Faham Keberkatan

Firman Allah dalam al-Quran (surah al-A’raf ayat 96) bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk (sesuatu) negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami (Allah) akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” menjelaskan tentang kaitan di antara keberkatan dan keimanan serta ketaqwaan umat manusia kepada Allah SWT.

Sekiranya dilihat kepada perbincangan para ulama berkaitan ayat ini, mereka menafsirkan “barakah” itu sebagai:

1. Imam Ibn Kathir: Berkat adalah hujan dari langit dan tanaman yang tumbuh di bumi. Keberkatan diperolehi apabila hati mereka beriman, membenarkan dan melaksanakan perkara yang dibawa oleh para Rasul serta bertakwa dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan Allah SWT (Tafsir Ibn Kathir 2/224).

2. Imam Fakhru Razi: Berkat dari langit ialah hujan, manakala berkat dari bumi ialah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, binatang ternakan yang banyak dan memperolehi keselamatan dan keamanan (Tafsir al-Kabir 14/151).

3. Shiekh Mutawalli as-Sya’rawi: Allah SWT menganugerahkan melebihi daripada saiz yang diperlukan, samada diberi melalui rezeki ijabi (secara langsung dan dapat ditafsirkan/diukur oleh penglihatan kasar) atau rezeki salbi (tidak secara langsung dan tidak dapat diukur/ditafsirkan oleh mata kasar seperti diberi sumber kewangan yang sedikit dengan kesihatan yang baik maka wang yang sedikit itu tidak dibelanjakan juga kerana tidak perlu membelanjakan kepada perubatan yang tinggi (Tafsir as-Sya’rawi 7/4257).

4. Dr Amir Abd Aziz: Berkat dari langit ialah hujan yang lebat menumbuhkan tanaman dan perahan susu binatang yang banyak untuk diminum. Berkat dari bumi pula ialah sesuatu yang dinikmati oleh manusia dan binatang ternakan daripada buah-buahan yang enak dan tanam-tanaman yang subur. Keberkatan juga meliputi kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, keamanan dan kasih sayang. Jauh daripada kemarau, kering kontang dan kelaparan.

Daripada penafsiran dan pendapat para ulama terhadap maksud barakah daripada ayat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa keberkatan yang Allah akan bukakan kepada manusia beriman dan bertaqwa ialah suatu kehidupan yang dipenuhi dengan kesejahteraan, dilingkungi keamanan dan keharmonian, terhindar daripada ancaman jenayah yang membimbangkan dan mengganggu ketenteraman, pembinaan masyarakat yang mengutamakan budaya kejujuran, pemupukan perasaan kasih sayang dan belas kasihan di antara satu sama lain, penghasilan ekonomi yang berkembang subur, tiada halangan daripada segi bencana alam dan kerosakan serta seterusnya menjadikan kehidupan sebagai tempat ibadah kepada Allah menuju kesejahteraan yang hakiki di akhirat.

Kesimpulan.

Persoalan yang dijawab oleh soalan, dimanakah letak duduknya kebahagiaan manusia itu merupakan jawapan kepada keberkatan. Bukanlah kekayaan maddi (sumber seperti wang) yang menjamin hidup manusia dilimpahi keberkatan, namun keimanan dan ketaqwaan adalah suatu asas bagi memperolehi sumber yang baik seterusnya memungkinkan keberkatan dalam kehidupan (dari alam dunia sehingga alam akhirat).

Manusia yang hanya mengejar kemewahan (kaya maddi) sahaja, tanpa memikirkan aspek yang digariskan al-Quran (keimanan dan ketaqwaan) akhirnya akan tenggelam di dalam keasyikan mereka setelah dihujani dengan wang ringgit yang banyak tetapi mengalir keluar dengan begitu sahaja. Sebagai contoh wang yang banyak itu digunakan bagi mengubati penyakit-penyakit yang pelbagai (yang tidak dikenali langsung pada masa-masa lampau). Akhirnya keluarlah pepatah “manusia hari ini menjumpai pelbagai jenis ubat untuk mengubati fizikal manusia tetapi tidak pula berjaya mengubati mereka yang menderita sakit batiniah (mental)”.

Keimanan kepada Allah, beramal untuk mencapai darjat ketakwaan yang tinggi, itulah sebenarnya kehidupan sejahtera penuh barakah yang menjamin kebahagian manusia, bukan sahaja terhad di dunia, tetapi berterusan ke alam akhirat yang dimulai dengan alam barzakh..

 Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Pilih sekolah di Kelantan « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: