WiFi

Salamullahi’alaikum wbt..

Sekadar satu perkongsian (bagi sesiapa yang belum tahu dan tidak terpakai bagi orang yang memang expert komputer, atau seorang programmer). Sebenarnya lama sudah ana tidak menulis tentang komputer. Hari ini rasa terpanggil pula menulis tentang WiFi memandangkan ada dua tiga orang rakan mengadu komputer mereka semakin lembab. Dan salah satu punca yang ana kesan adalah WiFi.

Kalau anda dapati komputer anda dilengkapi dengan WiFi (hardware komunikasi tanpa wayar untuk workgroup atau jaringan samada internet atau intranet) kemudian anda dapati ianya memakan masa yang agak lama untuk digunakan setelah ia dibuka. Lebih kurang 20 hingga 1 minit lebih. Seolah-olah komputer anda sedang buat kerja yang anda belum arahkan. Tambahan sekiranya anda ingin cepat, ia pasti akan menambahkan sakit hati.

Kalau sebelum ini saya menyaran anda supaya tidak memasang software antivirus (mungkin ada yang berang dengan artikel saya tersebut, tapi tak kisah lah, pendapat masing-masing dan pengalaman berbeza) yang sedikit sebanyak memberi kesan ke atas kelembaban prestasi komputer. Kini berdasarkan pengalaman ana, WiFi ini juga sedikit sebanyak (bahkan kadang-kadang lebih banyak) melembabkan komputer.

Hal ini terjadi kerana apabila kali terakhir anda ‘Turn Off’ komputer anda akan menyimpan data berkaitan dengan WiFi (lebih kurang macam alamat dan spesifikasi sesebuah peranti WiFi tersebut). Dan apabila anda membuka komputer akan mencari-cari data tersebut. Itu yang menjadikan komputer anda lambat. Sebaliknya sekiranya anda ‘on’ komputer dalam kawasan WiFi yang sama. Ia tidak memberi kesan yang banyak ke atas prestasi komputer.

Cara menanganinya
Apa yang ana buat, setiap kali sebelum ‘turn off’ komputer, ana akan ‘disable’kan Wireless Network Connection. Caranya anda pergi ke ‘Start Menu’ kemudian ‘Connect to’ kemudian right click pada Wireless Network Connection seterusnya pilih ‘Disable’. Kemudian ana akan turn offkan juga button wireless pada komputer. Dengan berbuat demikian, komputer ana tidak menyimpan data-data WiFi sebelum komputer shut down dan apabila komputer kembali beroperasi data-data tersebut juga tidak dipanggil kembali menyebabkan masa untuk komputer ‘ready’ itu semakin cepat.

Selamat mencuba.. Wassalam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. putra
    Mei 19, 2008 @ 20:39:18

    salam … tak de ke berita kekawan yang hadir temuduga hlp tahun ini? berapa orang kawan kita? kat mana temuduga? apa soalan.. berapa orang terpilih.. sebagai motivasi dan perkongsian maklumat..tq

    Balas

  2. ibnrajab
    Mei 19, 2008 @ 22:15:04

    Wa’alaikumussalam..

    Ana tak dpt berita daripada rakan2 yg hadir temuduga hlp tahun ni.. kebanyakan mereka ditemuduga di putrajaya.. mengikut pengalaman ana, soalan temuduga hlp berkait rapat (secara langsung) dengan proposal tesis yang nak dibuat.. apa sumbangan kajian tersebut kepada bidang keguruan di Malaysia dan kepada Kerajaan (KPM) secara khususnya (maknanya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran).. lain2 soalan berkaitan dengan isu semasa (pendidikan) serta soalan pengetahuan umum (isu semasa local dan antarabangsa).. jika sekarang masalah kenaikan harga beras kot.. wallahu aklam..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: