Adik ana dapat jQAF IPIS

Alhamdulillah, akhirnya permintaan kami sekeluarga termakbul. Syukur sangat kerana adik bongsu ana tak kena posting ke Sarawak. Bukan tak suka tapi almaklumlah, jika ter’posting’ ke Negeri Bumi Kenyalang sana pasti ke tempat2 yang paling dalam di pendalaman. Tapi, kalau ditakdirkan rezeki kita dekat situ, mana-mana pun akan disahut juga cabaran. Cuma hasrat keluarga (bermula dari mak, ayah dan ana sendiri) memang tidak berhasrat adik di’posting’kan lagi ke sana.

Cukuplah ana dan seorang adik lagi mencurahkan khidmat di Negeri orang tersebut. Adik ana kahwin lagi dengan orang Kuching, Sarawak. Itu tandanya bukan menjadi tradisi keluarga kami anti Sarawak. Ana cuma empat beradik. Memang lah kakak yang sulong (kerja di Kota Bharu) ada untuk menjengukan mak ayah di kampung. Tapi ana rasa hati kedua orang tua ana tambah gembira sekiranya anaknya yang terakhir ini berkhidmat setanah dengannya. Walaupun keduanya sangat terbuka sekiranya anak-anak kena posting kat mana-mana pun.

Isnin ini 14.01.2008 adik akan lapor diri di Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam Bangi (MPI). Selepas dua minggu, adik akan melapor diri di SK PPR Subang (tak tahu lagi di mana letaknya) dalam Negeri Selangor. Jika ada kemudahan, hujung minggu ni ana nak pergi tengok tempat tu. Tempat nak letak adik. Sekurang-kurangnya kena bagi info yang baik untuk orang tua. Hati yang senang akan bertambah senang lagi.

Dulu, masa ana di MPI adik di UKM (yang kini di Kuching), kemudian kini ana di UKM adik (bongsu) pula di IPIS. Kira ok lah. Syukur alhamdulillah thummal hamdulillah…

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abdullah ipr
    Jan 13, 2008 @ 17:47:51

    assalamualaikum,ustaz apo kbo,ana harap semua sihar adanya.kesempatan ini juga ana nak ucap tahniah la kepada adik ustaz.ana juga ingin ucap selamat menyambung pelajaran di ukm, utk pengetahua uztaz tempat ana belajar jgk dulu…sya rasa buat pertama kali msuk laman ustaz ini,byk benda yang dptt diongsi…jumpa lagi uztaz..wassalam

    Balas

  2. ibnrajab
    Jan 13, 2008 @ 19:12:20

    Walaikumussalam Abdullah..

    Terima kasih.. semoga perkara-perkara yang ana sempat tulis di dalam web ini dapat dimanfaatkan.. namun sekiranya ada yang tak kena, mohon sangat2 betulkan ana dalam kadar yang segera. Krim salam pada kawan2..

    Wassalam…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: