Tahun Baru 2008

Alhamdulillah syukur kerana masih panjang umur dalam keadaan yang sihat walafiat dan kehidupan yang penuh berkat. Semoga baki usia yang mendatang ini akan lebih memanfaatkan kita dengan amalan-amalan yang baik. Tiada azam yang lebih perlu diutamakan selain ingin menjadi hamba Allah yang taat dan patuh dengan bekalan iman dan taqwa.

Sambutan tahun baru hampir tidak ada dalam ajaran Islam. Jika diselidiki sejarah Islam juga rasanya tidak muncul juga. Melainkan, seruan agar setiap muslim sentiasa menghitung dan menghisab dirinya. Kebaikan yang telah dibuat. Kejahatan yang belum ditaubat. Sambutan yang diwarisi oleh umat Islam (daripada ajaran Nabi Muhammad SAW) hanyalah dua iaitu hariraya aidil fitri dan aidil adhha.

Orang Islam apabila mengucapkan salam (Kalimah Assalamu’alaikum) bererti mendoakan keselamatan. Selama-lamanya selamat. Di dunia mahupun akhirat. Kelebihan ucapan selamat berbanding ucapan selamat pagi, tengahari, tahun baru, harijadi dan sebagainya tidak perlu dibincangkan. Memang semua sepakat bahawa kalimah salam itulah yang terlebih baik. Tidak perlu kepada sambutan tambahan sebenarnya. Ditakuti kita meraikan sesuatu lebih daripada kita meraikan pencipta sesuatu itu sendiri. Apa tidaknya sekiranya ketika meraikan kedatangan tahun baru lantas ditinggalkan syariat solat, tutup aurat, hiburan melalaikan yang melampau dan sebagainya.

Jika dikaji hakikat hariraya (yang sememangnya dituntut umat Islam agar meraikannya) pun, ia bukan bererti sambutan yang dipenuhi dengan aturcara yang melalaikan. Eid (hariraya) bermaksud kembali. Jika hariraya aidil fitri maknanya mengingati kembali keadaan fitrah kejadian manusia dan objektifnya iaitu pengabdian diri kepada Allah. Manakala Eid Adhha pula mengingati kembali bagaimana sepatutnya hamba mendekatkan diri kepada Allah. Korban bermaksud mendekatkan diri. Samada melalui pengorbanan harta, jiwa dan masa atau melalui baki ibadah yang lain (aspek syariat, muamalat atau akhlaq).

Jauhnya kefahaman umat Islam hari ini terhadap ajaran dan anjuran Islam yang sepatutnya. Kerja mengingatkan kembali mereka ini perlu dilakukan oleh setiap orang. Apa lagi kalau kita (contohnya seorang murabbi) turut menganjurkan sambutan-sambutan yang tidak disyariatkan Islam tersebut, lalu anak-anak didik atau orang di bawah kepimpinan kita mengikutinya, pekerjaan tersebut tidak dianggap salah (tidak tahu ia sebenarnya salah pun) lalu dibawa sehingga mati. Apabila murabbi tersebut meniti titian sirat, mereka akan menjolok dari bawah (dalam neraka) dengan mengatakan “Mana mungkin engkau masuk ke syurga sedangkan kami ini sesat oleh kerana kamu yang bukan sahaja tidak memberi peringatan, malah mengiyakan kekufuran kami dengan ‘diam diri’ kamu”. Ingatlah kaedah “Assukut alamatur Ridha” maksudnya, diam itu tandanya setuju.

Wallahu aklam. Fikir-fikirkan. Sesungguhnya kerja (dakwah) itu lebih banyak daripada masa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: