Syukur lepas ujian penempatan bahasa Arab

Alhamdulillah suasana pagi hari ini bermula dengan keadaan yang sangat membahagiakan. Segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan. Semoga baki hari ini dan hari-hari kita yang mendatang sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah swt hendaknya. Segala yang baik itu hakikatnya rezeki Allah kepada kita dan yang nampak tidak baik sebenarnya datang kerana kelalaian dan kesalahan kita di dalam menjalani kehidupan yang penuh dugaan ini. Semoga dengan adanya kesusahan (yang sedikit) itu boleh menginsafkan dan mengembalikan kita kepada jalan yang lurus dengan taubat kepada Allah dan penyesalan yang sebenar.

Hari ini ana melihat keputusan ujian penempatan bahasa Arab yang diwajibkan ke atas kami selaku pelajar baru Fakulti Pengajian Islam di UKM ini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana ana telah lulus dan tidak perlu menduduki sebarang kursus bahasa (kertas satu atau dua). Tak sangka juga boleh lulus kerana ana tak yakin je dengan jawapan-jawapan yang dipilih. Tetapi oleh kerana markah lulusnya 84 daripada 120 soalan, mungkin ana termasuk dalam golongan yang bernasib baik. Mungkin betul 85 atau 86 soalan sahaja kot. Apa-apa pun syukur.

Kepada rakan-rakan calon pengajian siswazah fakulti FPI UKM. Ana menyeru semoga antum semua bersiap sedialah sekiranya ingin mengambil MA atau PhD di sini dengan selalu membaca teks-teks bahasa Arab. Terutama kalau boleh sila dapatkan (atau langgan terus) majalah ‘AHLAN’ yang diterbitkan di Negara kita. Ia boleh didapati di FPI ini juga dan mungkin kedai-kedai di beberapa universiti di KL ni.

 Bagi ana, soalan-soalan yang ditanya dalam ujian baru ini menggunakan bahasa Arab kontemporari (bahasa wartawan). Hampir tidak ada langsung penggunaan bahasa Arab yang dipetik daripada Al-Quran atau Hadith yang merupakan rujukan utama kefasihan bahasa Arab itu sendiri. Rujukan syair dan nathar pun tidak ada. Tapi apakan daya kita sebagai seorang calon melainkan mencuba sedaya upaya menjawab apa yang ditanya bukan berdasarkan ilmu dan pengetahuan peribadi kita.

Cuma perasaan terkilan memang tidak dapat dinafikan kerana ana memang bersedia dengan rujukan buku-buku utama bahasa Arab. Tengok soalan keluar menggunakan bahasa baru yang sangat kontemporari dengan isu-isu yang (pada ana) lebih menarik perhatian orang surat khabat untuk melariskan jualan surat khabar mereka daripada bahasa Arab yang sebenarnya membuktikan bahawa bahasa Arab adalah bahasa pilihan Allah.

Wallahu aklam..

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. norazmah
    Sep 09, 2011 @ 10:39:46

    Assalamualaikum…terima kasih atas info di atas
    Nak tanya soalan ujian BA ni soalan bertulis atau bagaimana..ada soalan nahu tak

    Terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: