Menaiki keretapi

Perjalanan dari UKM (Bangi/Kajang) ke Kota Bharu boleh pilih samada dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspress, keretapi maupun kapal terbang. Sekiranya anda seorang student (Sekolah, Institut Perguruan, IPTA) pakej yang paling murah adalah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi. Harga tambang pergi dan balik hanya RM34.00 (ianya hanyalah tambang sehala sahaja bagi perkhidmatan bas ekspress). Sekiranya anda hanya ingin tambang sehala maka RM17.00 sahaja (iaitu separuh daripada harga tiket bas).

Untuk mendapatkan harga seorang student, anda perlu memohon sekeping kad pelajar KTM. Bayaran yang dikenakan untuk memperolehi kad berkenaan adalah RM30.00 (sekali sahaja). Anda boleh menggunakan kad tersebut untuk membeli tiket keretapi pelbagai kelas dengan harga diskaun seorang pelajar. Diskaun yang diberikan adalah antara 35% sehingga 40% bergantung kepada kelas yang anda inginkan. (untuk kelas ekonomi yang tiket asalnya harga RM27.00 anda dapat RM17.00 iaitu dengan potongan sebanyak 37%.

Keperluan lain untuk memohon kad diskaun pelajar KTM itu ialah; satu salinan kad matrik, satu salinan kad pengenalan dan juga satu salinan borang permohonan (boleh diperolehi di semua stesen utama KTM antara bandar). Permohonan anda yang telah lengkap bolehlah diserahkan kepada mana-mana pegawai di semua kauter tiket KTM (kecuali kaunter KTM komuter). Anda akan diberikan resit bayaran yang mana dengannya anda sudah pun boleh mula menggunakan kemudahan sepertimana yang dijelaskan di atas. Dalam masa sebulan, kad pelajar KTM anda akan diposkan ke alamat sebagaimana yang termaktub di dalam borang permohonan.

Cuma, sekiranya anda telah berkeluarga, kad diskaun ini hanya boleh digunakan bagi kemudahan anda sahaja dan tidak boleh digunakan bagi mendapatkan diskaun bagi pembelian tiket kepada ahli keluarga. Buat masa sekarang ini, perjalanan dari Kajang ke Kota Bharu menggunakan dua train setiap hari. Sebuah bertolak pada jam 5.03 petang dan sebuah lagi bertolak pada jam 9.03 malam.

Bagi anda yang mementingkan keselesaan untuk solat, tidur, membaca, membuat kerja dan sebagainya, anda boleh memilih kelas pertama yang menyediakan sebuah kabin lengkap sebuah katil, kerusi, sinki dan sedikit ruang untuk anda solat, membaca, melakukan sebarang aktiviti. Setelah itu anda bolehlah tidur dengan nyenyak sekali disamping buaian gerabak yang disulami dengan bunyi geseran rel yang sangat mengasyikkan itu. Dengan potongan sebanyak 40% anda hanya perlu membayar lebih kurang RM60-65 bergantung kepada jenis train yang membawa kelas berkenaan.

Selamat datang ke Negeri Unik, Kelantan Darul Naim..

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Bas Budaya « Kalam IbnRajab
  2. nur maizatul akma
    Jul 03, 2009 @ 16:28:50

    semue nye g***

    IbnRajab: assalamu’alaikum.. apa citer ni?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: