Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru ana sekeluarga ucapkan kepada sepupu (Hasrol) dan pasangannya. Semoga rumah tangga yang dibina hari ini akan lebih menambah keberkatan dalam kehidupan kalian berdua. Ambillah segala kegembiraan hari ini buat motivasi bagi melalui hari-hari mendatang yang penuh dengan ujian selaku hambaNya. Tabah dan bersemangatlah di dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina.

Akad nikah
Sejurus selapas solat jumaat hari ini, upacara akad nikah dijalankan di Masjid Pulau Condong, Machang. Majlis yang serba ringkas tapi sempurna itu dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak di samping ahli-ahli kariah yang berkesempatan menyaksikan majlis yang mencipta sejarah terindah bagi kedua-dua mempelai.

Suatu yang menarik kerana akad nikah ini dijalankan dalam dwi bahasa, iaitu tambahan bahasa isyarat kerana kedua-dua mempelai dilahirkan dengan semua kelebihan kecuali bertutur. Seorang juru bahasa ditugaskan menyampaikan segala yang berkaitan dengan akad nikah, bermula dengan khutbah nikah, akad nikah seterusnya lafaz taklik kepada kedua-dua mempelai. Apa yang menarik adalah, merupakan kali pertama dalam sejarah ana menyaksikan bagaimana akad nikah menggunakan bahasa isyarat dijalankan dengan jaya dan sempurnanya.

Cinta
Semua orang berhajat untuk menyintai dan dicintai. Tidak semestinya seorang yang kurang upaya itu diabaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Mereka ini juga ada saudara-mara yang ada dibelakang mereka untuk memberi semangat dan motivasi juga pertolongan sedikit sebanyak demi melihat darah daging mereka menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Itulah cinta dalam sebuah keluarga.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan sempurna fizikalnya, perlu meningkatkan daya syukur ke hadrat Allah di samping tidak lupa menyatakan kesyukuran dalam bentuk melalukukan sedikit pertolongan buat insan yang sangat memerlukan terutama mereka yang ditakdirkan kurang upaya. Itu pula cinta dalam masyarakat.

Hidup ini lebih sempurna dengan adanya sifat tolong menolong di antara satu sama lain, saling perlu memerlukan. Itulah cinta dalam kehidupan.. Wassalam

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Apr 20, 2008 @ 23:35:00

    salam.
    menarik entry kali ni. akad nikah guna bahasa isyarat. moga zuriat yg bakal lahir boleh bertutur dengan baik

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: