Jejak kasih: Berakhirnya sebuah penantian

Setiap manusia di dunia ini dilahirkan oleh seorang ibu dan memiliki pula seorang bapa. Hanya mereka yang istimewa sahaja ditakdirkan lahir tanpa ibu atau tanpa bapa atau mungkin tanpa kedua-duanya. Lihat sahaja kepada Nabi Isa Alaihis Salam. Beribu tidak berbapa. Lihatlah Hawa (ibu manusia) mempunyai bapa (iaitu Nabi Adam) tetapi tidak beribu pula. Manakala bapa manusia Nabi Adam Alaihis Salam dilahirkan ke dunia ini tidak beribu dan tidak pula berbapa. Perihal kejadiaan manusia sebegini menandakan kekuasaan Yang Maha Pencipta iaitu Allah subhanahu wataala.

Namun kebiasaannya, manusia lahir dalam keadaan memiliki ayah dan ibu. Dan kadang-kadang kita mempunyai adik beradik seibu dan sebapa. Kadang-kadang pula ada di kalangan kita yang mempunyai ramai adik beradik sebapa tapi ibu lain-lain, atau sebaliknya adik beradik seibu tapi bapa pula berlainan. Hakikatnya dalam apa sahaja keadaan yang disebutkan tadi, kita tetap adik beradik.

Soalan 
Ada pelajar bertanyakan ana, apa pula kisahnya adik beradik tiri? Jawapannya mudah sahaja. Adik beradik tiri ialah mereka yang tidak ada pertalian darah secara langsung dengan kita. Sekiranya ada pertalian darah samada daripada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, maka ia adalah adik beradik kita yang sebenar. Bukan adik beradik tiri.

Adapun adik beradik tiri ialah, sekiranya bapa kita berkahwin dengan janda beranak tiga (anaknya dengan suami lain) maka mereka itulah adik beradik tiri kita. Kerana ibu mereka bukannya ibu kita (tapi ibu tiri kita yang baru berkahwin dengan ayah kita) dan bapa mereka bukannya ayah kita (kerana ayah baru sahaja mengahwini ibu tiri tadi yang sudah pun memiliki anak daripada suaminya yang terdahulu). Tapi setelah si ibu tiri tadi berkahwin dengan ayah kita, lalu direzeki dengan dua orang anak lagi, itu adalah adik beradik kita (sebapa) kerana ayah adik kita itu sama dengan ayah kita. Berdarah bapa yang sama.

Begitu jugalah ceritanya sekiranya ibu kita berkahwin lain. Anak bapa tiri kita dengan isterinya yang lain itu adik beradik tiri kita manakala anaknya bersama ibu kita itu merupakan adik beradik kita (seibu) kerana ibu kita adalah ibu adik kita.

Salasilah Keluarga 
Dalam keluarga ana, sebelum ayah ana berkahwin dengan mak ana, dia telah berkahwin terlebih dahulu dengan dua orang perempuan. Katanya, kedua-duanya adalah janda. Hanya ibu ana yang ini sahajalah isterinya yang masih dara. Takdirnya daripada isteri pertama tidak dikurniakan cahaya mata. Manakala bersama isteri kedua walaupun hanya setahun tapi dikurniakan seorang anak perempuan. Alhamdulillah, setelah berkahwin dengan ibu ana, dia dikurniakan lagi dengan empat orang termasuklah diri ana.

Jadilah ana hidup di atas dunia hari ini bersama dengan ibu bapa dan lima orang adik beradik. Alhamdulillah semuanya masih ada. Ana sangat-sangat menghargai nikmat tersebut. Ana juga merasakan kebahagiaan yang tidak berkesudahan. Syukur sangat pada tuhan. Walaupun dalam keluarga yang kecil tapi menikmati kebahagiaan yang luas. Anugerah tuhan jua.

Cuma sejak kebelakangan ini, kakak ana sebelah ayah sudah lima tahun tidak menjenguk kami. Ana sangat terasa kerinduan seorang adik. Melalui kakak ini ana ada lima orang anak saudara. Entah apa khabar mereka kata hati ana sejak setahun dua ini. Ana pula selalu sahaja sibuk apabila balik ke Semenanjung Malaysia untuk pergi mencari tempat tinggal kakak yang baru (telah berpindah).

Hari ini, terciptalah sebuah sejarah apabila ana mengajak ayah pergi mencari kakak. Kami memulakan perjalanan mencari di kampung asal isteri kedua ayah. Setalah tiba, ramailah saudara mara sebelah ibu tiri ana melahirkan rasa rindu kerana lama tidak bertemu ayah. Keikhlasan tali persaudaraan walaupun untuk tempoh tidak sampai dua tahun itu jelas tergambar disetiap wajah yang datang berjumpa ayah.

Namun kepuasan hati ana tidak tercapai juga kerana kata mereka kakak telah berpindah ke Kuala Lumpur sejak lima tahun kebelakangan. Kata hati ana “patutlah lama tidak menjenguk”. Macam ana juga apabila berada jauh di Sarawak, kalau pun balik cuti hujung tahun, tidak sempat ke mana-mana tempoh cuti sudahpun tamat. Perkara yang sama jugalah berulang dari tahun ke tahun.

Akhirnya, cuma no telifon bimbit anak saudara ana sahaja yang dapat dihubungi. Syukur sangat ana kerana akhirnya dapat juga bercakap dan mendegar suara kakak yang telah hilang bertahun-tahun. Rupanya mereka semua kini menetap secara kekal di Setapak, Kuala Lumpur. Anak sedara ana yang ketiga telah pun berumah tangga dan kini ana sudah bergelar datuk sedara. Rupa-rupanya. Mungkin itu jugalah antara sebab mengapa ana terasa rindu sangat kepada mereka (anak-anak saudara sebelah kakak sama ayah).

Alangkah terharunya hati apabila satu sms daripada salah seorang anak saudara ana berbunyi “ingatkan ayah haji sudah lupakan kami”. Sesungguhnya tidak pernah terdetik perkataan lupa itu. Tidak sama sekali cuma waktu sahaja yang sangat cemburu sehingga perjumpaan dan kesatuan kita selama lima tahun sehingga hari ini masih tertangguh. InsyaAllah, sekiranya ada keizinan daripada Allah, ayah haji akan pergi mencari anak-anak di Setapak sana. Dalam jarak waktu yang terdekat. InsyaAllah..

Alhamdulillah thummal hamdulillah.. ala kulli hal..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: