Lelaki: Gelang untuk tujuan perubatan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebenarnya perkara ini telah lama dibincangkan oleh banyak pihak. Bermula daripada golongan ahli akademik, ulama sehinggalah budak-budak sekolah. Persoalan ini pula selalu bermain di fikiran ana. Maka hari ini ana akan mencuba untuk menulis tentang tajuk ataupun isu tersebut. Pada ana, ia bukanlah suatu fatwa, atau hukuman atau apa sahaja yang sama erti dengannya. Cuma sekadar suatu pandangan hasil pengamatan daripada ilmu yang sedikit berbanding dengan para ilmuan yang lain.

Pada ana, gelang adalah suatu pakaian yang direka khas untuk kaum wanita. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang dianggap sebagai mengenakan pakaian (khusus) yang menyerupai kaum wanita dan ini adalah dilarang dalam syariat Islam. Begitu juga sebaliknya jika wanita memakai pakaian khusus untuk kaum lelaki. Sekiranya untuk tujuan perubatan (dharurat) maka ia menjadi titik perselisihan ulama. Cuma kita sedia maklum bahawa orang-orang yang warak akan keluar daripada segala isu yang melibatkan (khilaf) perselisihan tersebut.

Ana tidak menyokong langsung lelaki memakai gelang walaupun untuk tujuan perubatan. Rasionalnya adalah seperti berikut:

1. Ubat dan maslahah ada kadar
Apa sahaja yang dikatakan ubat, yang diamalkan oleh pengamal perubatan, ia mesti digunakan mengikut kadarnya yang tertentu. Allah juga telah menegaskan tentang sesuatu itu ada kadarnya melalui firmannya dalam ayat yang dikenali sebagai ayat seribu dinar. Contohnya ubat panadol diambil mengikut kadar tertentu. Orang dewasa perlu dua biji diambil tiga kali sehari. Mana boleh diambil 20 hingga 30 biji sekali? Ataupun diambil setiap setengah jam dan secara berterusan? Sekiranya penyakit telah sembuh tidak perlu ambil lagi. Ana ambil panadol cuma satu biji sahaja. Setakat ini sakit kepala hilang tanpa perlu mengambil biji yang kedua.

Ana juga ada pengalaman berkenaan dengan madu lebah. Ana terpengaruh dengan suatu produk MLM yang menggesa minum madu sebanyak 2 hingga 3 sudu setiap pagi dan petang. Akhirnya ana kena ulser perut. Apabila ana merujuk pakar kesihatan Islam yang sebenar, beliau mengatakan madu memang ubat yang disebut dalam al-Quran. Tetapi ia masih ada cara yang tepat untuk mengambilnya kerana setiap perkara itu Allah sudah tetapkan kadarnya. Ubat macamanapun sekiranya diambil secara tidak tepat kadarnya, ia akan menjadi mudharat atau racun. Yang sebenarnya, madu dalam perubatan Islam perlu diambil 2 hingga 3 titik sahaja.

Jadi, jika gelang untuk tujuan perubatan itu dipakai sehari-hari, sepanjang minggu, bulan dan tahun, apakah ia sebenarnya ubat?

Begitu juga sekiranya anda berpendapat memakai gelang kerana ingin mencegah penyakit sebenarnya. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Maknanya, memakai gelang merupakan maslahah kepada manusia iaitu bagi melancarkan perjalanan darah seterusnya mengelak daripada terkena penyakit.

Pun begitu, kaedah fiqhiyah ada menyebut bahawa “maslahah tuqaddar biqadariha”. Iaitu walaupun penggunaannya dianggap maslahah, tetapi syariat masih menetapkan kadarnya. Kadar bagi setiap maslahah itu. Sekiranya gelang tadi dipakai sepanjang-panjang hari, minggu, bulan bahkan tahun, mana lagi kadarnya?

Tahukah anda bahawa maslahah dalam ilmu usul fiqh juga hampir-hampir tidak diterima oleh ramai ulama untuk dijadikan dalil bagi menentukan sesuatu hukum syarie. Oleh itu, sekiranya kita rujuk kepada kitab-kitab karangan ulama silam, (sila rujuk matan alwaraqat) tidak ada langsung bab yang membincangkan tentang maslahah ini. Namun sekiranya kita merujuk kepada kitab-kitab tulisan ulama kini, nescaya ada perbincangan di dalamnya.

2. Kenapa khusus di pergelangan tangan?
Kalau ia ubat, masakan tidak boleh dipakai di kaki? Lengan? Paha? dan tempat-tempat lain pada badan yang akan menghilangkan terus kemungkinan ia menjadi fitnah iaitu menyerupai pakaian kaum wanita. Sekiranya diamati, pergelangan tangan ini bukan merupakan pusat bagi perubatan di sistem badan, tetapi perut. Bukankah apabila sakit perut kita makan ubat yang masuk ke dalam perut, sakit kepala, sakit sendi dan sebagainya. Maksudnya, pergelangan tangan bukanlah pusat perubatan dalam sistem badan manusia.

Begitu juga, adakah sesuatu ubat akan berkesan sekiranya dipakaikan di satu sahaja pergelangan tangan? Sebelah satu lagi tidak pula. Sekiranya orang putus tangan, maka tidak boleh lagi berubat dengan kaedah ini? Apa pula?

Kalaupun perlu sangat dipakai di pergelangan tangan, kenapa tidak dijadikan tali jam? Tidakkah pemakaian jam tersebut sudah tidak mendatangkan apa-apa fitnah lagi kerana kepentingan manusia terhadap masa? Tetapi tidak pula syarikat-syarikat yang mengeluarkan gelang perubatan ini melakukannya sebagai tali jam alternatif yang bersifat perubatan.

3. Agenda tersembunyi musuh Islam.
Mungkin ini juga termasuk dalam agenda tersembunyi musuh Islam yang sengaja ingin menjauhkan umat Islam daripada ajarannya. Ia seperti Fun, Fesyen, Food dan sebagainya. Sekiranya ada dikalangan umat Islam yang memakai gelang ini, ia menjadi petunjuk kepada mereka bahawa umat Islam telah berada pada tahap yang terlalu jauh daripada syariat mereka sendiri. Sekiranya demikian, strategi mereka telah menjadi dan mereka akan menggerakkan strategi yang pelbagai lagi. (ana tidak bermaksud untuk menghuraikan bab ini pada masa ini)

4. Mukmin sejati
Sebagai seorang Islam yang tidak sesekali melakukan sesuatu tanpa usul periksa, maka elok sekiranya kita memilih untuk menjadi seorang yang warak. Iaitu mereka yang meninggalkan perkara-perkara syubhah dan khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan ulama.

5. Menyerupai tangkal
Ulama telah bersepakat bahawa tangkal adalah suatu unsur syrik yang nyata. Untuk lebih memahamkan masyarakat maka KPM telah memasukkan subjek ini di dalam kurikulumnya (syirik jali – rujuk sukatan pelajaran pendidikan Islam tingkatan 4, Kementerian Pelajaran Malaysia). Pemakaian tangkal juga dikatakan untuk tujuan perubatan. Ia adalah haram dan syirik kepada Allah. Tidak boleh diamalkan.

Kesimpulannya, ana berpendapat bahawa pemakain gelang bagi tujuan perubatan adalah omong-omong kosong sahaja. Ana selalu berdoa agar tidak termasuk di dalam golongan yang mengeluarkan pendapat ambil mudah kerana katanya agama itu mudah. Bagi ana, agama memang mudah tetapi jangan kita ambil mudah perkara-perkara agama. Agama mudah bagi orang yang mudah menerimanya. Tetapi amat payah bagi orang yang tidak mahu menerimanya. (mudah yang bukannya ditafsirkan oleh orang yang biasa mengatakan sesuatu itu mudah)

Kata orang, kerana cinta lautan api itu mudah direnangi. Marilah kita mencintai Allah dan syariatNya, agar kita meraskan yang berlawanan dengan nafsu kita pun sebagai mudah sahaja bagi kita mentaatinya.

Wallahu aklam. Sekadar pandangan peribadi. Wassalam…

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. mus
    Feb 08, 2008 @ 17:49:02

    saya pnh ditawarkan oleh sorg rakan (Ustaz jgk)untk menjadi ejen syarikat gelang ini tapi alhamdulillah sy batalkan hajat itu walaupn sy tahu komesial nya agak lumayan.mengikut rakan saya kwnnya sdh sampai rm20000 sebulan.sbb2 sy tidak mahu krn
    1-gelang itu pakaian wanita,sudah terbukti haram bagi lelaki
    2-sy beusaha mencari dalil2 tentang gelang ini.sy jumpa hadis fikh sunah krgn sayid sabiq jilid 3-4.
    3-mendapat jawapn yg sama ketika membaca harakahdaily

    Balas

  2. ibnrajab
    Feb 09, 2008 @ 11:36:20

    Tahniah untuk saudara.. sepatutnya begitulah.. kita menolak ganjaran dunia yang sementara walaupun banyak untuk mendapat ganjaran akhirat yang kekal selama-lamanya..

    Balas

  3. Zainuddin
    Apr 05, 2008 @ 09:26:49

    bukankah nabi s.a.w. pernah diriwayatkan minum dari semangkuk madu? dua tiga titik kah itu? Bila pula gelang itu khusus sebagai pakaian wanita? apa bukti yg sedemikian. Statistik mana? kajian sejarah budaya dan norma mana? rujuk hadis mana dan adakah demikian maksud haids tersebut menurut syarah2 ulama2 yg bertauliah dlm bidang2 tersebut? artikel harakah daily tersebut layakkah dijadikan reference hujjahnya? tepatkah terjemahan hadis tersebut?

    Balas

  4. ibnrajab
    Apr 05, 2008 @ 23:07:31

    Terima kasih saudara Zainuddin atas teguran..

    Berhubung dengan amalan Rasulullah minum madu semangkuk itu tidak lah pula saya maklumi.. InsyaAllah sy akan buat rujukan lagi.. sesungguhnya banyak sebenarnya yang saya tidak ketahui.. ada apa2 maklumat nnt saya akan kongsikan..

    Gelang itu perhiasan.. perhiasan itu utk wanita.. lelaki yg ingin menyerupai wanita sahaja berhias.. nabi pun memakai cincin kerana untuk kegunaan cap rasmi kerajaan.. jgn cakap pasal bukti, pasal kajian, sebaliknya buat kajian ttg keharusan memakai gelang itu dulu.. sekiranya anda seorang penjual gelang, pengusaha gelang, pemakai gelang, atau apa2 shj yg menyebabkan anda tidak setuju dgn pendirian dlm blog ini.. teruskanlah tp jgn pula sampai menampakkan kejahilan diri sendiri..

    Apa2 pun semoga tulisan ana yang sedikit ini meransangkan minat kita untk mendalami ilmu..

    Wallahu aklam

    Balas

  5. Trackback: Adab berhias diri « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: