Tingkatan Nafsu

Nafsu adalah makhluk Allah yang ada dalam diri manusia. Nafsu ini akan berkembang mengikut perkembangan manusia itu sendiri. Semakin membesar dan matang seseorang itu semakin besar dan bijak jugalah nafsunya. Pada kebiasaannya nafsu ini mempengaruhi dan mendorong tuannya melakukan perkara yang hanya nampak baik pada zahir sahaja. Sebaliknya, sekiranya nafsu ini dapat dididik dengan acuan penciptanya iaitu Allah taala, nescaya ia dapat mengikut tuannya pula tanpa ada daya membantah. Adapun nafsu manusia ini terbahagi kepada tiga; Nafsu Ammarah, Nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah.

Nafsu Ammarah
Iaitu nafsu yang dapat mengawal segala tingkah laku seseorang manusia (tuannya). Sekiranya A yang dikatakan oleh nafsunya nescaya dia akan melakukan perbuatan A. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh solat. Biasanya nafsu akan mengajak tuannya agar tidak melakukan solat, maka jiwa yang bernafsu Ammarah ini hanya akur sahaja kepada kehendak nafsunya tanpa disedari. Manusia seperti ini sangat-sangat memerlukan peringatan (tazkirah) agar kembali ingat kepada Allah. Suruhan dan laranganNya. Dosa dan Pahala. Syurga dan Neraka. Dan sebagainya yang terkandung dalam syariat (panduan hidup di dunia). Simpton manusia yang memiliki nafsu begini adalah tidak sedar akan saat kematian. Di dalam hatinya sentiasa ada esok.

Nafsu Lawwamah
Iaitu nafsu yang hanya dapat mengawal tingkah laku tuannya sekali sekala. Kebiasaannya setelah tuannya itu mengikut kata nafsunya, maka dia akan mengutuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa sepatutnya dia tidak mengikut kata nafsu. Sebagai contoh, kerana ingin melihat rancangan TV yang menarik maka seseorang telah menangguhkan solatnya sehinggalah habis waktu. Setelah itu, maka terdetik di dalam hati (setelah habis cerita dan waktu solat pun tamat) mengatakan betapa bodohnya diri yang sanggup meninggalkan solat kerana mengikuti filem atau rancangan tersebut. Padahal kemungkinan esok lusa pasti rancangan berkenaan akan diulang tayangannya. Manakala solat apabila sudah luput waktunya maka tidak akan datang lagi. Simpton manusia yang memiliki nafsu sebegini adalah sangat takut akan kematian. Kerana dirinya sangat mengetahui tahap persediaannya untuk menghadapi mati dan Allah swt. Lalu, sepanjang hidupnya selalu mengutuk diri sendiri yang tidak dapat mengawal nafsu.

Nafsu Mutmainnah
Iaitu nafsu yang tenang. Sentiasa akur dan taat kepada tuannya di dalam semua perkara atau pekerjaan. Tuannya pula sering merujuk panduan (syariat Islam yang Allah telah sediakan) di dalam memandu kehidupannya sehari-hari sementara menunggu saat dijemput kembali mengadap yang Maha Pencipta (dirinya dan nafsunya). Orang yang memiliki nafsu sebegini pula tidak takut untuk menghadapi mati malah sentiasa memikirkannya dan rindu untuk segera bertemu Allah sebagai kekasihnya.

Pengarang kitab Hikam mengatakan “orang yang memiliki nafsu mutamainnah ini sentiasa dalam keadaan tenang, mati dalam keadaan tenang, menghadapi alam barzakh dalam keadaan tenang dan akhirnya memasuki syurga Allah yang bersifat tenang”. Pada ketika yang lain pula mengukapkan “Barangsiapa yang tidak pernah masuk syurga Allah di dunia ini, tidak akan pula memasuki syurga Allah di akhirat!”. (Syurga di dunia maksudnya tempat (hati/nafsu) yang tenang).

Wallahu aklam.

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Feb 15, 2008 @ 16:50:03

    salam.
    kepala ana tengah pening utk fikirkan tajuk apa yg nak di beritahu kpd pelajar bagi tazkirah malam ni…lalu ana pun buka lah web anta punya.dan dapatlah idea nak cakap tentang nafsu…syukran yie sebab bagi ana idea…
    kalu perbanyakkan lagi tazkirah.senang ana nak cedok idea anta.

    Balas

  2. ibnrajab
    Feb 18, 2008 @ 10:19:53

    insyaAllah.. tp ana dah seminggu lebih x update blog.. ayah ana kena strok akhi.. kena tengah ana2 semua tak ada kat rumah.. kesian dan sedih betul.. doakan ayah ana akhi

    Balas

  3. anak tani
    Feb 18, 2008 @ 12:45:20

    SALAM.
    MOGA AYAH ANTA DISEMBUHKAN OLEH ALLAH.
    INGATLAH TIDAK AKAN ALLAH TURUNKAN BALA KEPADA SESEORANG MELAINKAN DIA SAYANG AKAN HAMBANYA.

    IbnRajab: Syukran akhi, Allah yataqabbal du’a akum..

    Balas

  4. AIDA
    Jun 10, 2008 @ 10:55:15

    salam..

    IbnRajab: WA’ALAIKUMUSSALAM.. terima kasih atas kunjungan

    Balas

  5. public-smithveg
    Okt 16, 2008 @ 02:35:06

    Ku in tak dak duiu nak bayar zakat!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: