Tiga pendekatan

Suatu hari ana menumpang sebuah kerete plet (teksi) untuk ke bandar Kota Bharu. Kebetulan pada masa itu driver kereta plet berkenaan sedang berbual berkenaan dengan topik mendidik anak bersama dengan penumpang-penumpangnya. Ana agak bernasib baik kerana perbualan tersebut baru bermula. Mari kita ikuti perbualan pemandu tersebut (bekas seorang tentera yang mempunyai sembilan orang anak, 5 daripadanya masuk Universiti 4 lagi masih di bangku sekolah) bersama para pemumpangnya..

Driver: Nak bagi anak berjaya ni ada tiga sebab.
Penumpang: Boleh kongsikan dengan kami?

Driver: Pertama al-Quran, Kedua Makanan dan ketiga Disiplin dan perhatian.
Penumpang: Macamana tu?

Driver: Yang pertama kita mesti usaha dan pastikan bahawa anak-anak dapat menguasai bacaan al-Quran sekurang-kurangnya sebelum tamat darjah enam. Lebih awal mereka dapat khatam al-Quran maka lebih baik. Kita ibu bapa perlu berusaha mempastikan perkara itu. Untuk setiap anak. Lelaki maupun perempuan.

Driver: Yang kedua kita kena pastikan segala makanan yang kita bawa untuk mereka makan, ia termasuklah isteri kita, kerana dia mengandungkan anak kita, jadi mesti pastikan makanan atau sumber membeli makanan itu halal. Tidak ambil hak orang. Tidak juga daripada perkara syubhah yang kita tak pasti halal ke haram. Sehingga kalau anda rasa nak makan sangat daripada yang haram, anda makan sorang biar pecah perut anda tetapi jangan bawa balik ke rumah kecuali daripada sumber yang anda pasti betul-betul halal. 100% halal.

Driver: Yang ketiga disiplin dan perhatian. Anak-anak mesti dididik dengan penuh disiplin lebih berhati-hati daripada menatang minyak yang penuh. Bukan sekadar seperti menatang minyak sahaja. Perhatian kita selaku ibu bapa terhadap perkembangan mereka adalah no. 1. Mesti letak keutamaan yang pertama daripada segala kerja yang lain. Kita mesti tahu di mana mereka berada. Jikalau bermain, dimana mereka bermain dan dengan siapa mereka bermain.

Penumpang: Anak-anak sekarang susah nak tahu apa mereka buat, bukan macam kita dulu-dulu, mereka main pun dekat-dekat rumah sahaja.

Driver: Bagi saya, masa dan tempat bukan alasan untuk tidak mengawasi dan memerhatikan anak-anak. Semua terletak pada keutamaan kita. Kalau kita utamakan keselamatan anak-anak, kita mesti memberi perhatian kepada mereka. Biar mereka tahu bahkan rasa bahawa kita betul-betul mementingkan mereka dalam keluarga. Bagi saya, walau di mana anak berada bukan susah. Bila dia balik ke rumah, ambil masa untuk tanya ke mana mereka pergi tadi, dengan siapa, apa mereka buat. Mereka tak tipu ibu bapa yang meletakkan kepercayaan kepada mereka dan selalu pula mengambil berat. Jangan tak tanya tapi syak anak dah pandai nak menipu.

Penumpang: Anak-anak sekarang ni susah.

Driver: Sama juga dengan kita dulu. Kalau ibu bapa syak wasangka, memang kita pun geram. Dah ibu bapa sendiri pun usah nak bertanya khabar, bila diberitahu tak nak percaya pula. Saya didik anak, alhamdulillah yang dah besar dan tamat sekolah semuanya masuk universiti. Cara itu lah saya buat. Selain pastikan mereka pandai mengaji bawa solat pun betul, saya pastikan makanan yang mereka makan itu halal kemudian saya selalu tanya apa mereka buat, di mana dan dengan siapa. Saya dapati mereka tidak pernah menipu saya.

*semuanya diam untuk beberapa ketika kemudian driver terus sambung bicaranya*

Pernah satu hari saya nak pastikan adakah anak lelaki ketiga saya itu bercakap benar atau tidak. Saya pergi sendiri ke rumah rakannya yang dia beritahu pergi study group di sana. Saya dapati rakannya dan keluarga rakannya lebih senang daripada saya. Malu saya kerana mengesyaki orang yang anak saya tumpang belajar. Bermula daripada detik itu, saya tidak pernah lagi nak merisik segala apa yang anak saya bagi jawapan ke mana dan dengan siapa mereka belajar, bermain dan sebagainya.

Anak-anak ini pandai sebenarnya melihat raut wajah kita. Wajah kita yang ikhlas mereka tahu. Wajah kita yang pentingkan kerja daripada melihat mereka berjaya mereka dapat baca. Wajah kita yang inginkan sangat mereka meneruskan perjuangan hidup agar lebih cemeerlang daripada kehidupan yang kita sediakan pun mereka faham. Anak-anak ni mulanya sebesar tapak tangan kita sahaja. Kemudian kita yang banyak berada bersama mereka.

Satu lagi.. dalam mendidik anak ini, hubungan kita dengan Tuhan kena rapat. Jangan kita abaikan segala tanggungjawab kita dengan Tuhan. Berdoalah kalau nampak anak sudah agak tersasar sedikit agar Tuhan memberi hidayah dan kesedaran kepada mereka. Seterusnya buat baik juga dengan orang. InsyaAllah Tuhan akan balas orang lain buat baik pada anak-anak kita kalau tidak kepada kita pun. Jangan lokek bersedekah, pergi kenduri dan meraikan sanak-saudara dan jiran tetangga.

*kemudian ana dah sampai ke destinasi. alangkah rugi kerana tidak sempat dengar perbualan mereka selanjutnya. pada ana bukan hanya tiga resepi didik anak yang dapat dikongsikan tadi, banyak lagi terutama dalam episod-episod terakhir perbualan mereka. tapi yang ketiga itulah yang dia sendiri (driver) tegaskan. semoga perkongsian ini memberi input yang baik pada kita semua*

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Ummu 'Azzam
    Apr 19, 2008 @ 11:20:52

    menarik topik ini hingga memanggil saya untuk turut berkongsi pandangan. Saya seorang guru di Sekolah St (missionary). majoriti pelajar muslim yang saya ajar memaklumkan mereka dihantar ke sekolah ini adalah supaya dapat menguasai Bahasa Inggeris terutama boleh cakap Inggeris kerana menurut mereka kemahiran tersebut merupakan syarat untuk maju, berjaya dan dipandang hebat kini. Kebanyakan mereka hilang budaya Islam bahkan langsung tiada kefahaman agama dan minat untuk mempelajari Islam. Sebagai ibu muda yang mendidik generasi kini, saya terfikir Massa kini semakin hilang dari kecintaan kepada budaya Islam. Teknik didikan Islam spt yang penulis kongsi ini juga semakin hilang dan jika ada tidak di war-warkan. Kesannya, alangkah sukar kami di sekolah nak menerapkan budaya cintakan agama dan membudayakannya dalam hidup pelajar kerana ia menjadi suatu yang ganjil dan pelik bagi mereka. Hinggakan saya biasa ‘termuntah hijau’ selepas sesi pengajaran kerana menggunakan seluruh jiwa dan tenaga untuk mengajar pelajar saya. Dari nukilan penulis ini, saya dapat satu idea, mungkinkah tugas mendidik anak kini hanya diserahkan kepada guru di sekolah sahaja hingga jika pelajar didapati rosak akhlak dan melanggar disiplin, kesalahan diletakkan atas tanggungjawab guru. Tapi saya yakin jika semua ibubapa meneladani sikap bapa yang dikongsi penulis ini dan diadaptasi serta disebarluaskan, insyaAllah masalah yang saya kongsi ini dapat di atasi. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang boleh disebarluaskan ini.

    Balas

  2. ibnrajab
    Apr 20, 2008 @ 00:22:24

    Terima kasih ummu ‘Azzam atas perkongsian pandangan.. Ibu bapa pencorak pertama bagi seorang anak kemudian datang guru bagi mewarnai corak tersebut agar nampak lagi cantik.. masing-masing mesti memainkan peranan dengan penuh iltizam dan itqan.. wallahu aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: