Sakit dan ujian

A’uzubillahi minassyaitanir rajim..

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.

Berdasarkan mafhum ayat di atas, jelaslah bahawa Allah telah menyediakan kepada manusia pelbagai ujian untuk menyaring manakah di antara mereka itu benar-benar beriman ataupun pendusta, iaitu secara zahirnya nampak macam orang-orang beriman tetapi pada hakikatnya mereka itu langsung tidak mengenal erti keimanan kepada Allah. Ataupun dalam perkataan lain mereka yang berpaling tadah.

Imam al-Qurtubi (671H) menceritakan daripada Ibnu Abbas ra “yang dimaksudkan dengan manusia di dalam ayat tersebut adalah orang-orang Islam di Mekkah yang telah disiksa oleh kaum musyrikin seperti Salmah bin Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah, ‘Ammar bin Yasir dan sebagainya”. Maka dengan turunnya ayat ini mengajarkan bahawa telah menjadi sunnatullah yang akan menguji keimanan hamba-hambanya.

Nabi Muhammad SAW juga pernah ditanya berkenaan dengan ujian Allah ini kepada hamba-hambaNya, maka baginda menjawab “Golongan yang paling banyak menerima ujian adalah daripada kalangan para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh sehingga mereka diuji dengan kemiskinan dan kemelaratan sehingga tidak ada yang dapat dijadikan pakaian melainkan kain yang telah usang”

Imam al-Qurtubi juga menegaskan lagi, “walaupun ayat ini turun khusus kepada umat di zaman Nabi, tetapi pengajaran dan aplikasinya berkekalan sehingga ke hari kiamat” iaitu Allah akan tetap menguji keimanan hamba-hambaNya. (Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran 7/298)

Sebenar ujian
Apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka seluruh manusia yang ada kaitan dengannya turut diuji oleh Allah. Pertama orang yang sakit itu sendiri, sekiranya sabar di samping mencari jalan agar penyakitnya sembuh akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kedua ahli keluarga yang menjaganya yang juga dituntut agar sabar melayani karenah anggotanya yang ditimpa musibah. Di sini kita dapat melihat kesabaran suami atau isteri serta anak-anak.

Seterusnya Allah menguji anggota masyarakat bermula dengan jiran tetangga. Sejauh mana keprihatinan mereka kepada jiran yang sakit itu. Adakah mereka peka serta melakukan amalan ziarah menziarahi bagi meringankan sedikit beban yang dipikul pesakit ataupun sebaliknya. Begitu juga pengamal-pengamal perubatan (atau kita namakan doktor, jururawat, staf hospital dan sebagainya) yang didatangi pesakit. Adakah mereka benar-benar ikhlas di dalam membantu pesakit atau sebaliknya hanya mementingkan motif perniagaan semata-mata. Bahkan yang difikirkan terlebih dahulu adalah sumber pendapatan mereka yang sangat lumayan walaupun kadang-kadang terpaksa memberikan pesakit dos (ubat) yang tidak sesuai.

Kesimpulan
Tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain.

Wallahu aklam…

p/s: Adalah dimohon kepada para peminat laman “Kalam IbnRajab” sekalian, agar memanjatkan sedikit doa kepada ayah ana yang sedang menderita ditimpa strok sejak dua bulan yang lalu. Sekiranya ada nasihat dan apa jua cadangan (ubat-ubatan dan apa sahaja) silalah berkongsi ke alamat emel ana. Semoga, dengan kesakitan tersebut dan kesabarannya, beliau akan beroleh keampunan di atas segala kesalahan yang telah tercatat dengan sengaja maupun tidak sengaja. Allahumma Amieen..

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Apr 16, 2008 @ 00:23:03

    Moga ayah anta disembuhkan Allah. Syafahullah

    Balas

  2. IbnRajab
    Apr 16, 2008 @ 09:45:00

    Jazakumullah.. Allah yataqabbal minna..

    Balas

  3. UrduWala:-)
    Apr 18, 2008 @ 08:46:30

    Ustaz, sila cuba berurut dengan seorang Imam masjid di Jasin Melaka. Salah seorang kenaln ana pernah berubat di sana dan natijahnya alhamdulillah segar bugar.

    Balas

  4. ibnrajab
    Apr 18, 2008 @ 09:27:21

    Jazakumullah atas keprihatinan tuan.. perkembangan ayah ana skarang ni alhamdulilllah, dah boleh uruskan keperluan hidupnya secara berdikari.. syukur sangat.. ana ada bawa berurut dan makan obat hospital, takut nak makan ubat atau bagi suntikan sbb ayah tidak ada darah tinggi, kencing manis dll tu.. cuma srtok orat kata Dr..

    Segar bugar dah.. tapi yang menanggung kata “tak sihat macam dulu”.. hmmm..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: