Pengalaman pertama mengundi

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberikan rezeki oleh Allah maka dapat lagi kita menikmati kehidupan ini buat mengumpul bekalan menuju perjumpaan agung di hadapan Allah suatu hari nanti. Rezeki yang paling besar ertinya adalah nikmat Islam dan Iman itu sendiri. Syukur ke hadrat Allah yang telah memilih kita untuk mendapat petunjuk dan hidayah maka kita tergolong daripada golongan orang yang beriman dengan Allah sebagai tuhan serta mengambil segala ajaranNya sebagai panduan hidup.

Hari ini Alhamdulillah ana sekeluarga (yang mana layak) keluar mengundi. Semuanya berjumlah tujuh orang. Semuanya juga insyaAllah sependapat dalam memilih calon yang terbaik bagi menentukan siapa yang akan memerintah Negeri yang tercinta ini. Semoga usaha yang sedikit ini diterima dan akan mendapat keredhaan Allah di dalam memperjuangkan Islam yang maha suci.

Suasana pertama kali mengundi. Rupa-rupanya itulah pilihanraya. Meriah macam hariraya juga. Ada juga kedengaran jarang-jarang suara takbir. Cuma ia lain sedikit lah daripada takbir hariraya. Tapi takbir tetap takbir. Lafaznya pun sama. Cuma pendek panjangnya sahaja yang berbeza. Itu di sebelah pihak. Mudah-mudahan Allah menolong dan merahmati hamba-hambanya yang sentiasa bertakbir.

Di tempat ana tidak ada langsung nampak pertelingkahan (zahir) di antara dua pihak yang bertanding. Semuanya bersifat (boleh dikatakan mengikut pandangan ana) profesional. Walaupun menyokong parti yang berbeza tapi sempat lagi bertegur sapa di antara satu sama lain. Senyuman nampak tidaklah terlalu lekang di bibir-bibir. Gurau senda (semestinya berbaur sedikit sindiran) juga kedengaran jarang-jarang.

Boleh dikatakan proses pilihanraya di tempat ana ini berjalan lancar dan selamat. Cuaca pula mendung seolah-olah memberikan restu. Mudah-mudahan segala apa yang diusahakan ini juga direstui. InsyaAllah.. segalanya akan berakhir dengan keputusan yang baik.. Sabda Rasulullah SAW “Bagi umatku segalanya baik. Sekiranya ia diberikan nikmat maka ia syukuri, baginya ganjaran yang baik (pahala). Begitu juga sekiranya ditimpa ujian (yang nampak macam musibah pada zahir) maka ia sabar, baginya ganjaran yang baik juga”  

Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: