Bacaan Yaasin 7 Mubien

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sakaratul maut. Sememangnya suatu saat yang sukar dan mencabar untuk dilalui. Saat yang dikhabarkan sebagai tahap dahaga yang terlalu tinggi. Sehingga satu lautan belum tentu akan hilang hausnya. Di kala itu jugalah para syaitan berusaha sedaya mampu mengelirukan manusia. Agar sama-sama sesat dan kekal di dalam neraka di hari pembalasan kelak. Pada saat tersebut juga kita dipesan oleh Rasulullah SAW agar men’talqin’kan orang yang sedang nazak itu. Di sunatkan pada masa itu kita memberikan titisan air (kalau boleh air zam-zam) ke dalam mulut si pesakit bagi membantu menghilangkan sedikit hausnya yang tidak terkira.

Surah Yaasin sekiranya dibaca dengan caranya dan ikhlas niatnya dapat juga membantu mereka yang menghadapi saat ini. Ajarkanlah kepada keluarga terdekat agar dengan ilmu tersebut nanti mereka dapat sedikit sebanyak membatu kita menghadapi sakaratul maut tersebut. Bacaan Yaasin dengan cara 7 hentian mubin. Ilmu ini merupakan furuk daripada keseluruhan pelajaran ilmu perubatan Islam yang telah ditauliahkan kepada kami oleh Datuk Dr. Harun Din suatu ketika dahulu (MPI 2001).

Maksud.
Di dalam surah Yaasin terdapat tujuh tempat hentian (wakaf) di atas perkataan Mubien (مبين). Mengikut ilmu perubatan Islam, kita boleh memberhentikan bacaan di atas perkataan tersebut dan kembali mengulangi bacaan Yaasin dari mula. Seterusnya melangkaui mubien yang pertama dan berhenti (wakaf) pula di hentian mubien yang kedua. Kembali memulakan bacaan sehinggalah selesai tujuh kali bacaan dengan tujuh kali wakaf di hentian mubien.

Hujjah ilmiah.
Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Barangsiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.

Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 1o kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya (al-Hadith).

Bacaan al-Quran dengan cara-cara yang tertentu bukan merupakan suatu bid’ah. Selagi cara tersebut tidak bertentangan dengan syariat seperti membaca ayat-ayat al-Quran secara terbalik, membaca di dalam tandas, membaca dengan potongan ayat yang tidak lengkap lalu disambung baca dengan ayat dari surah yang lain sehingga menjadi satu ayat lengkap dengan maksud yang tidak difahami dan sebagainya. Malah bacaan al-Quran yang diperturunkan ilmunya oleh seorang guru yang lebih amalan dan pengalamannya serta betul pula letak susunnya adalah wajar diikuti.

Khutwah Bacaan Yaasin 7 Mubien.
1. Bacaan Yaasin dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, selawat 11 kali dan memulakan bacaan sehingga bertemu dengan perkataan mubien yang pertama. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup (صدق الله العظيم).

2. Mulakan semula bacaan surah Yaasin dari awal tanpa bacaan al-Fatihah dan lainnya sehingga bertemu mubien yang pertama tadi. Terus sahaja membaca sehingga anda bertemu dengan perkataan mubien yang kedua. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.

3. Mulakan bacaan Yaasin dari awal sehingga anda melangkaui perkataan mubien pertama dan kedua kemudian bertemu dengan mubien yang ketiga. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.

4. Wakaf pada perkataan mubien yang keempat.

5. Wakaf pada perkataan mubien yang kelima.

6. Wakaf pada perkataan mubien yang keenam.

7. Melengkapkan bacaan yaasin secara keseluruhannya (melangkau perkataan mubien yang terakhir tanpa wakaf). Kemudian disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

Selamat mencuba. Wallahu aklam..

About these ads

42 Komen (+add yours?)

  1. Abu Luqman
    Feb 01, 2008 @ 16:42:01

    Assalamu’alaikum….

    Saya nak tahu, adakah terdapat dalil dari hadis berkenaan Yasin Tujuh Mubin(YTM) ini? Saya dah lama nak cari maklumat pasal YTM ni. Sebab, saya pernah dengar dari seorang imam di kampung saya, kalau kita kehilangan barang akibat dicuri, kita boleh baca YTM ni. Dan setiap satu waqaf mubin, kita masukkan seketul batu kedalam bekas yang sedang dibakar di atas api (seperti dapur gas). Ia kemudian dibiarkan dipanas beberapa lama sehingga orang yang mencuri itu mengembalikan barang yang dicuri akibat kepanasan (mungkin panas badan semacam terkena bahang). Dia pernah mencubanya dan ianya menjadi. Tapi saya kurang yakin dengan kebenaran perkara sebegini sehingga saya betul2 jumpa dalil sahih mengenai YTM ini. Amalan seperti ini mungkin saja boleh menjadi khurafat sebagaimana bomoh boleh saja menggunakan perkataan bismillah. Dan saya juga pernah dengar orang yang boleh makan kaca dengan membaca surah fatihah secara terbalik. Wallahu’alam, inginkan penjelasan.

    Balas

  2. i-Planner
    Feb 01, 2008 @ 19:04:18

    blog yg bagus…teruskan..

    Balas

  3. ibnrajab
    Feb 02, 2008 @ 23:28:16

    Wala’alikumussalam..

    Terima kasih kepada Abu Luqman dan saudara i-Planner atas kunjungan dan tulisan anda di laman ana yang seadanya ini.

    Tentang kegunaan Yaasin ini untuk tujuan sebagaimana yang saudara ajukan, ana mengaku bahawa tidak ada ilmu tentang itu. Apa yang ana coretkan di sini hanya perkongsian dapatan ilmu sebagaimana yang disampaikan kepada kami melalui kuliah perubatan Islam suatu ketika dulu dan kebetulan, ana sempat amal dan ada pengalaman sedikit. Tetapi, ana merujuk kepada suatu hadith nanti ana bawakan matanya InsyaAllah bahawa Nabi pernah bersabda yang mafhumnya, Yaasin ini dibaca mengikut niat pembacanya (diperkenankan oleh Allah sebagaimana niat pembacanya).

    Cuma, perlu ana ingatkan apa yang guru ana pesan: jangan sesekali berdoa atas kemudharatan orang lain, sebaliknya sentiasalah membalas kejahatan orang dengan kebaikan. Paling kurang doa kebaikan untuknya. Apabila dia baik, insyaAllah akan dikembalikan apa sahaja yang pernah diambilnya samada daripada kita, atau daripada orang lain. Ingatlah (katanya) doa itu senjata bagi orang mukmin. Gunakanlah senjata itu untuk kebaikan seperti digunakan pisau untuk memotong kuku bukan membunuh.

    Wallahu aklam. Sekadar perkongsian. Tidak tahu lebih sebenarnya. ahlan..

    Balas

  4. anak tani
    Feb 28, 2008 @ 11:55:15

    salam.
    terima kasih atas maklumat waqaf mubien tu. baru2 ni rumah ana hampir berlaku kecurian.(pencuri dah nak masuk rumah tp tak sempat).buat masa la ni ana nak cuba amalkan waqaf mubien tu untuk perlindungan rumah. boleh ko ? ada tak cara amalan yg lain selain dr itu ?
    tq

    Balas

  5. anak tani
    Feb 28, 2008 @ 12:01:48

    salam.
    ada keliru ckit.
    untuk step yg ke 4 – 6 tu, kena ulang semula ke bacaan yasin, sama dengan step 1-3 ?
    tq

    Balas

  6. ibnrajab
    Feb 29, 2008 @ 08:36:22

    Walaikum salam..

    Akhi,

    InsyaAllah boleh diusahakan membaca Yasien 7 Mubien ini atau apa sahaja kaedah untuk apa sahaja niat krn mengikut hadith, Yasien ini dibaca atas niat orang yang membacanya. InsyaAllah ana doakan berkat usaha anta sekeluarga, semoga peristiwa tidak baik dihindari oleh Allah daripada berlaku..

    Sama je akhi, ia mesti ulang baca daripada awal setelah bertemu wakaf Mubien yang seterusnya sehinggalah wakaf terakhir maka diteruskan bacaan tanpa mengulang.

    Semoga sama-sama kita memanfaatkannya..

    Wallahu aklam.

    Balas

  7. ambe
    Mei 23, 2008 @ 09:06:40

    Assalamuailukum Ust,

    Saya ingin bertanya, :-

    1)adakah Yaasin 7 Mubien ini sama dengan Yaasin Fadhilat?
    2) Jika tidak apa perbezaannya?
    3) Bolehkan Yaasin 7 Mubien ini dibaca untuk menghancurkan sihir yang dikenakan?
    4) Adakah boleh jika kita berniat dengan membaca Yaasin agar dihancurkan manusia, jin,syaitan, iblis dan sihir yang menganggu dan cuba memecahbelahkan rumahtangga kita dan cuba merampas pasangan kita dengan menggunakan sihir?
    5) Apakah hukum jika orang yang menzalimi diri kita mati kerana kita mempertahankan diri dan keluarga kita?
    6) Di setiap hentian mubien, perlukah kita mebisikan niat di dalam hati?

    Balas

  8. ibnrajab
    Mei 23, 2008 @ 15:21:07

    Wa’alaikumussalam akhi ambe

    Pertama sekali terima kasih kerana sudi singgah.. ana cuba jawab soalan akhi berdasarkan ilmu ana yang sangat terhad ini.. ana sarankan akhi buat rujukan kepada pakar-pakar yang memiliki ilmu pengetahuan yang lebih luas..

    1. Ana tak pasti sangat dengan nama-nama yang akhi nyatakan itu. Cuma di sini ana hanya isyaratkan sahaja Yaasin Tujuh Mubien kerana memang dlm Yassin tu ada tujuh hentian (wakaf) mubien.. ana tidak berniat langsung utk menamakan ia melainkan dengan nama yang Allah berikan iaitu surah Yaasin

    2. spda

    3. sebagaimana yang ana faham, dan telahpun ana nyatakan dalam artikel, bahawa Nabi pernah bersabda (sila rujuk buku-buku surah yaasin pelbagai cetakan) bahawa Yaasin ini dibaca mengikut niat pembacanya (insyaAllah dimaqbulkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya).. sayugia diingatkan bahawa kesemua al-Quran itu adalah syifa (ubat) dan petunjuk tanpa perlu menghadkan mana-mana surah, tetapi jika sabit (ada) nas yang terdiri daripada hadith dan boleh juga jika ada amal ahli madinah (pada sahabat) dan orang2 soleh, maka kita selaku orang awam di akhir zaman ini mengamalkannya.. dengan niat ittiba (ikut) sunnah (jika hadith nabi) atau amalan orang2 soleh (para sahabat dan orang alim yang lain).. maksudnya (pendapat ana) boleh..

    4. Sebaik-baiknya kita bermunajat dengan Allah berbantukan amal soleh kita untuk niat yang baik samada kepada diri dan saudara-saudara kita yang lain.. tak baik kita niat melakukan amalan (yang sangat baik seperti membaca al-Quran) itu untuk kejahatan kepada orang lain terutama saudara kita yang seagama dengan kita.. apakah kita lupa ayat al-Quran (surah ar-Rahman) yang mafhumnya “tidakkah ganjaran yang baik itu akan dibalas dengan yang baik juga?” dan hadith Rasulullah SAW “buatlah kebaikan kepada orang yang melakukan kejahatan kepadamu..” Sihir memang boleh memberi kesan dengan izin Allah.. dan kita perlu yakin bahawa sekiranya amalan kita tinggi dan diterima oleh Allah.. nescaya Allah tidak akan menganiayai kita.. itu sahaja

    5. Mempertahankan diri adalah wajib, jika kita terpaksa membunuh demi mempertahankan diri keluarga, kita perlu buat dalam keadaan yang paling terdesak dan tidak ada pilihan lain.. jika ada kita perlu jaga nyawa saudara seagama kita dengan yang sama baik seperti jaga nyawa kita.. itu hak orang-orang Islam; nyawa, agama, harta, maruah dan akal

    6. Niat di awal bacaan lagi.. setiap hentian itu hanya cara (yang ada asal usul daripada alim ulama, yg ana rujuk adalah Dr Haron Din)

    Wallahu aklam..

    Balas

  9. Trackback: Yaasin 41 « Kalam IbnRajab
  10. isha
    Okt 11, 2008 @ 08:16:40

    Assalamualaikum..

    Saya ingin bertanya:-

    1)untuk maksud hajat bolehkah saya amalkan 7 mubien
    2)bagaimana cara untuk amalkan 7 mubien untuk memperolehi sesuatu hajat yang penting
    3)Untuk dipermudahkan pertemuan jodoh bolehkan amalankan 7 mubien, huraikan cara-caranya..

    IbnRajab: insyaAllah s/ri boleh amalkan bacaan yassin ini utk tujuan dipertemukan jodoh yang baik dan sesuai. cara sama sahaja cuma niat perlulah jelas dan ikhlas. wallahu aklam.

    Balas

  11. amsyar
    Mei 06, 2009 @ 02:09:50

    Salam.
    saya pengamal surah yasin dan surah yusof setiap hari..adakah ianya baik untuk diamalkan…

    Dan boleh dikatakan beberapa kali dalam seminggu saya mengamalkan yasin 7 mubin…tetapi saya belum lagi nampak perubahan atas hajat saya…sudah agak lama saya mengamalkan, berapa lama harus saya mengamalkan….mungkin allah menduga saya..

    Mungkin saya asyik membaca amalan surah yusof, baru baru ini saya bermimpi ada 5 bulan dan beberapa bintang yang bersinar amat terang dilangit.sedang saya asyik memerhati saya ditegur oleh bapa saya dengan mengatakan bahawa bulan hanya satu yang lainnya adalah bintang yang bersinar amat terang dan berkilauan….

    adakah ianya membawa maksud yang kurang baik..

    Terima kasih,
    Pengamal AlQuran

    IbnRajab: maaf ana tak berani nk cuba tafsirkan mimpi anta. apa2 tahniah kerana ada masa beramal dgn quran pd masa kini yg tak ramai dpt komited macam tu. teruskan beramal dgn al-quran insyaAllah ada manfaatnya. ayat2 al-quran itu bermukjizat. pulak tu memberikan byk pahala bila membacanya. kalau amalan bertepatan dengan yg dianjurkan syariat, berdasarkan sunnah, ianya adalah mujarab. wallahu aklam

    Balas

  12. fitri
    Okt 01, 2009 @ 00:53:26

    salam akhukum fil islam..

    terima kasih byk2 di atas segala ilmu yg bermanafaat ini…semoga kita mendapat rahmat dari Ilahi..

    IR: wa’alaikumussalam. Barakallahu wa syukran ala al-du’a

    Balas

  13. Mahadi Yusof
    Jan 12, 2010 @ 21:51:22

    Sekiranya ade orang lain mengganggu keamanan keluarga kita dan memasuki rumah kita tanpa kebenaran dan mencabuli hak kita…bolehkah kita menggunakan YTM ini untuk memudaratkan orang itu yang memasuki rumah kita tadi….supaya ia sedar akan ape yang ia lakukan itu salah….dan ia menerima hukuman yang setimpal dari Allah…

    IR: al-Quran digunakn utk tujuan yg baik2. amalkannya dgn doa agar Allah menunjukkan jalan yg baik buat kita, keluarga dan umat Islam seluruhnya. Cukuplah Allah sebaik-baik pemberi balasan. Dia Maha Adil lagi bijaksana. Wallahu aklam

    Balas

  14. Mahadi Yusof
    Jan 12, 2010 @ 22:28:37

    salam, terima kasih atas jawapan tersebut….InsyaAllah saya akan lakukan perkara tersebut….cuma saya bimbang ia akan melakukan perkara yang sama….perkara ini telah berulang beberapa kali..walau saya dah beri amaran…

    IR: buat laporan polis

    Balas

  15. noni
    Apr 19, 2010 @ 14:44:25

    asalamualaikum….

    1. saya ingin bertanya, amalan membaca yasin 7 mubin perlu dilakukan 7 hari 7 malam berturut2
    atau memadai hanya 1 hari sahaja?

    2. boleh atau tidak saya baca yasin 7 mubin dgn niat ditutupkan pintu hati suami kpd semua pompuan2 diluar sana kecuali aku isterinya yg sah. ini kerana suami saya seorg kaki pompuan dan tak pernah solat. dlm fikirannya hanya mahu kahwin dua tp tidak pernah mau memikirkan soal solat dan imannya.

    Balas

  16. cicakSesat
    Mei 08, 2010 @ 12:12:55

    Ilmu ini saya sudah pon dapat sebelum saya jumpa leleman ini..niat saya ingin mencari lelaman tentang mubin kerana ingin kepastian jikalau ilmu yg saya terima oleh sahabat saya ramai mengamalkan atau pon tidak…mak saya sudah cuba dan hanya 2 hari doa dah niat2 dia smue dikabul..Alhamdulilah..se baik2 nya baca tiap2 hari kerana Allah bkn kerana seseorang…

    IR: syukran atas komen dan jawapn sdra. noni blh ambil maklum ya. alhamdulillah

    Balas

  17. Baba Syarif
    Mei 11, 2010 @ 00:01:32

    salam ustaz , bleh ijazahkan ana?, amalan yasin yang ana amalkan loni cuma yang biasa kita buat, dan satu lagi di baca 41 kali untuk tujuan syifa’, alhamdulilah terbukti berkesan untuk beberapa kes yang ana jumpa…ana nak tambahkan koleksi penijazahan yasin ni…pernah dengan yasn fadilat, yasin tunggal tapi blum jumpa nga gur u lagi…yasin 7 mubin ana minta ustaz ijazahkan ana ya
    1-berandamadina.wordpress.com

    IR: w’salam. perlu ijazah ka? ana kira share ni sbg ijazah la kot. :)

    Balas

  18. Hasya
    Mei 21, 2010 @ 16:47:57

    Assalam ustaz..saya adalah isteri teraniaya digantung tak bertali tanpa sebab oleh suami selama 3tahun walaupun saya izinkan dia kawin lain dgn syarat dia baiki amal ibadat dan ekonominya. Saya telah mohon fasakh masih dalam perbicaraan. Saya mohon suami cerai cara baik kerana bosan turun naik mhkamah. Dia tak mahu tapi dia dia pula tak pernah usaha nak berbincang atau berbaik2 dengan saya walau sekalipun. Saya ditinggalkan begitu sahaja.. saya nak cuba amalan ini tapi tak tahu macam mana nak niat..Hati dah tertutup buat dia,cuma mahu berpisah dengan cara yg baik dan bersahabat sahaja demi ank2. Tapi bolehkah saya niatkan supaya terbuka pintu hatinya untuk menceraikan saya sebab ada org ckp tak boleh niat utk memutuskan hubungan. Sedangkan saya memang tak mahu dah utk terus bersama dia.Saya keliru mohon penjelasan ustaz. Terima Kasih..

    Balas

  19. hosnanda
    Jun 06, 2010 @ 02:30:59

    Soal baca tu tak penting sangat. Bukan ayat tu yang memberi bekas. Guru saya berkata manusia yang mengamalkan ayat ini terbahagi kepada tiga golongan.
    Pertama. Golongan yang beramal kerana nak mendapatkan khadam ayat.

    Kedua. Golongan yang beramal kerana terhenti kepada kebesaran ayat.

    Ketiga. Golongan yang beramal kerana selaras dengan asbabu nuzul.

    Kata guru saya jadilah golongan yang ketiga. Kerana ia menepati kehendak syarak.

    IR: jazakumullahh.. satu tazkirah yg baik

    Balas

  20. wan
    Jun 14, 2010 @ 17:58:24

    bagus juga dalam mencari sesuatu yang benar.sesungguhnya manusia ni ada tingkatan darjat di sisi Allah.begitu juga dalam ilmu yang dimilikki yang dianugerahi Allah itu ada tingkatannya dalam diri seseorang.kerana kita sebelum ke dunia kita sudah mengenal akan Allah yang Pencipta,tapi di kala itu kita mengenalNya dengan cara yang macam mana?

    Balas

  21. hamba Allah_azmi
    Mei 04, 2011 @ 00:04:40

    Assalamualaikum w.b.t semua..
    Alhamdulillah… setelah membaca huraian dari artikel yg menarik ini.. dapat menambahkan lagi ilmu Allah yg x pernah habis utk kita pelajari.. saudara penulis.. bolehkah saya baca YTM ini dgn niat mencari barang yang hilang atau dicuri? bagaimanakah caranya?

    IR: al-Quran, termasuk yaasin dibaca utk apa2 tujuan pn blh.. apatah lagi quran sendiri crita ia adalah ubat jg.. sama ada Allah izinkan utk berkesan atau tdk bergntung kpd byk perkara.. niat, keikhlasan, keyakinan, ketaqwaaan dll

    Balas

  22. dilla
    Jun 20, 2011 @ 17:06:18

    salam..ustaz…boleh tak jika saya gunakan YTM ni utk buang sihir?

    IR: insyaAllahh.. Allah tdk mensia2kn usaha hamba2 yg ikhlas dan membersihkan dirinya (zahir dan batin

    Balas

  23. Mira
    Sep 25, 2011 @ 19:08:26

    Salam Ustaz,

    Kalau saya silap betulkan saya, sy pernah diberitahu seseorang yang ayat 7 mubin ni boleh digunakan oleh seseorang yang sukakan seorang yg lain, dan dia memang nak pada orang yag dia suka itu . Dia gunakan ayat 7 mubin dan bacakan dengan diakhir tiap-tiap ayat mubin itu menyebut nama orang yang dia suka supaya orang yang dia suka itu jatuh padanya. boleh ke buat macam tu ustaz kalau orang yang memebaca 7 mubin itu betul-betul ikhlas suka pada orang itu.

    Insan ingintahu

    Balas

  24. dzaleha
    Jan 21, 2012 @ 13:23:34

    guna yasin bakar batu xbaik wlu pun guna ayat quran sebab niat nak panaskn org tu.paksa org cintai kita pun xbags guna yasin. jodoh dah tersurat sejak lahir. lain lah klu kita minta temukan jodoh ka,buka pintu rezeki ka.klu org tu x cinta kita pula yg panas sebab yasin.bakar batu tu sama dgn guna ayat quran utk tujuan kjahatan.masyaAllah.

    Balas

  25. dzleha69
    Feb 04, 2012 @ 14:28:22

    salam.bagaimana nak guna y7m untuk buang saka dan buka pintu rezeki?

    Balas

  26. Ahdiyat
    Apr 19, 2012 @ 16:30:06

    Assalamualaikum, ana minta izin tuk mengamalkan YTM, mohon ridho serta ampunan Nya

    Balas

  27. hazel
    Mei 22, 2012 @ 08:39:46

    Assalamualaikum, terima kasih kepada ruangan ini… saya nie baru sahaja mengamalkan YTM nie disebabkan sihir yang berulang-ulang kali….setiap hari ade sahaja sihir yang dihantar ke rumah. Ia dihantar oleh salah seorang keluarga pihak suami yang dengki dengan kehidupan kami. Nak kata kami nie hidup mewah pun tak jugak apatah lagi nak menunjuk-nunjuk apa yang ade. Mungkin sebab kehidupan kami lebih baik dari keluarga dier itu saja. Tapi yang pasti saya memang tak berapa suka ke rumah nya sebab saya dapat rasa kehadiran ilmu hitam tersebut. Apatah lagi dengan cerita yang mememang dia ada menuntut ilmu hitam dari pelbagai tok bomoh. IIni lah yg menyebabkan saya nekad tak nak jejak kaki ke situ selagi dia mengamalkan ilmu hitam tu.Tambahan pula macam macam gangguan terjadi pada saya dan anak saya kebelakangan nie. Tapi sekarang harapan saya supaya penyihir tu dapat pengajaran drp Allah dan sempat lah dia bertaubat sebelum Allah ambilnya kembali. Ruginya hidup di dunianie kalau cuma buat kejahatan sahaja.Lagi pun busuk-busuk pun saudara kite jugak. Berbalik cerita YTM nie saya rasa Alhamdullilah ade rasa ketenangan dalam diri dalam menghadapi sihir yang setiap hari dihantar oleh penyihir tu. Moga ALLAH melindungi diri saya dan keluarga saya dari dari semua kejahatan tersebut.

    Balas

  28. hayfareeha
    Jul 09, 2012 @ 03:33:41

    Alhamdulillah…saya nk kongsi sikit pengalaman saya..saya hampir 2tahun kena sihir, dan banyak tempat berubat..2minggu lepas ada jumpa paklang saya yang dah lama xjmpa, paklang saya ajar bacaan 7mubin..semuanya sama seperti diatas, tetapi setiap selepas bacaan mubin, doa la apa saja sebelum teruskan bacaan..doa ini dibaca setiap 7mubin..baca la setiap malam, InsyaAllah, anda buat, anda dapat…:-)

    Balas

  29. mai
    Sep 30, 2012 @ 14:08:41

    Assalamualaikum….saya baru 2 hari melakukan y7m ni..saya doakan untuk bekas suami yang disihir oleh seorang perempuan yang sakit hati dengan saya.sihir yg dibuat sehingga bekas suami abaikan nafkah untuk anak dan hilang dari pengetahuan keluarganya sendiri walaupn sblm ini bekas suami baik terhadap saya dan anak kami.setakat hari ini tiada lg berubah yg berlaku.sy cuma boleh bertawakal dan berserah pada Allah saja….

    IR: insyaAllah..

    Balas

  30. atiqah
    Nov 08, 2012 @ 20:42:04

    nak tanye hari-hari yg sesuai tuk dilakukan bacaan yasin 7 mubin ni, setiap hri ape ye?

    IR: 24/7

    Balas

  31. ayda
    Feb 18, 2013 @ 01:25:29

    as salam.. saya nak tanya.boleh tak kita baca yassin 7 mubin dengan niat supaya suami pulang ke rumah yang dah lama hilangkan diri dan abaikan tanggungjawab pada anak dan isterinya?

    IR: x apa

    Balas

  32. lia
    Feb 27, 2013 @ 00:50:26

    Assalamualaikum..maaf saya nak tanya boleh ke ketika kita membaca Yasin 7 mubin ni kita selang selikan dengn doa.Saya prnah dari seorg mufti kita tdk boleh mencampur adukan ayat AlQuran dgn perkara lain..

    IR: blh insyaAllah

    Balas

  33. Sara Nina
    Jul 02, 2013 @ 23:38:54

    Assalamualaikum.
    Ini berdasarkan pengalaman saya. Saya telah di sihir oleh orang-orang yang saya kenali dan juga tidak saya kenali. Mungkin saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun penderitaan saya ini. Semuanya berpunca dari adu dumba dalam famili sendiri. Orang yang sihir itu, pada saya simpati kepada yang adu dumba itu.
    Puas saya berubat, sembuh dan akan sakit semula di masa yang lain. Oleh kerana saya tidak tahan, saya telah buat perkara berikut:-
    1)solat taubat 2 rakaat
    2)solat hajat 2 rakaat
    3)lepas solat saya baca Al Fatihah, Selawat Nabi 11 kali dan saya baca Yassin
    7 mubin. Setiap kali saya berhenti pada ayat mubin, saya berdoa. Doanya
    sama dengan doa pada solat hajat. Saya buat begini hingga habis 7 mubin.
    4)saya lakukan begini dalam 3 kali, saya sembuh dengan izin Allah. Doa
    saya simple aje. Ya Allah Ya Tuhan ku, dengan berkat solat hajat ini(kalau
    Yassin sebut surah Yaasin yang mulia ini), aku bermohon kepada Mu, Kau
    kau sembuhkan sakit (sebut sakit apa). Sekiranya sakit ini dari kejahatan sihir,
    aku bermohon kepada Mu, Kau kembalikan sakit yang aku tanggung ini kepada
    bomoh yang membuatnya, kepada orang yang mengupahnya dan kepada orang
    yang mengadu dumba supaya mereka rasai apa yang aku rasai, moga-moga
    mereka insaf.
    Mungkin sebab itu, mereka sakit sebagaimana saya sakit. Selama mana
    saya sakit, selama itulah saya amal Yasin 7 Mubin. Bila mereka berhenti sihir
    saya, saya sihat, saya berhentilah baca Yasin 7 Mubin. Setakat inilah amalan
    saya kalau saya di sihir.

    Balas

  34. izayani
    Jul 03, 2013 @ 11:15:19

    Assalamualaikum…
    Saya baru ditukarkan ke tempat lain , tempat kerja saya sekarang banyak pekerja bangsa lain semuanya sombong -sombong boleh ke kita baca Yasin 7 mubin ini untuk lembutkan hati kawan-kawan yang sombong.

    Balas

  35. siti khadijah
    Jul 15, 2013 @ 10:18:00

    Salam… Blh x saya amalkan 7 mubin ni utk minta kekasih brtanggungjawab n segera nikahi saya

    Balas

  36. sarah raden
    Ogo 22, 2013 @ 16:40:19

    Salam ustaz.saya nak tanya kalau amalkan yasin 7 mubin ni bertujuan untuk melembutkan hati kekasih supaya dia dapat memaafkan saya dan kembali kepada saya,seterusnya melamar saya sebagai ikatan yang sah,boleh ke ustaz?Sesungguhnya niat saya adalah baik

    Balas

  37. m. sholahuddin alayubi
    Sep 07, 2013 @ 03:42:39

    Astagfirullah Ketidasadaran Manusia bahwa ia telah berbohong dan menduakan Keyakinan . Ketika kita Sholat kita berkata sholatku ibadahku hidupku matiku krn Allah . akan tetapi realita yg ada tidak demikian!! Naudju billah summa nauju billah minjalik. dimana janji kaliam ketika sholat?? katanya ummat nabi Muhammad ? nabi muhammad mengajarkan bila kita ditimpuk dgn batu maka kita mmbalasnya dengan Roti. Sholat krn ingin ke Syurga n takut Neraka . dimana janji kalian ketika Sholat? Allah sngat benci dgn manusia yg Munafik .

    Balas

  38. ibnrajab
    Sep 07, 2013 @ 12:23:29

    apa maksud mu wahai m. sholahuddin alayubi?

    Balas

  39. Pendita
    Sep 12, 2013 @ 17:42:38

    Salam Ustaz,

    Masa kita ulang balik dari mubin, perlukah kita baca bismillah lagi?

    Terima Kasih

    Balas

  40. Ijan
    Okt 22, 2013 @ 12:11:24

    boleh dak baca berdikit2 tiap2 hari sampai habis?x larat la ndak baca 7 mubin satu malam.ada keja lain lagi.kena masuk tidur lagi.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: