Ujian Penempatan Bahasa Arab

Assalamu’alaikum wbt..

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana Inayah dan QudrahNya dapat sama-sama kita berada (semula) di alama pembelajaran. Menyahut seruan agama, pembelajaran sepanjang hayat. Kini sudah masuk minggu kedua ana bergelar siswazah Fakulti Pengajian Islam (FPI) di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Sebagaimana yang dijangkakan, banyak kemudahan yang disediakan kepada para pelajar termasuklah kemudahan capaian ke Internet (WiFi).

Teringatkan ujian penempatan bahasa Arab yang ana ceritakan sebelum ini, rupa-rupanya memang sebagaimana yang dijangkakan. Soalan yang berkualiti dan menepati tahap atau peringkat pengajian yang sedang diduduki ini. Rupa-rupanya cakap-cakap rakan sebelum ini yang mengatakan ianya mudah bagi mereka yang berlatar belakangkan pendidikan di Negara Arab tidak berapa tepat. Apa yang berlaku, rata-rata siswazah keluaran timur tengah tersebut mengadu bahawa soalannya agak mencabar.

Jumlah soalan sebanyak 120 perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Jika soalan PTK pun (berjumlah 40 soalan) diperuntukan masa selama 1 jam. Maknanya, perlu 3 jam juga untuk menjawab 120 soalan. Soalan tersebut terbahagi kepada 4 bahagian; Pertama tentang sorf (50 soalan), Kedua tentang nahu (25 soalan), ketiga tentang ikrab (25 soalan) dan terakhir mencari kesalahan dalam ayat (20 soalan).

Soalan bahagian pertama (sorf) mencakupi tasrif afal dan mustaqqat. Contohnya dibawakan ayat (kebanyakannya petikan daripada teks majalah, akhbar, berita dan lain-lain berkaitan isu semasa), kemudian digariskan salah satu perkataannya (contoh isim fa’il) lalu soalan meminta kita menganalisis apakah fe’el madhi atau masdar atau ism maf’ul dan sebagainya. Kalau tak rajin baca surat khabar atau majalah arab, maka perkataan-perkataan yang bergaris itu kadang-kadang terlalu asing. (banyak perkataan hadith -baru- yang digunakan).

Bahagian-bahagian lain pula macam tu juga, biasanya diambil daripada petikan-petikan isu semasa  melalui akhbar dan berita arab. Contohnya seperti isu sukan di korat, olimpik, isu politik dan pelbagai isu terkini.

Setakat itulah dulu sekadar perkongsian. Bagi sesiapa yang ada cita-cita menyambung pengajian siswazahnya di UKM, fakulti FPI pula, maka semestinya bersedia menghadapi ujian bahasa Arab seperti ini. Jika lulus 70% tak perlu ambil kursus pengukuhan.

Sekian, selamat membuat persedian. (dan ana, berdebar-debar tunggu result.. hehehe..)

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Jan 08, 2008 @ 08:26:17

    salam.
    moga anta berjaya.kalu ana ambik exam tu confirm gagal…mesti kena study dululah

    Balas

  2. ibnrajab
    Jan 08, 2008 @ 16:06:11

    walaikum salam..

    anta baca n langgan majalah “Ahlan”.. insyaAllah selamat..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: