Gaji cuti belajar

Assalamu’alaikum wrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,,

 Sebagai penjawat awam yang menerima Biasiswa Hadiah Latihan Perseketuan HLP bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau Phd mereka akan menerima gaji bulanan dan ditambah pula dengan elaun-elaun khas biasiswa. Sebagai kakitangan sesebuah organisasi awam, pihak jabatan di mana pegawai ditempatkan sebelum mendapat cuti belajar akan diamanahkan membayar segala gaji serta emolomen secara berterusan sehinggalah pegawai berkenaan berpindah tempat bertugas. Manakala sebagai kakitangan awam yang mendapat biasiswa kerajaan pula, pihak Bahagian Biasiswa pula diamanahkan membayar segala bentuk elaun yang berkaitan dengan kelulusan cuti belajar sebagaimana yang termaktub dalam arahan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Parktikal
Sebagai contoh yang praktikal, ana bawakan perihal gaji yang ana terima bermula 27/12/2007 setelah ana melapor diri di UKM sebagai pelajar pengajian siswazah tajaan KPM. (Ini hanya sebagai perkongsian pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai hujah bagi menyokong atau meminda apa-apa tuntutan yang melibatkan keadaan peribadi dan kepentingan mana-mana pihak. Kecuali mendapat keizinan daripada penulis agar kes beliau dijadikan rujukan atau hujah bagi maksud-maksud tertentu).

Gaji ana (dibayar oleh tempat ana bertugas sebelum ana bercuti belajar atau daripada sudut kewangan kerajaan dikenali sebagai Pusat Tanggungjawab PTJ)

Bulan Disember 2007
1. Gaji pokok – 100%
2. Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) – 100%
3. Elaun Wilayah (bagi pegawai yang bertugas di luar wilayah asal) – 26/31 (dibayar 26 hari sahaja daripada keseluruhan hari dalam bulan Disember berjumlah 31 hari kerana pada 27/12/2007 ana dianggap sebagai pegawai bercuti yang tidak melayakkan dapat elaun wilayah)
4. Elaun Perumahan Wilayah – 26/31 (penerangan seperti di atas)
5. Imbuhan tetap perumahan (ITP) – 5/31 (dibayar sebanyak 5 hari dikira bermula 27/12/2007 kerana sebagai pegawai cuti belajar ana layak dibayar ITP dan COLA)
6. COLA – 5/31 (penerangan seperti di atas)

Bulan Januari 2008
1. Gaji pokok 100%
2. ITKA 100%
3. ITP 100%
4. Cola 100%
(Itulah perkara-perkaran yang dikatakan emolumen yang layak dibayar kepada pegawai KPM yang mendapat cuti belajar bergaji penuh dan dibayar oleh PTJ yang asal)

Manakala elaun-elaun lain yang berkaitan cuti belajar seperti elaun sara hidup, elaun bantuan sewa rumah, elaun isteri dan anak-anak dan pelbagai elaun lagi yang telah ana jelaskan dalam tulisan yang lepas akan dibayar oleh pihak Bahagian Biasiswa KPM sekali dalam masa tiga bulan sehingga tamat cuti belajar.

Sekian, semoga bermanfaat.. bersama menyahut cabaran pembelajaran sepanjang hayat!.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. ruzieha
    Feb 20, 2008 @ 22:03:50

    akum saya memang sangat berminat untuk menyambung pengajian dalam master, namun setakat ini saya sudah berada dalam sem 2 pengajian master jarak jauh.. ada boleh saya menyambung pengajian ke peringkat sepenuh masa dalam bidang yang telah saya pelajari sekarang?,,saya mengambil sarjana psikologi pendidikan di UTM, skudai.. bagaimana cara untuk saya memohon kursus cuti belajar sepenuh masa dan bergaji penuh serta elaun seperti yang dinyatakan di atas..tolonglah..perlukan maklumat dan bantuan..wasalam.

    Balas

  2. ibnrajab
    Feb 21, 2008 @ 11:18:48

    WALAIKUM SALAM..

    MMG BOLEH DAPAT BIASISWA UNTUK BAKI PENGAJIAN SAUDARA/I. CUMA TEMPOH APPLY UNTUK TAHUN INI TELAH BERAKHIR IAITU 16 JANUARI LEPAS. UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR UNTUK PPS BERGAJI PENUH SILA LAYARI LAMAN WEB KPM.

    KEBIASAANNYA IKLAN PERMOHONAN (KPM) AKAN KELUAR PADA AWAL DISEMBER SETIAP TAHUN DI LAMAN BERKENAAN. HANYA PERMOHONAN SECARA ONLINE SAHAJA.

    SEKIRANYA BERJAYA, SAUDARA/I AKAN DIPANGGIL UNTUK DITEMUDUGA.

    SELAMAT MENCUBA..

    Balas

  3. siti yumni
    Sep 11, 2009 @ 10:50:20

    Assalamualaikum…

    Terimakasih di atas perkongsian pengalaman anda. Amat berguna untuk saya dan masyarakat yang mencari peluang untuk menimba ilmu tetapi tidak mengetahui peluang yang ada.

    Saya juga berminat ingin mengetahui macamana caranya untuk memohon biasiswa KPM? Sebelum ini saya pernah ke Putrajaya untuk bertanyakan hal ini tetapi malangnya pegawai yang bertugas tiada untuk menjawab soalan saya ini. Harap dapat membantu.

    Balas

  4. siti yumni
    Sep 11, 2009 @ 10:52:46

    Assalamualaikum…

    Terlupa ingin nyatakan bahawa saya juga merupakan seorang penjawat awam yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana seperti tuan. Terimakasih

    IR: ada tawaran yg dikeluarkan oleh KPM menerusi laman webnya. lengkap syarat2, borg permohonan dll. selalulah layari laman KPM

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: