Jumpa wakil rakyat

Assalamu’alaikum wbt..

 Pagi ini dimulakan dengan perkara yang sangat baik. Alhamdulillah. Ana dan ayah pergi ke rumah wakil rakyat kawasan kami. Layanan cukup mesra. Memang seorang wakil yang berjiwa rakyat. Percakapan ayah ana agak susah ana sendiri fahami, namun wakil tersebut dengan mudah menangkap segala isi yang ayah sampaikan. Fikir ana “begitu sekiranya nak jadi wakil, mesti tahu dan mudah faham apa yang ingin disampaikan oleh setiap rakyat”. Bahasa orang kampung susah juga nak difahami. Apatah lagi hendak ditafsirkan.

Ana juga menjangkakan tidak sampai 10 minit perjumpaan tersebut akan berlaku (mengikut pengalaman berjumpa dengan orang besar-besar sebelum ini). Rupa-rupanya sangkaan ana meleset sekali kerana wakil berkenaan melayan kami hampir sejam (sekitar 50 minit). Setiap perkataannya disusun rapi agar mudah difahami oleh rakyat. Semoga kepimpinan tuan (dato’ sebenarnya) akan terus berkekalan.

Disoal selidik

Suatu pagi (ana dah lupa tarikhnya) telefon rumah berdering. Kebetulan ana yang angkat. Kedengaran suara meminta izin bertanya soalan berkaitan politik negeri Kelantan. Ana sebenarnya tidak ada masa. Tapi oleh kerana digesa sangat-sangat untuk jawab beberapa soalan, akhirnya ana tenang anak iseri agar sabar sekejap (kerana kami janji nak keluar). Kesimpulan daripada jawapan ana ialah: Perlulah dikekalkan pemerintahan Kelantan seperti sekarang ini. Tidak perlu ada gangguan. Tinggalkan negeri Kelantan dengan keunikannya yang tersendiri. Kebanyakkan rakyat (majoriti) berasa selesa dengan kepimpinan Kerajaan yang sedia ada.

Itu sahaja. wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: