Isu j-QAF: Menolong

Bismillahirrahmanirrahim..

Tolong menolong adalah perkara yang sangat digalakkan dalam agama Islam. Firman Allah yang dalam surah al-Maidah ayat 2 mafhumnya “tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perbalahan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.

Menolong dan meminta pertolongan adalah sesuatu perkara yang diharuskan dalam Islam. Bahkan para ulama menegaskan bahawa wajib bagi orang yang mampu itu menolong saudaranya yang datang meminta pertolongan. Ayat 5 surah al-Fatihah “Hanya kepadaMu (Allah) kami beribadah dan kepadaMu kami meminta pertolongan” bermaksud Orang beriman juga mengaku meminta pertolongan hanya kepada Allah SWT. Pertolongan dalam melakukan ibadah dan ketaatan bahkan dalam semua perkara atau urusan. Mereka memohon pertolongan di dalam melakukan ibadah dan ketaatan secara istiqamah iaitu berterusan sepanjang hayat yang masih berbaki (tafsir al-Tabariy).

Mafhum ayat di atas tidak menafikan meminta pertolongan juga dibolehkan antara sesama manusia selagi ia selari dengan syariat. Iaitu meminta daripada manusia dengan niat meminta pertolongan dengan Allah yang sebenarnya. Kerana Allah tidak menghendaki kita untuk hanya berdoa meminta denganNya tetapi menggesa kita agar berusaha juga. Asalkan kita mendahulukan meminta pertolongan dengan Allah dan tindakan kita meminta pertolongan dengan manusia juga sebagai usaha yang diterjemahkan. Yakni meyakini bahawa apa sahaja pertolongan yang terbit daripada makhluk pada hakikatnya merupakan pertongan daripada Allah SWT.

Dengan itu, amalan tolong menolong menjadikan ikatan sesama manusia bertambah erat. Kemesraan akan lebih terserlah dan kasih sayang akan lebih terjalin. Seterusnya membawa kepada limpahan keberkatan yang dijanjikan Allah. Akhirnya menjadikan kehidupan di dunia ini benar-benar istimewa di bawah payung rahmat dan kasih sayang Allah SWT juga. Sebaliknya orang yang enggan menolong atau enggan juga meminta pertolongan sesama mereka menjadikan keduanya semakin jauh dari sehari ke sehari. Ia akan menjadikan masyarakat lebih rosak sekiranya kehidupan lebih difokuskan kepada nafsi-nafsi (individualistik) yang bersifat anti-sosial.

Pertolongan, suruhan dan arahan.
Di dalam menangani pelbagai isu, kita mesti dapat bezakan di antara pertolongan, suruhan dan arahan. Pertolongan adalah sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Suruhan pula apabila memberi perintah kepada seseorang secara tidak rasmi. Ia seakan memberi tekanan tetapi lebih ringan bebannya daripada arahan. Kebiasaannya arahan dikeluarkan secara rasmi samada daripada pihak atasan yang memegang kuasa dan tanggungjawab. Ia dikeluarkan samada melalui keputusan mesyuarat, surat pekeliling, surat arahan atau memo.

Kefahaman seseorang terhadap ketiga-tiga perkara di atas membolehkan mereka memahami tahap bebanan yang dipikul serta kadar atau cara menyelesaikannya. Sekiranya arahan yang dikeluarkan itu jelas, maka ia perlu mendapat prioriti dalam kerja-kerja seharian. Sebaliknya sekiranya ia adalah suruhan biasa walaupun datangnya daripada orang yang disegani dan kebetulan bertembung pula dengan tanggungjawab memenuhi arahan pihak tertentu, maka ia tidak perlulah diendahkan sangat. Lebih-lebih lagi kalau tanggungjawab itu berbentuk pertolongan sahaja.

Dalam dunia pekerjaan hari ini ada satu perkara menyebabkan mereka mengalihkan beban kepada seseorang yang lain. Iaitu tidak faham samada tugasan mereka itu suatu arahan kerja (tanggungjawab) sendiri atau hanya nak tolong orang lain sahaja. (tolong atas tolong). Kita kena faham kalau ada orang minta tolong padahal itu adalah tanggungjawab dia maka jangan diendahkan. Hal ini kerana jika ada kesilapan yang berlaku (terutama bagi guru-guru jQAF dalam latihan yang tidak memiliki kelayakan maksima dlm menangani masalah bahkan memahaminya) maka yang akan menerima akibat (seperti dakwaan mahkamah sekalipun) adalah diri kita.

Islam juga melarang kita melakukan tanggungjawab orang lain kerana ia diberikan berasaskan kepada kelayakan. Tetapi sebaliknya sekiranya tugasan mereka itu hanyalah nak tolong orang lain, maka ia perlu dilihat pula kepada keadaan kita, samada kita ada tanggungjawab yang sangat perlu diselesaikan ataupun tidak. Jika tidak ada maka kita seharusnya menolong sesama insan. Tetapi sebagai guru jQAF dalam latihan, tugasan menyiapkan modul itu perlu didahulukan kerana anda akan berhadapan dengan risiko gagal sekiranya ia tidak dilengkapkan sewajarnya.

Menjalani hidup ini adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari di sebalik ujian-ujian yang mendatang.. Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Apr 16, 2008 @ 00:08:58

    salam.
    minta tolong anta tulis satu tajuk berkaitan kepentingan berusrah sikit. ana nak edar untuk ahli jemaah kat sini. syukran

    Balas

  2. IbnRajab
    Apr 16, 2008 @ 09:42:38

    InsyaAllah… tengah fikir2kan.. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: