Jangan dihina sudahlah

Pada hari ini mari kita berkongsi kata-kata Saidina Umar Ra. Katanya “Kita ini adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Namun sekiranya kita memilih selain daripada Islam, maka Allah akan menghinakan kita”. Adakah benar Allah menghina hamba-hambaNya? Atau manusia sendiri yang melakukan pekerjaan sehingga menghinakan dirinya sendiri. Dengan disedarinya atau tanpa disedari.

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman (surah an-Nahl ayat 33) mafhumnya “Allah tidak sekali-kali menzalimi hambaNya melainkan hamba tersebutlah yang menzalimi diri mereka sendiri”. Tegasnya melalui ayat tersebut bahawa Allah tidak melakukan kezaliman terhadap hamba-hambaNya. Tetapi dengan melakukan pekerjaan atau perbuatan yang bertentangan dengan ajaran syariat Allah, dengan sendirinya termasuklah seseorang itu dalam kezaliman terhadap dirinya sendiri. Sebagai contoh hasad dengki dan sifat marah yang akhirnya akan menyebabkan tekanan kepada kehidupan seseorang yang mungkin mengakibatkan pelbagai penyakit zahir (darah tinggi, hypertension dll) atau batin (sifat tidak tenang).

Senario yang dilihat hari ini (musim ini) seperti orang Islam sanggup melakukan sesuatu kerana disuruh atau mengikut kehendak orang bukan Islam. Dengan bayaran RM400 semalaman, orang Islam yang rendah maruahnya sanggup menggantungkan bendera-bendera mengajak orang lain menyokong seorang calon yang bukan Islam. Apakah pendapatannya (RM400) semalaman itu cukup menampung hidup selama 5 tahun? Hinanya orang Islam kerana menyokong mana-mana parti sanggup menjadi alat orang bukan Islam yang akan menjadi pemerintah kepada dirinya sendiri.

Menyokong orang yang bukan daripada bangsanya sendiri. Bukan pula seagama pula. Cuma pendekatan (parti) sahaja yang sama. Perjuangan parti pula bukannya telus atau ikhlas memperjuangkan Islam. Kalau ya pun nak sokong orang bukan sebangsa dengan kita, hendaklah sama agama dengan kita. Islam. Kerana orang Islam tidak akan berlaku zalim terhadap orang bukan Islam, apatah lagi sesama Islam. Lagipun menjadi ajaran Islam melakukan keadilan kepada semua tanpa mengira bangsa.

Tetapi sekiranya sudahlah tidak sebangsa, agama pula berlainan, sudah tentu kita selaku orang Islam walaupun kita pernah menabur budi yang tinggi kepadanya, kita masih akan diperlakukan dengan zalim. Samentelah lagi orang itu langsung tak pandai dan tidak ingin menuturkan bahasa kita pun. Apakah sanggup, kerana parti kita terus dan terus memberi sokongan dan mengajak orang lain turut sama menyokongnya. Kalau dia nak bertanding pun, biarlah dia bertanding mewakili kaumnya dan agamanya (kerana negara Islam perlu ada juga wakil agama lain, bangsa lain bagi memberi pandangan tentang kaumnya dan perihal agamanya agar kita tidak melakukan kezaliman pada hak mereka).

Kesimpulan.
Allah tidak menghina kita, sebaliknya kita sendiri yang mencari kehinaan dengan meletakkan diri kita di bawah telunjuk mereka yang tidak memilih Islam sebagai cara hidup. Akhirnya, kita hanya nampak kebahagiaan yang sedikit (RM400 atau kehidupan malah kemewahan duniawi) sahaja tanpa memikirkan langsung akan kehidupan kita yang abadi, tempat kita kembali.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. anakkawi
    Mac 02, 2008 @ 01:39:30

    lebih baiuk dihina daripada menghina…

    Balas

  2. ibnrajab
    Mac 03, 2008 @ 10:41:14

    Terima kasih..

    Allah juga menghina Abu Lahab (rujuk surah al-Masad ayat 1). Apakah kita mengatakan Allah SWT tidak baik? subhanallah.. atau adakah kita mengatakan Allah mengajarkan umatnya sesuatu yang tidak baik? kerana semua isi al-Quran itu adalah ajaran Allah.. Dia nak mengajar kita bagaimana urusan kita.. kalau patut kita menghina maka kenalah kita menghina.. tetapi menghina seseorang dengan tepat atau bizzat seperti Allah menghina Abu Lahab tidak boleh lah sebab kita hanya hamba.. Allah boleh kerana Allah adalah Allah..

    Maka kata2 dihina lebih baik daripada menghina tidak tepat. Melalui tulisan ini ana in ingin nyatakan jangan kita orang Islam ini dihina, mengina diri kerana kita membawa risalah Islamiah (Agama Islam) yang tidak ada agama lain yang lebih tinggi selainnya (rujuk hadith Al-Islam ya’lu wala yu’la alaih)

    Jangan saudara terasa hati dengan komen jawab ana ini. Ilmu ana tidak seberapa tetapi ana berusaha bawakan yang terbaik.. sekiranya silap di mana-mana harap teguran/perbincangan..

    Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua..

    Wassalam.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: