Al-Quran tidak diterjemahkan

Sememangnya al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril as untuk disampaikan kepada umat manusia seluruhnya, membaca ayat-ayatnya adalah ibadah khusus yang mana bacaannya boleh dibawa dalam solat. Penurunan al-Quran adalah dalam bahasa Arab iaitu bahasa pertama yang diajarkan kepada Nabi Adam dan ia adalah bahasa ahli Syurga.

Al-Quran secara keseluruhannya atau mana-mana isi kandungannya atau mana-mana perkataannya tidak boleh sama sekali diterjemahkan kepada mana-mana bahasa lain di dunia. Sekiranya ia tidak difahami oleh sesuatu bangsa kerana pertuturan mereka tidak menggunakan bahasa Arab, maka ia (al-Quran) boleh ditafsirkan. Penafsiran tersebut juga tidak boleh dijadikan rujukan utama kerana sesuatu bahasa itu sukar ditafsirkan ke dalam bahasa yang lain secara tepat 100%. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat keraguan, maka rujukan muktamad adalah tafsir-tafsir yang ditulis juga dalam bahasa Arab.

Paling baik untuk memahami al-Quran adalah dengan mempelajari bahasa Arab itu sendiri. Mempelajari bahasa Arab komunikasi sahaja sudah tentu tidak mencukupi kerana al-Quran diturunkan dengan keindahan dan kesusasteraan bahasa Arab sesuai dengan keadaan Arab Jahiliah pada masa itu yang cukup bijak dan pandai mengatur bahasanya. Bahasa yang penuh dengan seni yang teramat halus dan sukar difahami sekiranya dilihat sekali imbas sahaja. Sebab itulah adanya Rasulullah sebagai pentafsir kepada al-Quran itu sendiri.

Terjemahan al-Quran (ke dalam bahasa Melayu) sebagai “Bacaan” adalah berdosa!. Membaca Basmalah dengan menggunakan bahasa Melayu seperti “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” juga adalah berdosa. Begitu juga dengan lain-lain ayat al-Quran. Al-Quran hanya boleh dibaca menggunakan bahasa Arab kemudian difahami maksudnya juga dengan menggunakan bahasa Arab. Sekiranya tidak dapat (belum sampai ke tahap itu) maka bolehlah diperkdekatkan tafsirannya menggunakan bahasa Melayu.

Seperti membaca al-Fatihah dengan menggunakan bahasa Arab kemudiannya memahaminya juga dengan merujuk tafsiran yang disampaikan oleh Rasulullah yang dirakamkan oleh ulama dengan menggunakan bahasa Arab. Sekiranya tidak difahami juga barulah boleh merujuk tafsiran yang ditulis dalam bahasa ibunda (bahasa Melayu contohnya). Adalah haram membaca al-Quran secara langsung menggunakan bahasa Melayu seperti terus membaca tafsirnya tanpa didahulukan bacaan dalam bahasa Arab.

Begitu juga menterjemahkan apa sahaja perkataan al-Quran ke dalam bahasa lain. Sebagai contoh, menterjemahkan solat (yang banyak perkataannya dalam al-Quran) dengan perkataan bahasa Melayu iaitu ‘sembahyang’. Kalau kita mengajak anak pergi ke masjid untuk bersolat, jangan kita gantikannya dengan perkataan sembahyang, kerana sembahyang tidak diajar dalam al-Quran. Anak-anak perlu dididik sejak kecil memahami perkataan-perkataan asal al-Quran. Sepatutnya kita selaku orang tua yang telah memahami perkataan solat iaitu perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam itu maka tidak perlu lagi menterjemahkannya dengan perkataan sembahyang.

 Begitulah seterusnya. Sekiranya kita ingin masyarakat kita benar-benar memahami kehendak al-Quran, seboleh-bolehnya kita tidak menterjemahkan al-Quran. Daripada sekecil-kecilnya iaitu menterjemahkan apa sahaja perkataan sehinggalah sebesar-besarnya iaitu menterjemahkan al-Quran sebagai “bacaan” ataupun lebih dahsyat lagi sekiranya dibolehkan seseorang yang belum pandai membaca al-Quran dalam bahasa Arab untuk membaca terjemahannya dalam bahasa Melayu di dalam atau luar solat!

Wallahu aklam..

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. arya
    Mei 28, 2013 @ 15:53:56

    berarti.bisa di katakan bahwa,orang yang membaca Allqu’an..tidak juga megerti apa arti dari yang di bacaxa,,krna penerjemahanxa pun sulit..dan bagaimana mungkin anda mengajarkan suatu ajaran yang tidak di mengerti…?

    Balas

  2. ibnrajab
    Jun 12, 2013 @ 15:46:18

    Utk mengerti bkn bergabtungan kpd terjemahan.. utk mengerti kita perlu belajar dn mendalami.. not exacly transliterasi

    Balas

  3. KAIDIR
    Feb 10, 2015 @ 14:21:00

    saya setuju dengan Arya… bagaimana mungkin kita memahami suatu kalimat yang kita tidak mengeti artinya. kalo hanya di baca doank tapi artinya gak tau ya sama saja donk… terus saya mau tanya di televisi saat shalat magrib ada terjemahannya kebahasa indonesia… apakah itu berdosa???? terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: