Prepaid plan rakyat

Assalamu’alaikum wbt..

Ramai juga dalam kalangan pelawat “Kalam IbnRajab” yang bertanyakan ana tentang apakah kelebihan menjadi ahli dalam plan prepaid rakyat yang ana iklankan di sini. Ia bukanlah syarikat milik ana, tetapi milik syarikat EmpireICT.com yang berpusat di Kuala Lumpur. Laman web syarikat boleh dicapai melalui alamat http://www.rakyat.com.my itu. Di sini ana cuba berkongsi sedikit sebanyak (bukan tujuan promosi pun, sekadar perkongsian maklumat).

Sebenarnya ada dua matlamat mereka yang menyertai plan syarikat ini. Pertama untuk buat bisnes kad prepaid dan kedua hanya untuk memudahkan urusan seharian. Keuntungan pihak pertama itu tidak dinafikan memang ada dan agak lumayan juga berbaloi dengan usaha yang dicurahkan. Pun begitu, pihak yang kedua juga dapat untung walaupun sekadar menyertai untuk kegunaan sendiri. Jadi di sini, ana ingin kongsikan keuntungan yang diperolehi oleh pihak yang kedua (pendekatan yang menjadi pilihan ana untuk menyertai plan berkenaan).

Untung 1: Pengurusan
Kita selalu dengar “sesuatu yang benar tetapi tanpa pengurusan akan dikalahkan oleh sesuatu yang batil tetapi mempunyai pengurusan yang baik”. Hidup kita ini tak boleh dibiarkan berjalan dengan sendirinya tanpa campurtangan pengurusan kita sendiri. Kerana kita mampu menguruskannya. Kita perlu mengkategorikan segala aspek yang menjadi asas kepada kehidupan kita sendiri. Bagi ana urusan top up ini adalah kecil tetapi ia adalah keperluan. Rasanya tidak berbaloi jika hendak ke kedai semata-mata untuk dapatkan bekalan top up sedangkan ia boleh dilakukan melalui handset kita sendiri.

Untung 2: Kecemasan
Kecemasan merupakan perkara luar jangka. Ia kadang-kadang bahkan selalu datang kepada kita tanpa diduga. Bayangkan kalau kita perlu buat panggilan penting sedangkan kredit kita tidak mencukupi kebetulan pula kita berada jauh daripada kedai atau tempat yang senang untuk top up. Sebaliknya kalau ia boleh dibeli melalui handset sendiri bukankah ia akan memberi peluang kita menangani masalah atau kecemasan itu dengan lebih selesa?

Untung 3: Kebajikan
Dalam hidup ini kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi ada orang lain yang sangat memerlukan pertolongan. Kalau kita sebagai rakan serumah, apabila ada rakan kita yang perlu sangat kepada kredit, dia tentu malu untuk meminjam handset kita dan menggunakan untuk urusan peribadinya. Dengan adanya kemudahan kita untuk membeli kredit dengan handset, mereka tentu tidak berasa segan untuk meminjam kepada kita. Dengan pertolongan kita yang sedikit tetapi ikhlas kadang-kadang memberi impak yang maksima dalam perhubungan kita sesama insan. Di dalam hidup kita ini, sepatutnya disediakan ruang bagi kita menghulurkan bantuan bagi menambah bekalan menuju ke hari muka.

Untung 4: Jaga agama
Kadang-kadang di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim, kita tidak peka kepada urusan-urusan seharian yang memungkinkan kita melanggar peraturan yang Allah telah tetapkan. Samada kita tidak tahu atau kita tidak ingin tahu. Sebenarnya apabila kita membeli top up di kedai-kedai yang menjualnya dengan harga yang lebih mahal maka itu dianggap riba dalam perniagaan. Ia diqiaskan kepada menjual emas dengan emas atau beras dengan beras yang mana sekiranya ada pertambahan maka ia adalah riba dalam Islam.

Kita tidak dibenarkan membeli nilai 10 ringgit dengan 11 ringgit. Seperti tidak boleh menukar beras yang sama dalam kauntiti yang berbeza. Samada dengan cara bertangguh ataupun secara langsung. Sebagai contoh kita beli beras jenis A dengan harga RM10 kemudian kemudian rasa ingin tukar dengan beras lain maka kita jual kembali beras jenis A tadi dengan harga RM9 (walaupun kita redha dengan kerugian RM1 tetapi) urusan itu telah menjadi urusan riba.

Membeli sesuatu yang sama dengan nilai yang berbeza adalah riba. Membeli top up RM10 dengan harga RM10.30 adalah riba. Kerana nilainya adalah ringgit juga. Lainlah sekiranya kita membeli nilai Dolar dengan Ringgit, itu tidak dikira riba tetapi jual beli yang Allah halalkan.

Untung 5: Untung
Syarikat juga akan memberi sagu hati kepada ahli yang boleh bawa orang lain menyertai plan ini. Biasalah orang berniaga. Untuk menarik ramai orang mereka akan memberi sedikit ganjaran kepada para ahlinya. Tetapi sagu hati itu setakat itu sahajalah. Bukan seperti MLM yang menjanjikan ganjaran secara berperingkat. Tetapi jika nak buat bisnes, pihak syarikat juga akan memberi laluan dan cara-caranya.

Untung 6: Jamaah
Islam sangat menganjurkan umatnya hidup dalam jamaah iaitu kumpulan. Orang yang hidup secara berseorangan dilihat sebagai orang yang mementingkan diri sendiri. Padalah, seluruh kehidupannya didirikan atas dasar saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Nak makan nasi pun perlu kepada petani, peniaga dan orang yang masak nasi. Makan nasi sahaja pun tidak sedap tanpa adanya pula lauk pauk, sayur, ulam dan sebagainya.

Untung 7: Pahala sunnah
Maksud ana, menjadi sunnah nabi melakukan perniagaan. Kalau dalam hidup ini, tidak ada ruang untuk kita melakukan perniagaan kerana kekangan masa (kerana kita makan gaji dll) maka dengan adanya peluang ini kita anggap ia boleh membatu diri sendiri dapat pahala ikut sunnah secara sikit-sikit atau tidak langsung. Kerana kita berusaha juga untuk melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Walaupun pada mulanya nampak macam nak memudahkan urusan diri sendiri, tetapi insyaAllah apabila kita sudah masak dengan sistem syarikat, kita akan dimudahkan jalan untuk melakukan sedikit perniagaan. Sekadar nak dapat pahala buat bisnes.

Sekadar itu sahaja, buat penilaian semua.. tegur-tegurlah jika ana silap mana-mana.. wassalam.

Updated Oktober 2009.
Plan ini tidak akan diteruskan lagi oleh pihak syarikat yang mengusahakannya. Wallahu aklam

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. amhusna
    Mei 21, 2009 @ 21:15:28

    blh bg contact number

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: