Anak saudara baru

Alhamdulillah. Tahniah kepada pasangan keluarga adik ana yang baru mendapat cahaya mata pertama mereka pada hari Isnin 06.01.2008. Semoga dengan kelahiran ‘orang baru’ yang dinantikan dengan penuh debaran itu, akan mengeratkan dan menyemarakkan lagi kasih sayang antara mereka.

Semalam, mak ana pun terbang pergi ke Kuching untuk melihat dan menjaga cucu barunya itu. Dengan tidak tahu membaca dan menulis, namun digagahinya juga tulang empat kerat bercagarkan kesihatan dan keupayaan bertanya. Ana pula ada kuliah. Namun takdir Allah mempermudahkan segalanya dan kuliah berakhir selepas 50 minit ia bermula dengan alasan pensyarah berkenaan terlibat dengan satu sesi Viva. Dapatlah ana (bertemankan seorang sahabat yang sangat prihatin) pergi menyambut mak yang datang keseorangan itu.

Ketibaan ana lewat 20 minit daripada masa kapal terbang AirAsia dari Kota Bharu itu mendarat. Kerisauan di dalam hati memang tidak dapat dinafikan. Hampir 10 minit ana berlegar-legar mencari kelibat mak. Puas ana menelifon adik di kampung bertanyakan itu ini sehingga warna baju yang mak pakai. Akhirnya jumpa juga. Syukur kerana mak tidak sesat.

Kini alhamdulillah, mak pun telah selamat sampai di Kuching. Thummal hamdulillah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: