Suatu kisah benar

Dahulu ana terlibat menjadi ejen sebuah syarikat takaful (zalim) yang (kononnya) berunsurkan Islam. Beberapa kali ana diberitahu oleh rakan-rakan bahawa GM (general manager) unit ana itu konon cakap memperjuangkan Islam melalui takaful tetapi solat jumaat pun tak pernah nampak. Macam biasa ikut prinsip Islam kita tidak boleh dengan mudah mempercayai sesuatu cerita. Namun, setelah bergaul dengannya lama kelamaan hati mempercayai bahawa GM tak pergi solat jumaat. Solat yang lain entah lah juga. InsyaAllah dia buat..

Terminate
Dalam masa setahun ana berjinak-jinak memperkenalkan takaful tersebut kepada sanak saudara dan rakan-rakan terdekat, pendapatan bulanan (komisen) yang diperolehi daripada usaha tersebut telah mula menampak. Dua tahun ia telah menjadikan pendapatan bulanan ana 300-400 sebulan. Bagi ana yang hanya ingin terlibat dalam perniagaan tersebut secara part time sudah lebih daripada cukup. Ana anggap bisness ana itu suatu hobi dan kelebihan kerana dapat berkongsi idea yang baik (takaful Islam) bersama klien.

Nak dijadikan cerita ana kena hadiri kursus selama 14 minggu. Selama itu ana tidak dapat klien walaupun seorang. Kecuali setelah ana tamat kursus ana berjaya dapatkan sepupu sebelah isteri yang baru disahkan jawatan dan berminat dengan takaful. Tiba-tiba (setelah pendapatan bulanan hasil komisen telah mencecah RM400++) maka ana dapat satu surat daripada pihak pengurusan takaful berkenaan menyatakan ana telah di’terminate’kan.

Akibat

1. Semua jumlah komisen ana (klien lama dan baru yang telah mencecah RM400++ sebulan) akan dimasukkan ke akaun GM (up line) berkuatkuasa serta merta.

2. Semua sijil-sijil dan kad kuasa ditarik balik.

3. Masih melayan karenah-karenah ahli yang telah masuk takaful dengan ana. Bila diminta GM yang uruskan, dia buat tak tahu yang menyebabkan akhirnya mereka (klien) cari ana juga. (free services)

Rasa tidak Islamik
1. Islam tidak menganjurkan aniaya.

2. Tiada satu surat amaran pun dikeluarkan bagi menyatakan kedudukan sebenar status ‘sale’ ana. Kalau pun malas nak memberikan motivasi.

3. Bisness oriented: sememangnya menggunakan nama Islam untuk semata-mata mengaburi mata klien. Pengamal (ajen atau GM) yang tidak mengamalkan Islam (contoh tak solat jumaat) tidak dikenakan tindakan. Asal sahaja dapat bawa keuntungan kepada syarikat. Jika tidak, akan diterminate dalam keadaan menzalimi orang lain (kerana hasilnya akan dimasukkan ke dalam akaun upline)

Sebab
Kawan-kawan ana (ajen yang belum diterminatekan lagi) menyatakan ‘sale’ ana tak cukup. Sepatutnya ana perlu dapat komisen RM1400++ sebulan atau jumlah komisen tahun RM16000++ (16k). Ini dapat komisen RM400++ sahaja sebulan dan dalam lingkungan RM4800 sahaja setahun. Jauh sangat dari target. Memang boleh kaya orang yang buat takaful.

Ana bukannya bisnes takaful secara sepenuh masa. Ana guru dan perlukan komitmen pada tugas utama itu. Ana join takaful ini sebenarnya nak cari ramai kawan. Bertukar-tukar pandangan dan membina kefahaman orang lain. Itu sahaja ‘oriented’ ana bukannya duit atau ‘side-income’. Ana sangat bersyukur kerana dengan jadi ajen walaupun dalam tempoh yang sangat singat, ana lebih faham apa itu takaful dan kepentingannya dalam kehidupan muslim.

Apa sudah jadi
Ana masih lagi setia dengan syarikat takaful (dengan menyertai produk-produknya sehingga kini). Bayaran bulanan ana dibuat secara potongan gaji. Jadi ana buat lupa sahaja amaun yang dibayar kepada syarikat tersebut.

Tiba-tiba, syarikat ini telah ditelan pula oleh institusi kewangan yang berpengaruh di negara ini. Terpaksa menjenamakan semula. Ana lihat betapa lintang pukangnya sesuatu perkara yang kulitnya sahaja nampak macam mengamalkan Islam. Tapi sebaliknya, segala isi-isi dan benihnya hanyalah bisnes dan mengejar kekayaan semata-mata. Tukarlah nama apa pun tapi kalau perjuangan yang tidak ikhlas ditambah pula dengan orang-orang yang bekerja di dalamnya munafik maka sesuatu yang sangat menghinakan akan berlaku. Syarikat bawa nama Islam tapi kena telan oleh sebuah institusi kewangan bukan Islamik. Betapa malunya. Dan memalukan Islam.

 Ana berazam, kalau dapat anak baru nanti, tak mahu lagi sokong syarikat yang kononnya ingin memperjuangkan kewangan bangsa dan agama. Ana nak cari yang lebih islamik dan masih bertahan dengan nama asalnya. Dari dulu sehingga sekarang. Bagaimanapun ana berdoa sekiranya suatu ketika dahulu ana dizalimi (RM400++ sebulan itu walaupun tidak banyak tetapi ia adalah hak) semoga Allah memberi hidayah taufik agar mereka bertaubat. Dan taubat yang paling dikehendaki ialah agar mereka tidak berselindung di sebalik nama Islam untuk menjual Islam dengan harga yang murah!

 Wallahu aklam.

Advertisements

9 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Feb 22, 2008 @ 12:27:17

    salam,
    kesian ko anta yie.kena zalim.

    Balas

  2. ibnrajab
    Feb 23, 2008 @ 17:48:26

    Kalau kena zalim.. atas niat org tu ler.. hihi

    Balas

  3. naim
    Mei 21, 2008 @ 11:35:00

    kesian awak. xpe, itu ujian tuu.. abis, sanak saudara & kawan2 yg jd client masih contact utk bertanya lagi ke.. masih dgn takaful tu ke..? sesetengah org akan join takaful lain dan tarik semua client die.. penat2 awak cari client utk side income, org lain dpt macam tu aje..

    Balas

  4. ibnrajab
    Mei 22, 2008 @ 00:33:50

    tak selalu, ada juga jarang-jarang yg terlibat dgn masalah claim.. apa yg mampu ana tolong, refer kes mereka kepada pihak yang berkenaan.. ada yang dapat hak mereka (biasa claim hospital).. macam isteri ana sendiri pon claim tak dapat.. tak kisah lah.. kerja tak betul macam tu adalah ganjarannya.. kerana Allah itu Maha Adil.. ana syukur juga kena terminate sebab tanggungjawab sebagai wakil insuran/takaful ni agak berat juga.. di sini dan di sana.. sebab kadang2 ia melibatkan perasaan (suka/redha) orang..

    Balas

  5. roza
    Ogo 13, 2009 @ 14:11:45

    apa nama syarikat takaful tu? kalau etiqa, betul la kot sebab sebelum ni namanya takaful nasional—-> ambil alih oleh maybank jadi takaful etiqa. c’ne? betul ke?

    IbnRajab: hehe..

    Balas

  6. Iramaz
    Apr 01, 2010 @ 15:11:41

    Ana rasa sekarang ni ramai para Kafirin ni berminat nak buat Takaful sebab Market dia besar kat M’sia ni.. Tapi adakah mereka ini betul2 mahu menjalankan muamalat islam kerana allah..?
    Wallahu alam..

    IR: org2 yg tidak beriman dgn Allah sudah tentu mrk buat sesuatu bukan krn Allah. tetapi, besar kemungkin mrk yg belum beriman akan dilembutkan hatinya (jadi muallaf) slps melihat sendiri kehebatan sistem Islam. wallahu aklam

    Balas

  7. brader yie
    Mei 27, 2010 @ 14:32:16

    A’kum…sunguh menarik dan sedih skali kisah anda.Saya ingin betanya sedikit syarikt takaful apakah yg anda masuk?smpai terminate anda sbegitu rupa??Tolong nyatkn syarikt?..sy masih kurg jelas.Sepanjang kajian dan kaji selidik saya pd sumber2 yg sahih.Syarikt insurn takaful yg betol2 mgamalkn sistem muamalat islam dlm malaysia ialh takaful ikhlas dan takaful malaysia,yg bebas dr pegangan asing dan bebas dr 3 unsur yakni riba,gharar dan 1 lg sy lupa…maafkn sy.9 syarikt insurn lain (MAA takaful,BSN takaful,Prudential takaful dll..)yg turut menawarkn produk takaful semuanya adalh nyata terlibt dgn gharar,riba..mereka turut memohon lesen takaful dr bank negara,dek krn saingan yg sengit dr syarikt takaful tulen,anda boleh semak fatwa yg dikeluarkan oleh Mufti Perak Dato harussaini bg mndpt keyakinan yg jelas.

    Untuk maklumt lanjut semua reader sila semak disni..web: http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/

    Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful-Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.? ……
    Persepsi saya mgkin anda ni dr ejen konvesional @ becampur aduk,sy juga adalh salh seorg ejen takaful ikhlas,spjg pemerhatian sy takder sorang pn kna terminate di agensi sy,yakni takaful ikhlas,walaupn anda statik tiada output…anda hnya rugi krn anda tidk menggunakn jln rezeki yg Allah bg…Sy skdr menyatakn pndpt shj,fahami konsep takaful,sejarah takaful dr mana asalnya,manusia pertama yg memperkenalkn takaful…maafkan hamba krn menyinggah tanpa di undang..blog sy masih dlm under contruction,nti siap mgkin sy akan menjemput anda semua ke sana..a’kum ///

    Balas

  8. rosli
    Sep 22, 2014 @ 20:48:15

    Anda silap Tuan..pertama sebelum join ada baca kontrak sebagai agen tak..sebenarnya saudara sendiri yang menzalimi diri sendiri.

    Sebagai guru..tak akan tuan tak baca terma yg ada dlm. Kontrak tu..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: