Rebut peluang

Hari ini dengan tidak semena-mena dapat offer daripada Celcom pula. (tapi catatan ini tidak semestinya promosi Celcom). Reload RM50 dapat bonus RM20. Jadi dengan top up RM50 sahaja maka dapat RM70. Bagus juga offer itu.

Adakah ia riba?
Ia tidak riba walaupun pada zahir kita membeli nilai RM70 dengan hanya membayar RM50. Kerana sebenarnya kita beli kad top up RM50 dengan bayaran RM50 juga. Tetapi pada hari ini, syarikat Celcom dengan bermurah hati (atau tujuan promosi) mereka menghadiahkan (atau sedekah kerana ada beza di antara hadiah dan sedekah yang mana ada orang tidak menerima sedekah tetapi boleh menerima hadiah) kepada para penggunanya yang top up hari ini dengan RM20. Tidak kira siapa sahaja. Kecil besar tua atau mudah laki atau perempuan.

Adapun yang dinamakan riba itu ada bentuk keterpaksaan daripada pihak yang mengguna atau meminjam atau yang lebih susah yang dikenakan oleh pihak yang lebih atau yang berkuasa atau tuan harta atau sebagainya. Adapun urusan reload dengan nilai yang sama seperti tawaran Celcom hari ini bukan dianggap urusan riba. Cuma tambahan RM20 itu adalah hadiah yang datang selepas transaksi top up itu berlaku. Lebih kurang dalam 5 hingga 20 minit.

Peluang
Kita selaku pengguna teknologi telekomunikasi hari ini perlu bijak dalam berbelanja. Kalau dalam perkara dharuriyat (keperluan asasi) pun kita tidak dibenarkan membazir, apatah lagi perkara ini maka lebih dituntut agar kita tidak membazir kuasa wang kita. Maksudnya, sekiranya ada peluang atau offer macam ini kita rebutlah. Kerana lambat laun kita akan top up juga. Malah kita selalu perhatikan kadang-kadang apabila keadaan mendesak kita top up RM10 dua tiga kali sehari.

Kita melihat masyarakat kini biasa tidak ingin reload banyak-banyak (melebihi RM10). Kalau boleh mereka sentiasa mencari yang termurah. Kalau ada RM2 mereka lebih mengutamakan. Padalah dengan berbuat demikian sebenarnya merugikan diri sendiri dan menguntungkan pihak lain. Mereka berpendapat sekiranya reload banyak-banyak maka guna pun banyak. Mereka sudah tidak sedar bahawa semua perkara itu digunakan ketika perlu dengan kadar yang perlu. Jika tidak ia sudah dianggap membazir yang ditegah agama.

Pendapat peribadi ana lebih baik menggunakan talian prepaid daripada pasca bayar kerana ketiadaan promosi seperti ini sekiranya anda menggunakan talian dalam bentuk bil.

Celcom
Syarikat ini biasanya akan mengadakan promosi pada hari-hari perayaan (promosi top up dapat bonus). Tetapi akhir-akhir ini mereka lebih kerap mengadakan promosi terutama nilai-nilai yang tinggi. Seperti hari ini nilai top up RM30 akan dapat bonus RM10 manakala RM50 hingga RM200 akan memperolehi bonus RM20. Seingat ana, selepas hari raya cina tempohari, mereka mengadakan promosi yang sama pada hari pilihanraya iaitu 8 Mac, kemudian sekali lagi pada 23 Mac kemudian hari ini 20 April.

Untuk mengetahui promosi terkini Celcom, anda tekan *118# kemudian tekan butang call out.

Sekadar itu sahaja. Sekali lagi diingatkan catatan ini bukan tujuan promosi Celcom tetapi hanyalah perkongsian kepada mereka yang memerlukan.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abdullah ipr
    Apr 26, 2008 @ 11:48:39

    salam,apo kbo ustaz,ana pelajar ustaz kt ipr…utk mkluman ustz saya ada dpt msj @ promosi ini,tpi saya telah abaikan.tak beberapa yakin…jadi kalau kita topup dengan sendiri reload kita akan jadi rm 70 ya ustaz,ok ustaz kalau2 ada promosi lagi ana akan cuba.syukran

    Balas

  2. IbnRajab
    Apr 26, 2008 @ 22:48:08

    ya.. betul promosi tu.. cuba lah nescaya anta tak rugi.. insyaAllah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: