‘Adat atau ‘Urf

Salamullahi’alaikum wbt..

 Sekiranya dalam bahasa Melayu, ‘Urf itu diertikan sebagai adat. Contoh ‘urf adalah adat resam, adat pepatih, adat sekumpulan orang atau tempat. Sebaliknya jika dua-dua perkataan itu dalam bahasa Arab, maka ia membawa maksud yang berbeza daripada segi bahasanya. ‘Adatan bermaksud kebiasaan. Manakala ‘Urf diambil daripada perkataan ‘Makrifah’ iaitu sesuatu yang telah dikenali daripada sesuatu atau daripada sesebuah kumpulan orang.

 Kebiasaan saya makan sekali sahaja sehari. Itu adalah ‘adatan. Saya biasa makan sekali sehari. Manakala ‘urf orang Kelantan (suatu masa dahulu dan ada juga berlaku kini) bila pergi kenduri bagi duit “ngelan”. Jika tidak diberi maka nampak janggal dan terasa bagai sesuatu yang tidak kena dalam hati. Kini pun walau tuan rumah dah kata tak nak “ngelan” itu, tapi bila kita pergi ke tempat kendurinya, kita bawa juga dua kilogram gula, atau setin biskut dan sebagainya. Berbasa basi. Itu adalah ‘urf kerana ia telah wujud dan diketahui sekian lama dalam kalangan sesuatu masyarakat itu. Dalam bahasa Melayu pula ia dikenali sebagai “Adat”. Tetapi ia bukanlah (al-‘Adatu atau ‘Adatan) dalam bahasa Arab itu.

Dalam ilmu Kaedah Fiqhiyyah pula, al-‘Adatu Muhakkamatun bermaksud dalam bahasa Melayunya sebagai “Kebiasaan diambil kira dan menjadi rujukan hukum (fiqah)”. Di sini kita tidak boleh memahami perkataan (al-‘Adatu) bermaksud adat sebagaimana dalam bahasa Melayu seperti adat resam itu. Kerana (al-‘Adatu) dengan adat resam adalah dua perkara yang berbeza. Tidak semua kebiasaan itu merupakan adat resam, sebaliknya adat resam itu menjadi adat resam kerana kebiasaannya.

Sebab itulah terdapat dalam kalangan ulama yang menafikan adanya perbezaan di antara al-‘Adatu ini dengan al-‘Urf. Tetapi sekiranya diperhatikan secara mendalamnya daripada segi maksud bahasa, ia tetap ada perbezaan. Kalau pun ia hampir sama. Perbezaan akan nampak secara jelas sekiranya kita menerbalikkan penggunaan kedua perkataan ini dengan ‘Kul’. Maka kita tidak akan setuju sekiranya ada orang mengatakan Kullu’ ‘adati ‘urfan wa kullul ‘urfi ‘adatan. Tentu ia tidak tepat. Oleh yang demikian (walaupun sedikit) mesti ada perbezaan (terutama daripada segi bahasa) di antara al-‘adatu dengan al-‘urfu.

Terlalu amat mengelirukan juga sekiranya kita menterjemahkan (al-‘adatu) sebagaimana yang terdapat di dalam kitab kaedah fiqhiyyah itu sebagai adat yang digunakan oleh orang-orang melayu atau sebagaimana penggunaan dalam kamus Dewan yang diertikan sebagai “peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulu kala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut adat orang-orang Melayu. Adat istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. Adat resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1. mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2. mengikut adat (ketika melakukan sesuatu).

Wallau aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: