ertinya hidup kita di dunia ini dengan segala yang dimiliki berbanding dengan keredhaan Allah hasil daripada ketaatan terhadap segala perintahNya. Banyak sangat contoh peristiwa pengorbanan yang telah dilakukan oleh Para Nabi (bermula dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail), sahabat-sahabat, orang-orang soleh serta mereka yang benar-benar beriman kepada Allah.

bersambung…

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Selamat hariraya aidiladha « IbnRajab Online
  2. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: