Peluang

Hari ni mari kita bercakap tentang peluang. Dalam kamus bahasa Melayu, peluang diertikan sebagai kelapangan atau kesempatan (Kamus Dewan, 1992). Selalunya peluang hanya dikaitkan dengan sesuatu yang baik. Peluang baik. Tidak dikatakan peluang buruk. Ia tidak digunakan bagi sesuatu yang tidak baik. Contohnya peluang menjadi kaya, peluang mendapat kenaikan gaji, peluang mendapat barang dengan harga rendah dan sebagainya. Tidak pula orang mengatakan peluang mendapat sakit, peluang ditimpa bala dan sebagainya yang berbentuk tidak baik.

Sekiranya seseorang ingin membuka peluang kepada orang lain bagi mendapatkannya, mereka hanya akan membuka peluang-peluang yang baik. Sudah semestinya baik pada pandangan orang yang akan mengambil peluang tersebut. Contohnya peluang mendapatkan barang dengan harga murah. Pihak syarikat sudah tentu pada zahirnya akan kerugian (nampak pada zahir) dengan menurunkan harga barang kepada kadar untung minima (untung tetap untung). Sebaliknya pelanggan akan seronok kerana mereka berpeluang mendapatkan barang yang dikehendaki dengan harga murah. Jadi di sini, peluangnya adalah merujuk kepada pelanggan bukannya penjual.

Tetapi, dengan menurunkan sesetengah harga barang di kedai mereka sebenarnya akan berpeluang mengaut keuntungan pada baki harga barang (lain) yang tidak diturunkan. Selalunya kita perhatikan, kebanyakkan syarikat (supermarket, hypermarket dll) hanya melakukan promosi pada sesetangah barang yang diperlukan oleh kebanyakan orang seperti minyak masak, susu anak dan biskut-biskut kemudian mereka mengekalkan harga barang yang lain (juga sangat diperlukan) seperti beras, milo, buah-buahan dan sebagainya.

Itulah peluang-peluang yang ada di dunia ini. Walaupun nampaknya menguntungkan (baik) namun sedikit sebanyak merugikan. Sebagai penjual, mereka berpeluang mengaut keuntungan tetapi pada masa yang sama mereka juga rugi kerana terpaksa menurunkan harga sesetengah barang. Sebagai pembeli pula, mereka berpeluang mendapat sesetengah barang dengan harga murah tetapi pada masa yang sama mereka rugi sekiranya membeli (dan mereka sebenarnya terpaksa juga membeli) barang yang lain yang dikekalkan harganya (bertambah malang sekiranya dinaikkan harganya). Itulah hakikatnya!

Cuma, peluang-peluang yang diwujudkan oleh Allah SWT benar-benar menguntungkan hamba. Tidak ada satu pun peluang yang Allah wujudkan itu akan menguntungkan Allah pada masa yang lain. (Kerana Allah tetap Allah dan tidak ada sesuatu yang boleh menguat atau melemahkanNya). Seperti peluang mendapat pahala berganda pada bulan Ramadhan. Dengan digandakan pahala sunat kepada pahala amalan wajib. Dengan diadakan pula malam lailatul Qadr. Dengan janji rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka kepada hambaNya yang berusaha mendapatkan peluang tersebut.

Perkara-perkara seperti itu tidak menguntungkan Allah langsung. Bahkan yang untungnya adalah hamba-hambaNya. Itulah murahnya Allah SWT. Rahmat dan kasih sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. Menaburkan peluang dan bakti. Cuma tidak ramai manusia menjadi hambaNya yang bersyukur. Jauh sekali menjadikan hari-hari mereka bertambah baik dari sehari ke sehari. Kebanyakkan mereka lupa dan alpa dengan peluang-peluang yang berupa fatamorgana di dunia yang fana.

Di dalam pengsyariatan peluang (lailatul Qadr dan sebagainya). Itu sebenarnya ajaran Allah SWT bagi memandu manusia untuk hidup di dunia ini. Setiap apa yang disyariatkan sebenarnya sekiranya dijadikan panduan hidup adalah memanfaatkan. Itu juga merupakan tanda atau bukti bahawa panduan hidup manusia (al-Quran dan segala ajarannya) adalah daripada Allah. Kerana semua daripada Allah tidak mampu diadakan oleh manusia atau makhluk sebaik apa yang telah Allah adakan.

Kita bawa contoh peluang lailatul Qadr. Ia terdapat di dalam al-Quran surah al-Qadr. Ia menyeru manusia mengejar peluang tersebut sehingga amalan yang dilakukan padanya diganjarkan dengan amalan seribu bulan pada bulan-bulan yang biasa. Itu peluang. Membuka peluang dan mengejar peluang adalah ajaran Allah.

Kita lihat pula, fitrah manusia sukakan peluang. Asal sahaja nampak peluang maka manusia yang normal akan berusaha mendapatkannya. Cuma bezanya orang yang sedar dan tahu nilai peluang itu atau orang yang tidak sedar. Orang yang sedar akan berusaha manakala yang tidur akan terus leka. Tetapi semua orang jika sedar, semuanya akan berlari-lari mengejar peluang. Kerana peluang merupakan kesukaan manusia secara semulajadi. Secara fitrah! Itulah sifat yang Allah jadikan dan hanya Allah yang mengetahui rahsianya. Iaitu suka akan peluang.

Setiap kita hari ini sukakan peluang. Orang yang sedang gembira akan menjadi lebih gembira sekiranya diberi apa jua peluang. Orang yang sedang berduka lagi-lagi lah bergembira sekiranya diberikan peluang. Orang miskin, kaya, budak yang sudah mumayyiz, orang dewasa dan sesiapa sahaja pasti suka kepada peluang.

Itulah mukjizatnya al-Quran. Ia membawa sesuatu yang menggembirakan manusia. Tidak ada sesuatu pun di dalam al-Quran yang tidak pernah menggembirakan manusia. Dahulu, kini dan selama-lamanya sehingga tiba hari kiamat! Kalau anda mampu, sila lah bawa datang sesuatu perkara yang disebut di dalam al-Quran yang mampu menyedihkan manusia. Anda pasti tidak mampu kerana hal itu sudah dinyatakan juga (bahawa anda tidak mampu) melalui surah al-Baqarah ayat 23 yang masyhur itu (tentang cabaran al-Quran terhadap manusia, dan mereka tidak mampu).

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: