Selamat Hari Pekerja

Assalamu’alaikum wbt..

Dikesempatan ini, ana mengucapkan selamat meraikan hari pekerja dengan bercuti bersama keluarga dan meluang masa emas anda bersama mereka. Semoga ada aktiviti yang bermanfaat telah dilakukan bersama. Dengannya juga agar tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan serba sedikit dengan adanya keluarga di sisi yang sentiasa menyokong dan mendorong.

Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan). Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam. Sabda Baginda lagi: Orang yang terbaik dalam kalangan kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia. Bermaksud, segala kerja kita yang akan memanfaatkan orang lain itu sebenarnya menjadikan kita umat Nabi yang terbaik. Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan, dari sekecil-kecil hinggalah menjadi pemimpin, semuanya memberi manfaat kepada kelangsungan hidup manusia.

Daripada kedua-dua hadith di atas, marilah kita mengambil pengajaran untuk kita bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi serta niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Ada seorang hamba Allah yang ana kenali berkata: Pakcik tak boleh jika tidak bekerja, ia lebih menyakitkan badan (daripada sakit yang dideritainya sejak sekian lama).

Jangan jadi seperti umat lain yang hanya bekerja kerana memenuhi tuntutan sebagai orang dewasa. yang memilki keluarga, tanggungjawab dan sebagainya. Apabila dapat upah atau bayaran berbentuk gaji atau elaun maka dibelanjakan semaksima yang mungkin dan kebanyakkan mereka berbelanja melebihi kemampuan atau pendapatan sendiri. Akhirnya mereka terjebak dalam hutang yang tidak dapat dikawal lagi. Seterusnya membangkitkan rasa hina bekerja hanya semata-mata untuk bayar hutang, manakala yang masuk ke perut hanyalah sedikit sahaja.

Bekerja kerana ibadah, niat ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan selain apa sahaja yang akan direzekikan Allah. Tidak ada iri hati sesama rakan walaupun mereka dikurniakan kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya. Sebaliknya mengambil masa berkongsi kegembiraan atas pencapaian dan kecemerlangan seterusnya menjadikan mereka sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Akhirnya mewujudkan situasi persaingan yang sihat dan membangunkan mutu dan hasil pekerjaan.

Akhir kalam untuk kali ini, selamat hari pekerja sekali lagi.. hayatilah setiap pekerjaan yang diamanahkan Allah ke atas bahu anda. Rasulullah telah bersabda: Setiap daripada kamu adalah pemimpin (penjaga, pekerja dll) dan kamu pasti akan ditanya mengenai amanah tersebut..

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. musafir sufi
    Mei 12, 2008 @ 09:54:01

    salam,
    selamat hari pkerja juga kepada mereka yang belajar dok buat MA.Sebenarnya mereka pun bekerja – bekerja mencari ilmu

    Tips menambat hati majikan@bos, sila layari http://leoxa.com/muza/

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: