Iqra dalam al-Quran

Salamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabarakatuh..

Semangnya umum mengetahui ayat al-Quran pertama yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada umatnya adalah “iqra”. Dan umum juga mengerti maksudnya adalah “Bacalah”. Mengikut kaedah bahasa Arab ia didatangkan dalam bentuk feel amr iaitu bernada suruhan. Bacalah!. Menyuruh orang supaya membaca.

Persoalan
Apakah suruhan membaca berdasarkan ayat pertama surah al-Alaq itu adalah membaca sebagaimana yang kita sedia maklum? Membaca bahan bacaan? Membaca sesuatu tulisan? Kerana biasanya orang dikatakan membaca sesuatu tulisan sahaja? Atau apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perintah membaca dalam surah tersebut? Kata guru ana: “Kalaulah bacaan yang diperintah itu sebagaimana yang kita sedia maklum, iaitu membaca bahan bacaan yang ditulis, nescaya Nabi Muhammad lah orang pertama yang melanggar perintah Allah itu”. Kerana Nabi Muhammad bersifat Ummiy (tidak tahu membaca dan menulis).

Fitnah ke atas jungungan besar itu terlalu besar dosanya. Masakan Nabi orang yang menyampaikan risalah Allah terlebih dahulu melanggar perintahNya? Itu merupakan suatu tohmahan yang maha besar sekiranya kita memahami kehendak daripada suruhan “iqra” adalah perintah agar membaca sesuatu tulisan! Jadi, apakah boleh kita mengatakan “Bacalah buku wahai anakku, kerana perintah Allah yang pertama adalah “iqra” bererti bacalah!”? Subhanallah.

Ayat-ayat Allah
Ayat (perkataan Arab) bermaksud tanda. Ayat Allah bermaksud hujjah, tanda atau bukti kekuasaan Allah. Ayat Allah yang menandakan (ataupun menjadi hujjah) kekuasaannya terbahagi kepada dua. Pertama: Ayat Tanziliyyah (Ayat yang diturunkan iaitu kitab-kitab Allah seperti Taurat, Zabur, Injil dan yang terkini dan masih kekal seperti sedianya adalah Al-Quran). Kedua: Ayat Kauniyyah iaitu Alam semester dan segala isi kandungannya; samada yang zahir dan nampak oleh penglihatan mata kasar kita ataupun yang tidak nampak seperti perkara-perkara ghaib (jin, arus elektrik, gelombang radio dan sebagainya).

Apakah erti membaca?
Membaca biasanya dilakukan dengan menggunakan medium mata. Jadi apakah yang berlaku kepada orang buta? Adakah mereka tidak membaca? Mereka juga membaca tetapi menggunakan medium rasa (melalui sentuhan jari jemari). Oleh yang demikian, tidak semua perkara yang dilakukan dengan menggunakan mata itu adalah membaca. Samalah seperti tidak semua pekara itu hanya dibaca dengan menggunakan mata. Sebahagian menggunakan mata, sebahagian menggunakan jari dan sebahagian yang lain menggunakan penghayatan.

Begitu juga tidak semua tulisan sahaja yang dibaca. Kita juga membaca lukisan. Kita juga membaca papan tanda. Kita juga membaca warna lampu isyarat. Kita juga membaca bagaimana Allah menciptakan alam yang sangat hebat ini lalu menjadikan kita taat, tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah! Membaca maksudnya memahami. Cuma meduimnya sahaja yang berbeza. Ada orang membaca menggunakan mata, jari dan sebagainya. Menggunakan medium (perantara) mengikut kemampuan yang diberikan oleh Allah.

Kesimpulan
Allah menyuruh dan memerintah Nabi Muhammad SAW (dan perlu disampaikan kepada semua manusia) supaya membaca tanda-tanda kekuasaan Allah ini (kesemuanya sekali). Bukan tulisan (ayat tanziliyyah) sahaja. Sebaliknya apa sahaja yang membawa kepada kefahaman bahawa Allah itu berkuasa dan yang Maha Mencipta serta tunduk dan patuh (menyembah) Allah melalui tanda-tanda kebesarannya (ayat kauniyyah).

Orang celik, banyak kelebihannya kerana dapat membaca al-Quran yang membuktikan kekuasaan Allah di samping dapat pula melihat alam yang terbentang luas yang tidak dapat difahami perjalanannya pun oleh manusia. Orang buta dikurniakan pula oleh Allah deria rasa yang boleh digunakan juga untuk membaca dan menghayati kebesaran Allah. Malah deria bau, deria dengar dan apa sahaja deria kurniaan Allah ini boleh digunakan bagi membaca kebesaran Allah.

Oleh yang demikian, membaca sebagaimana yang Allah perintahkan bukan membaca buku semata-mata. Tidak cukup sekiranya diterjemahkan suruhan Allah yang pertama adalah membaca (sebagaimana yang sering digunakan) sebaliknya kita mesti tafsirkan suruhan Allah yang pertama “iqra” itu adalah arahan agar manusia sedar kekuasaan Allah, maka dengan sebab itu mereka perlu tunduk, taat dan patuh serta menyembah Allah subhanahu wataala. Itu semua terkandung dalam kalimah “iqra” iaitu membaca apa sahaja yang membawa kepada “Bertuhankan Allah!”

 Wallahu aklam…

Anda juga mungkin ingin membaca tentang ummiyatul rasul.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. orang jauh
    Jul 10, 2010 @ 02:44:37

    assalamualaikum…menarik ulasan ustaz…tahniah..

    cuma izinkan saya mencelah dengan tambahan huraian …boleh kan ustaz ?

    hmm..ulasan ustaz mengenai teknik dan medium membaca itu amat sesuai dengan tuntutan IQra` yang pertama yang dimuatkan dalam ayat ” iqra` bismi rabbika allazi khalaq.khalaqal insaana min alaq…dengan makna membaca al-manzuu ya`ni al-kaun..dengan maksud qiraatul kauni..

    manakala membaca yang kedua qiraatul masturi bil qalami..sesuai dengan ayat yang seterusnya yang menyentuh mengenai bacaan kitaabillah ..iqra` wa rabbukal akram allazi allama bil qalam.allamal insaana ma lam ya`lam…

    faedah ini boleh di dapati antaranya melalui tulisan dr taha jabir ulwani yang mengenengahkan konsep membina tamadun melalui proses penggabungan dua bacaan yang di sebut dalam surah al-alaq ” Qirratul manzuur dan dan Qiraatul mastuur

    seorang hamba allah dari malaysia sempat menulis satu kajian mengenai konsep taddabur al-quran yang paling efektif dan kesannya dalam pembinaan tamadun dengan fokusnya terhadap konsep ” al jam`u bainal qiraatain; al-manzuur wal mastur fi tadabburil quran

    Balas

    • ibnrajab
      Jul 10, 2010 @ 10:36:21

      wa’alaikumussalam.. alhamdulillah, perkongsian daripada ilmu yang sedikit.

      terima kasih atas ulasan saudara yg sudah tentu menguatkan lagi fakta, dgn rujukan2 ilmiyah yg saudara sebutkan juga.

      sudi2kanlah mengutarakan komen membina pada tulisan2 yg lain sekiranya dirasakan perlu.. wallahu aklam

      Balas

  2. Trackback: P985 Tak perlu baca? « Keluarga Sharif Yamah
  3. Trackback: Sifat Nabi terpuji: Ummiyy | IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: