Tips membeli komputer

Hari ini kita akan membicarakan tentang beberapa perkara berkaitan dengan membeli komputer. Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum bahawa komputer hari ini merupakan suatu keperluan kerja bukan suatu perkara yang diaggap perhiasan sahaja. Jika kerjaya kita sebagai seorang guru sudah pasti kita perlu memiliki sekurang-kurangnya satu set komputer riba bagi memudahkan kerja seharian. Masakan tidak, kerana kemungkinan pengetahuan aplikasi komputer anak didik kita hari ini berada jauh di hadapan sekiranya kita tetap statik berada di takuk lama iaitu masih tidak tahu menggunakan alat bantu komputer dan multimedia.

Begitu juga halnya sekiranya kita adalah pelajar. Dunia hari ini menghendaki dan memaksa kita menggunakan komputer samada kita suka, pandai, mahir ataupun sebaliknya. Masakan tidak kerana kita terbaca di dada-dada akhbar ada pelajar yang mengupah pihak lain melakukan kajian atau sebesar tesis dan disertasi bagi pihak dirinya. Perkara sedemikian sekiranya berlaku merupakan suatu jenayah yang maha besar fitnahnya di alam ilmiah.

Memiliki sebuah komputer peribadi
Hari ini kalau orang beli PC (personal computer) yang berbentuk desktop (komputer yang dilengkapi dengan sebuah CPU, Moniter, Keyboard dan lain-lain kelengkapan secara berasingan) hanya untuk anak-anak main game saja. Manakala jika penggunaan komputer untuk tujuan kerja biasanya orang akan beli sebuah laptop (komputer riba, notebook atau komputer bimbit).

Sekiranya kita pergi mendapatkan harga (servey atau usha) komputer di kedai-kedai nescaya kita dapati harganya nampak macam sama sahaja seperti lima tahun dahulu. Iaitu antara RM2000 sehingga RM10,000. Biasanya harga murah sedikit itu untuk kita dan yang berharga mahal-mahal itu untuk orang lain. Ataupun mungkin sebaliknya anda hanya selesa sekiranya boleh memiliki barang yang paling mahal berbanding raka-rakan yang lain. Maksudnya tetap sama, ada yang berharga rendah dan tinggi.

Ketika ana membeli laptop ini dahulu (2005) harganya RM2500. Semalam ana belikan untuk adik sebuah laptop pun dengan harga RM2488. Semestinya dicari yang paling murah samada untuk ana sendiri (2005) atau untuk adik (2008). Harga, Saiz (13.3), warna dan jenama yang sama cuma bezanya ciri-ciri dalaman. Kalau laptop ana menggunakan processor Pentium M, kini adik memiliki processor Core Duo. RAM ana 512k dan RAM dia 1G. Ada lagi iaitu HDD ana 40G dan dia 120G. Apa lagi? Ana rasa itu sahaja! Tapi harga tetap sama atau sama sahaja.

Adakah anda terfikir kenapa tiada harga yang rendah untuk laptop walaupun membeli dalam perbezaan masa tiga tahun? Maksudnya kenapa sudah tidak ada laptop yang memiliki processor seperti ana iaitu Pentium M? HDD kenapa perlu jual yang memiliki keupayaan storage 100G ke atas sahaja? Jika anda cari seluruh kedai (sebagai contoh Lom Yat) pasti tidak ada yang jual laptop dengan keupayaan HDDnya hanya 20 atau 40G.

Sekiranya anda tanya pada jurujual mereka pasti kata anda ketinggalan zaman. Sudah semestinya anda dianggap begitu dan anda juga tidak sukainya. Sekiranya jawapan berbentuk akademik sedikit mereka berkata “mana boleh sebab software sekarang tidak mampu ditanggung oleh processor atau RAM atau storage yang lama”. Kalau anda tanya lagi bentuk software yang dimaksudkan nescaya pada permulaan anda akan menerima “Game”. Microsoft pun membangunkan software mereka ikut zaman juga. Word sekarang atau lebih tepat Windows Vista nak install ke laptop dengan processor Pentium I mana boleh jalan.

Anda pun berhenti berfikir dan bertanya (tetapi ana belum) dan anda membuat keputusan untuk membeli laptop yang tercanggih sehingga tidak akan ada lagi ahli bumi yang boleh menandingi laptop kepunyaan anda. Seeloknya anda tidak ikut nafsu jurujual ataupun nafsu sendiri secara begitu-begitu sahaja. Yang rugi adalah diri kita sendiri. Sebagai contoh ana bawakan bagaimana kisah laptop RM2999 boleh ana beli dengan harga RM2488. Semalam. Lokasi Low Yat KL. Sememangnya menjadi prinsip ana membeli laptop yang kurang terkini satu generasi. Kalau tekini pada 2005 adalah Pentium Centrino ana beli Pentium M. Kini 2008 terkininya adalah Intel Core 2 Duo ana belikan Intel Core Duo sahaja.

Jurujual : Yang ini (tak update lah) Core Dou, product tahun lepas RM2999, boleh?
Ana : ‘Spec’nya?

Jurujual: Saya boleh bagi sama, cuma RAM512 (terkini 1-2G)
Ana: Yang ini Windows Vista, boleh jalan ke?

Jurujual: Memang problem sket.
Ana: Saya biasa install sendiri je program. Biasa pakai Windows Professional je. Kalau tolak (yang ber’register’ ini) harga?

Jurujual: Angkat yang kosong pastu install sendiri boleh la kurang 200-250. Tapi sendiri mau ingat la. (maksudnya kalau kena cekup oleh geng ‘hakcipta terpelihara’ software).
Ana: Takan tolak 250 je kot. (ana dah dapat dalam harga RM2750)

Jurujual: -call sana call sini- Okay lah senang cerita. Saya ada last stok PC Fair bulan lepas (desember), semua sama maca saya kata tadi, Core Duo processor, RAM512, HDD 120G dan yang lain-lain tu sama (device seperti bluetooth, LAN, WiFi dll), kami jual masa tu RM2688, kalau U nak, dengan install sendiri I bagi RM2488.
Ana: Okay juga (ana dah dapat harga yang sepatutnya dalam sekitar 2500 iaitu RM2488. (dalam masa sebulan RM2688-2488 ana boleh jimat RM200 lagi. Siapa nak bagi?)

Jurujual: Sambil memberi stok tadi dan menyuruh ana semak item-item yang sepatutnya ada dalam kotak.
Ana: Sambil tengok-tengok ni kamu install je “Ghost” (maksudnya install windows dengan segala macam isi kandungannya dalam masa 10minit. Dengan cara copy dari HDD ke HDD)

Jurujual: Kalau mahu ok.
Ana: Kedai you ni memang tak bagi hadiah macam kedai lain ek bila beli komputer baru.

Kawan Jurujual: Ya la ngko bagi la ustaz tu apa-apa senang sket hati dia!
Jurujual: Ok saya kasi mouse optical dengan pendrive 1G.
Ana: Saya dah ada la semua tu. Lagipun laptop dah ada mouse. (terpandang beg sandang laptop kat rak jualan nampak cantik dan memudahkan ana bawa laptop ke mana, so tak perlu bimbit). You bagi saya bag tu baru ok. BUat apa bagi benda yang orang dah ada kan?

Jurujual: OK.
Ana: Saya bayar pakai kad kredit dengan easy payment boleh?

Jurujual: Sekali swipe boleh lah.
Ana: Mana boleh kan sekarang ni orang guna macam tu kat mana-mana je. Kedai nampak macam besar takan tak boleh. Rugi la saya kena bayar sekali gus. You kuranglah RM50 lagi ya? Saya nak kena bayar interest bank lagi bulan-bulan (padahal ana tak pernah lagi setakat ini tak bayar bil kad kredit secara penuh, so tak kena interest, tapi kebiasaan orang memang suka bayar interest bank).

Jurujual: Macam ni je lah. Harga kekal RM2488, nanti tauke marah wo. I bagi RAM 1G.
Ana: Ok gak. Baru adil. Eh, skrin mudah kotor la, you bagi la pencuci skren satu. (dengan mudah diberikannya).

Begitulah ceritanya. Harga laptop Rm2999 diperolehi dengan RM2488. RAM tetap 1G. Kerana tidak mahu terpedaya dengan ‘terkini’ dan tidak tertipu dengan ‘registered’ software.

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. anizyn
    Jan 25, 2008 @ 14:18:21

    wah..bagusnya tawar menawar dengan jurujual. saya jenis lurus bendul kalau beli peralatan komputer. nak mintak hadiah free pun tak pernah. apa yg saya beli, itulah yang saya dapat..huhuhu

    Balas

  2. ibnrajab
    Jan 25, 2008 @ 17:40:48

    Sebenarnya tak pandai juga tawar menawar ni.. cuma saje je.. anyway, jarang penjual komputer yang suka sangat layan customer pun.. tapi kalau cabar minda dia sket dan dia rasa tercabar mesti dia layan dan boleh bagi murah juga

    cuba lah..

    Balas

  3. mila_mill
    Jan 02, 2009 @ 12:24:07

    Salam,

    ana ada niat nak beli laptop ni..semalam pi survey kat kedai PC.. tp duk terkedu sbb tak tau nak tanya apa pasal spec laptop yg terkini.. nak bezakan centrino dgn intel core duo puntak tau..last2 duk pertikai saiz skrin and ketahanan laptop tu utk run game.. cepat panas ke tak..haha..wat malu betul..

    bleh tak bagi tips yg lebih detail..pasal beli laptop ni.. ana tengok ada gak ACEr baru yg jual harga RM2299.. tp kat tempat lain dia jual 2499..
    macam mana nak beza laptop yg ori dgn tak ori.. TQ

    IbnRajab: ana cad jgn beli acer. kalau laptop berjenama tu sure sema ori insyaAllah. 🙂

    Balas

  4. mila_mill
    Jan 05, 2009 @ 09:39:45

    alhamdulillah..da beli da.. jenama D..ok la..
    harga..2199 (kosong)..intel core 2 duo..
    nway..syukran atas panduan2 anta..
    pegi low yat sabtu baru ni..da steady sikit masa bercakap ttg laptop..nak minta pendapat pun tak malu coz kita faham jorgan2 yg dia guna.. hehe.. study dlu sebelum membeli.. 🙂

    IbnRajab: tahniah, komp Dell antara yg bagus tuh. mmg le kena servey, study dulu sblm membeli. “Pengguna bijak, faedahnya banyak” KDNHEP. 🙂

    Balas

  5. zul
    Apr 29, 2009 @ 23:03:17

    salam

    saya adlah lpasan spm. jd adkah pelu bgi saya utk membeli laptop ???
    dan saya lebih terdorong untk gunakan latop tuk main game…
    bleh x tolg sya dlam masalah nie?
    jika saya ptut mempunyai latop, bleh ibnurajab bantu saya beritahu secara jelas apakah ciri-ciri yang pelu ad pada sesebuah laptop.. dan cara tawarmenawar… kalau boleh..

    IbnRajab: guna laptop utk main game ana rasa tak berbaloi. tmbh2 kalau x tambah aksesori mean guna keyboard je. ia mudah rosak. kalau ciri2 yg latest tu ia sentiasa berubah2. carilah yg sesuai ikut keperluan sahaja. kalau sekadar utk buat assgmt cukup kalau beli yg sederhana canggih. asal ada perisian office spt word, p.point dsb. wallahu aklam

    Balas

  6. zaa
    Feb 23, 2010 @ 17:24:59

    salam..

    minta kebenaran untuk ana copy artikel tuan sebagai guideline sendiri

    IR: w’salam. artikel ini dah lama. x tau valid lagi ke tidak

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: