Negeri Kebajikan

Hari ini kita diperdengarkan dengan impian mendiami sebuah negeri malah negara berkebajikan. Sekiranya ditanya kepada setiap daripada kita maka jawapan yang bakal dilahirkan adalah semestinya “Ya! ingin”. Namun apabila diajukan soalan, apakah sebenarnya maksud negara kebajikan? maka ramai pula yang tampil memberikan komen iaitu sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat-rakyatnya.

Model negara kebajikan yang ada pada hari ini dituding kepada negara-negara barat seperti Britain. Kerana di sana, dikatakan kebajikan rakyat yang asasi terpelihara. Setiap rakyat dijamin akan memperolehi makanan yang sepatutnya mereka dapat. Seperti ibu-ibu mengandung, kanak-kanak, orang kurang upaya disediakan dengan bantuan kewangan yang mencukupi untuk menampung rutin atau keperluan hariannya. Seorang ibu yang mengandung akan dibekalkan dengan susu yang mencukupi untuk keperluan kandungannya sehingga bersalin. Begitu juga anak-anak kecil akan dibekalkan dengan susu secara percuma.

Orang-orang kurang upaya, penganggur dan kaki lepak turut dijaga kebajikan makan minum mereka. Setiap bulan mereka akan menerima elaun sekadar cukup untuk membeli bekalan “roti dan keju” serta sedikit habuan bagi “air arak”. Manakala pekerja-pekerja buruh akan dibayar gaji yang adil mengikut jam bekerja. Pada pandangan kita mungkin agak lumayan sekiranya bekerja sebagai tukang cuci tandas 10jam sudah cukup untuk menyara hidup selama seminggu. Kalau sebulan maka perlu bekerja selama 40jam sahaja. Duit masuk boleh dikira ikut jam.

Tekanan
Namun fakta tekanan hidup di negara yang dikatakan berkebajikan seperti yang disebutkan di atas itu tidak dinafikan. Sehingga lahirnya sebuah tamadun manusia yang hanya kenal diri sendiri dan menjaga hak dan kepentingan sendiri. Hal orang lain mungkin tidak diambil peduli melainkan sekiranya hal tersebut akan ada sangkut paut dengan kepentingan diri sendiri. Kita biasa dengar mereka cukup jaga kebersihan kerana tekanan denda yang sangat dahsyat sekiranya didapati bersalah. Maka mahkamah yang membentuk diri mereka bukan ia lahir daripada ketulusan nilai budi. Akibatnya, tekanan.

Kita juga tidak asing apabila mendengar mereka juga tidak keberatan membayar bil-bil termasuk bil perubatan yang tinggi. Kerana itu mereka wajib ambil insuran. Bekerja untuk mengambil beberapa insuran akan menerbitkan tekanan yang lain. Kalau tidak diambil insuran, maka nyawa, harta benda mereka tidak dijamin. Siapa nak jamin sekiranya kereta terlibat dalam kemalangan yang pihak ketiga pula beria-beria untuk menuntut? Akhirnya kehidupan tidak dapat lari daripada sistem insuran yang nampak pada mata kasar seperti menjaga kebajikan tetapi sebenarnya mendidik tekanan yang teramat.

Jadi di manakah sebenarnya kebajikan di negara-negara maju seperti itu? Sekiranya orang perlu bekerja tetapi pendapatannya hanya cukup untuk menampung keperluan hidup yang pelbagai? Malah pendapatan juga dikenakan cukai yang tinggi bagi menampung kebajikan orang lain sebagaimana yang dinyatakan di atas. Menampung keju, roti dan arak! Lama kelamaan kebajikan yang ini akan dipandang sebagai tekanan juga.

Islam
Apa yang dianjurkan Islam lebih daripada itu. Ia sebenarnya kebajikan. Kerana hanya sedikit yang perlu dilakukan oleh manusia, selebihnya akan dilakukan sendiri oleh Allah SWT. Dalam al-Quran telah jelas Allah menegaskan sekiranya sesuatu kaum (atau penduduk sebuah bandar) itu beriman dan bertaqwa maka Allah akan turunkan barakah (kebajikan) daripada langit. Tiada siapa yang berani menjamin kebajikan sebenar bagi manusia melainkan penciptanya sendiri. Tinggal lagi manusia perlu yakin seperti mereka yakin sekiranya dilontarkan sebiji batu ke dalam air maka ia akan tenggelam menuju ke dasarnya.

Islam mewajibkan umatnya yang mampu untuk berzakat. Ia adalah suatu sistem yang lebih hebat daripada sistem yang manusia wujudkan iaitu cukai. Sekiranya dilihat daripada peratusannya pun manusia yang mempunyai akal yang celik dapat membezakan betapa hebatnya zakat yang hanya dibayar 2.5% berbanding cukai yang sangat membebankan.

Terlalu banyak contoh sistem anjuran Islam yang menjamin keselesaan masyarakat. Kerana institusi yang dianjurkan Islam lebih bersifat keikhlasan. Orang yang melakukan perkerjaan ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaran daripada Allah. Begitu juga orang yang membayar (seperti zakat) juga dengan ikhlas kerana taat kepada Allah. Tuhan yang Maha Menciptakan. Dengan yang demikian barulah lahirnya ketenangan. Kebajikan yang besifat tenang bukan tekanan.

Kereta sewa
Sebagai contoh (kalau boleh dikategorikan begitu) kadar bayaran kereta plet (teksi) di negeri Kelantan. Jika anda menaiki perkhidmatan kereta plet ini dari bandar Bachok ke Kota Bharu (sejauh 30 km dan memakan masa 45 minit) maka anda akan dicaj RM4.00 (Ringgit Malaysia: Empat sahaja). Berbanding menaiki perkhidmatan bas yang dikenakan caj RM2.50 (atau lebih kerana sudah 2 tahun ana tidak menggunakan perkhidmatan ini). Tetapi memakan masa hampir 1 jam setengah.

Selain itu anda akan dapati driver kereta plet itu cukup mesra, melayan anda bercakap daripada satu isu kepada satu isu tidak henti-henti sehingga anda sampai di destinasi. Kadang-kadang bertanyakan khabar diri anda dan memberikan sedikit nasihat (sekiranya anda stundent macam ana sekarang ini). Tidak tergambar sedikit pun diwajahnya bayangan keresahan jauh sekali ketegangan menghadapi hidup yang menjadi ujian Allah atas dunia ini.

Individu
Kebajikan sebenarnya lahir daripada individu. Apabila ketenangan (keredhaan) menjadi pakaian individu, maka mudahlah sesebuah kerajaan yang bersifat kebajikan ingin dibentuk. Bukan sebaliknya. Kerajaan berkebajikan tidak akan dapat diwujudkan melalui individu yang tidak kenal kemanusian dan kepatuhan kepada Tuhan. Keimanan lah satu-satunya mekanisma yang mampu membentuk negara berkebajikan.

Negara tidak akan bangun tanpa individu. Begitulah seterusnya negara tidak akan berkebajikan tanpa sokongan daripada individu yang boleh memberikan sumbangan kebajikannya. Pepatah mengatakan kita menerima apa yang kita memberi sebenarnya. Sekiranya kita menginginkan kebajikan seboleh-bolehnya kita perlu memberi sebanyak yang mungkin kebajikan kepada orang lain.

Kesimpulan
Kebajikan yang ingin diketengahkan ialah sebenar kebajikan. Iaitu yang tidak menerbitkan tekanan di sebalik beberapa kemudahan yang disediakan. Pendekatan ubudiah itulah yang perlu diutamakan. Iaitu manusia memberi dan menerima kebajikan hanya semata-mata melahirkan ketaatan kepada Allah. Maka dengan itu akan turunnya barakah Yang Maha Pencipta. Kemudian di sanalah nikmat ketenangan akan dicapai.

Yang diingini daripada kebajikan adalah ketenangan, bukan tekanan.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: