Teknologi

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehidupan kita hari ini sebenarnya sudah semakin mudah berbanding dengan sepuluh, 20 malah berpuluh-puluh tahun lalu. Kemudahan-kemudahan yang semestinya menunjukkan serta sekaligus membuktikan kekuasaan Allah SWT. Bagi mereka yang celik hatinya sudah tentu akan bertambah keimanan terhadap Allah SWT melalui penemuan ilmu-ilmu dan teknologi baru hari ini.

Penemuan teknologi boleh membuktikan kewujudan alam ghaib
Orang Islam wajib beriman kepada kewujudan perkara-perkara ghaib (yang tidak dapat dilihat atau di’explore’ oleh mata kasar) seperti kewujudan hari akhirat, syurga, neraka dan sebagainya. Namun penemuan teknologi terkini hari ini sedikit sebanyak membantu umat Islam dan manusia seluruhnya untuk lebih memahami kewujudan alam ghaib tersebut. Penemuan teknologi komunikasi tanpa wayar membolehkan kita mendengar suara mereka yang berada beribu batu.

Sebagai contoh penemuan teknologi kamera, video kamera dan simpanan data bergambar turut menyumbang ke arah pemahaman kita tentang alam ghaib. Kalau dahulu (masa kanak-kanak) orang ambil gambar hari ini, kita terpaksa tunggu filem habis dahulu baru boleh lihat gambar yang diambil tadi. Kadang-kadang sehari dua sahaja kalau kebetulan masa kenduri kendara. Biasanya sebulan dua kerana lambatnya filem hendak dihabiskan.

Tapi kini kita melihat anak-anak sangat gembira apabila kita mengambil gambar mereka kerana selepas dua tiga saat mereka sudah dapat melihat gambar tersebut. Pula tu, kalau nampak tak cantik, tak berapa handsome, disuruhnya kita delete dan ambil semula. Kemudian dengan menggunakan cip yang sangat kecil itu mereka minta pula dipindahkan gambar-gambar berkenaan ke komputer untuk dipancarkan menggunakan screen LCD yang besar. Alangkah gembiranya apabila melihat mereka berseronok mengamati gelagat masing-masing pada gambar yang dipancarkan ke dinding-dinding.

Kalau nak mereka lebih merasa seronok, ambil gambar dalam bentuk video. Dengan menggunakan cip yang lebih kecil daripada hujung jari kelingking membolehkan kita simpan 2 hingga 3 jam video bergerak. Boleh dimainkan pula pada bila-bila masa. Perkara ini semua menggambarkan kepada kita akan kebenaran Allah SWT memainkan semula perjalanan hidup kita di akhirat kelak. Pada masa itu, bukan anak-anak atau keluarga yang menjadi penontonnya. Malah seluruh umat manusia bermula Nabi Adam AS sehingga manusia terakhir.

Sekiranya hendak difikirkan logik, masakan cip yang begitu kecil dapat menyimpan gambar-gambar yang banyak. Itu baru cip yang diciptakan manusia. Maka tidak mustahil lah apabila sesuatu itu merupakan ciptaan Allah. Nescaya lebih hebat.

Kesimpulan
Banyak sebenarnya penemuan teknologi dapat membantu kita meyakini kewujudan alam ghaib yang tidak nampak oleh mata kasar. Cuma, hanya kita sahaja yang tidak memberi peluang kepada akal untuk berfikir dan terus beriman dengan apa sahaja yang Allah bawakan. Cuba bayangkan para sahabat Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah pun melihat keajaiban teknologi hari ini. Mereka tetap beriman dengan apa sahaja yang dibawa oleh Nabi SAW. Amat rugilah bagi kita sekiranya penemuan-penemuan seperti ini tidak menginsafkan kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

Manusia hari ramai yang menggunakan teknologi tapi tidak menemui kuasa Allah lantas mereka tidak taat kepada Allah. Tidak solat. Tidak melakukan kebaikan. Tidak berakhlak sebagaimana yang Allah anjurkan dan sebagainya.

Semoga hidup kita sentiasa dibayangi ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan diri kepadaNya Yang Maha Menciptakan. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: